Biasanya yang memandu di lorong kanan ini selalunya laju, jaranglah yang bawa macam bersiar-siar. Tindakan lelaki ini yang mengecam kereta disebelah kiri terlalu laju menyebabkan dia pula dikecam kerana kesalahan sendiri,
Tindakan seorang lelaki yang memuatnaik video untuk menunjukkan kesalahan kereta di sebelahnya akhirnya membawa padah apabila netizen mengecam lelaki terbabit yang dikatakan bawa terlalu perlahan untuk lorong laju.
Salah orang nampak, salah sendiri letak kat bontot
“Inilah spesis nampak salah orang tapi salah sendiri letak dekat bontot. Semoga lupuslah spesis bengap macam bro, jangan sesekali bagi dekat anak cucu.
“Kadang-kadang aku naik meluat lihat spesis yang suka upload kesalahan orang lain, salah sendiri buat-buat tak nampak.
“Bawa macam kura-kura tapi duduk lorong kanan, wahai spesis kura-kura dan labi-labi duduk line kiri la weh,” antara komen netizen di bawah video lelaki tersebut.
Seorang lagi netizen mempersoal tindakan lelaki terbabit yang bawa perlahan macam tengah lalu jalan kampung, baginya tidak salah ingin santai-santai ketika membawa kereta namun janganlah berada di lorong kanan.
“Nak santai-santai dengar lagu sedap itu tak menjadi masalah tapi duduklah di lorong kiri, kenapa perlu duduk di lorong kanan macam anda sedang berada di jalan kampung.
“Kalau aku dalam situasi tu aku pun marah, nak naik perlahan duduklah lorong kanan.”
Tahu ada Dash Cam senang nak muatnaik kesalahan orang untuk dijadikan pengajaran tapi sebelum muatnaik, lihat dulu kebodohan orang atau kebodohan anda sendiri. Tak pasal kena maki percuma di pagi hari.
Baca Juga: Pemandu Mercedes lawan arus ini ada gejala nyanyuk
Baca Juga: Bapa tertinggal anak dekat tepi jalan masa tengah curi motor