SPR serbu ceramah Pas buat atas masjid

Baru-baru ini Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) melarang sebarang aktiviti politik termasuk ceramah dilakukan di masjid yang boleh mengundang pelbagai tanggapan orang ramai.

Bagaimanapun larangan daripada MAIK nampaknya langsung tidak dengar menyebabkan pihak Suhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak menyerbu ceramah Pas.

Ceramah Pas yang dibuat di atas Masjid Mukim Kg Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah baru-baru ini.

Pasukan PP-KPR SPR yang membuat serbuan telah mengarahkan agar ceramah dihentikan serta-merta kerana menyalahi larangan yang telah dibuat oleh pihak MAIK.

Pihak MAIK sebelum ini menegah masjid dari digunakan untuk sebarang tujuan politik.

Baca juga: Berdiri tegak dengar alunan al-Quran-Aunty India menghayati bacaan al-Quran dari surau berhampiran rumahnya