Shuib dalam hantaran Instagram mengimbau kali pertama datang ke Baitul Sakinah As-Shariff bersama arwah isterinya Siti Sarah Raisuddin.
Dia melihat arwah sangat gembira bertemu anak-anak yatim disitu. Mereka juga melawat kawasan terbabit yang kelihatan cantik dan sangat besar.
Shuib dan arwah isterinya berpeluang untuk menyumbang bagi menyiapkan Musolla dan Dewan Serbaguna yang hampir 70 peratus siap pada ketika itu
“Arwah nak sangat menyumbang sebab nak tengok Musolla ini siap sebab dewan ini selain dari anak yatim kat sini guna, orang kampung yang duduk berhampiran pun boleh guna.
“Bila ianya sudah siap, arwah dah pun pergi selamanya. Tapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana Musolla dan Dewan ini meletakkan nama Sarah dan gabungan dua lagi nama individu.
“Maka diberilah nama Musolla dan Dewan Serbaguna Sarah Muslim Al-Attas”.
Shuib meluahkan rasa syukur dan terharu serta berterima kasih kepada arwah kerana mengajarnya untuk bersedekah.
Shuib mendoakan agar pahala terus mengalir untuk arwah isterinya dan berjanji akan terus datang ke sini bersama anak-anak kerana inilah tempat terakhirnya keluar dating bersama arwah isteri.