‘Solat hajat atas Jambatan Tendong sebab ada penunggu itu syirik’-Timbalan Pengerusi Amanah

Timbalan Pengersi Amanah Che Ibrahim Mohamed mendakwa solat hajat atas Jambatan Tendong kerana ada penunggu itu adalah syirik.

Katanya yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, isunya adakah jambatan itu ‘bermasalah’ sehingga boleh menyebabkan orang bunuh diri.

“Ambo bukan tak setuju nak solat hajat tu.

“Adakah bila penguna jambatan yang lemah jiwanya mudah dihasut oleh “penunggu” jambatan itu, lalu solat hajat perlu dilakukan di situ agar “penunggu” itu tidak menganggu anak cucu yang lalu atas jambatan itu,” kata beliau di Facebooknya.

Jabatan Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan mengeluarkan hebahan tentang penutupan jalan sehala dari simpang empat Padang Layang, Kota Bharu menghala ke simpang tiga Tendong, Pasir Mas.

Bermula 4 Februari 2024 (Ahad, 8:00 malam) hingga 5 Februari 2024 (Isnin, 12:00 tengah hari)

Penutupan jalan bagi tujuan keselamatan dan persiapan tempat solat hajat di atas Jambatan Tendong pada 5 Februari (Isnin, 9:30 pagi)

Beliau berseloroh lagi adalah lebih baik memberi peringatan kepada manusia-manusia supanya tidak terjun di jambatan itu dan lebih baik pergi ke jambatan lain pula.

“Wahai nasia-nasia yang nak bunuh diri, lepas ni mung jangan la gi terjun gertak keretapi Kusial atau gertak gertak lain pula, tak cekat nak semaye hajat la alik kerajaan ambo…. Mu dengar ke dak tu??… Biar faham gat etek,” kata beliau dalam loghat Kelantan.

Katanya, soal sembahyang hajat pula sebenarnya boleh dilakukan di tempat lapang misalnya di stadium, tak perlu bersusah payah hendak tutup jalan.

“Kalau bunuh diri tu bukan disebabkan jambatan itu, tak payah la bersusah-susah halang laluan utk solat hajat di situ, buat di stadium boleh kalaupun tak mahu buat di masjid.

“Pah agak-agak dia takgi cari tempat lain ke untuk terjun?

“Kalau solat hajat dibuat situ atas kepercayaan jambatan tu ada penunggu… TU dah syirik.

“Kalau kes jambatan menyebabkan orang bunuh diri, kena robohkan jambatan tu, tak kan dengan solat hajat,” ujar beliau.

Baca juga: Isnin 10 malam hari terakhir bida nombor GOLD 999, kini paling tinggi dibida RM29,999