Sejak semalam, tular semula di media sosial sebuah video yang memaparkan pasangan kekasih solat berjemaah bersama-sama melalui panggilan telefon.
Difahamkan, video berkenaan merupakan video lama sebelum ia kembali tular semula.
Di dalam video tersebut, seorang lelaki yang memakai baju hijau sedang menunaikan solat sambil membuat panggilan video bersama kekasihnya. Manakala gadis berkenaan yang dilihat memakai telekung turut solat bersama lelaki itu.
Video tular itu telah menarik perhatian salah seorang anggota kumpulan nasyid Zayne, Furqan Fawwan yang tampil memberikan pandangan beliau mengenai perbuatan pasangan kekasih ini.
Tegas Furqan, sekiranya perbuatan tersebut berlaku di hadapan kita atau melihat kandungan seperti video itu, ia sewajarnya diberi teguran.
Tegasnya lagi, solat merupakan perhubungan kita dengan sang Pencipta. Mereka perlu memohon keampunan dan berfikir panjang terlebih dahulu sebelum memuat naik konten sebegitu di media sosial.
Tegur bukan untuk memalukan mereka
Furqan berkata teguran itu bukanlah untuk memalukan atau menjatuhkan aib seseorang, sebaliknya sebagai peringatan kepada ibu bapa di luar sana untuk memantau perlakuan anak-anak mereka di media sosial.
https://www.instagram.com/reel/Ca1wTwrpFkl/?utm_medium=copy_link