Siti Zailah dikecam netizen, fokus bantu kambing berkeliaran dari bantu mangsa dera

Semalam Malaysia gempar dengan isu seorang budak lelaki berumur 7 Tahun ditemui tidak bernyawa di Rumah ibu dan ayah tirinya di dalam sebuat tong.

Mangsa ditemui dengan kesan lebam di badanya dipercayai didera.

Hari yang sama juga, timbalan Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat yang juga seorang pemimpin PAS, Siti Zailah membuat hantaran di laman sosialnya berkenaan kejayaanya membantu rakyat dengan menyelasaikan kambng biri-biri yang berkeliaran.

Hantaran itu mendapat kecaman dari netizen seolah tidak cakna dengan bidang kementerian yang sepatut dipegang olehnya.

Netizen memuat naik gambar mempersoalkan di mana keutamaan untuk membantu mangsa dera atau bantu masalah kambing berkeliaran.

“Dah kenaa timbalan menteri ni begini? Makin teruk aku tengok dah tak kenal prioriti tugas. Berkebun pakai baju tudung baju cantik dan kasut kilat pejabat sekadar nak show off.”

“Selesaikan masalah kambing berkeliaran dok beli dan letak di kandang, kes keluarga bunuh kejam anak langsung tak keluar suara walau portfolio dia.. mampuihlah hangpa dok keja makan gaji buta..”

Luah salah seorang netizen.

COMMENTS