Menamatkan spekulasi, perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie serta Redza Syah Azmeer didakwa telah berakhir enam bulan yang lalu.
Berita itu disahkan oleh sahabat Irma, Reen Emran, melalui Instagram Story yang kemudian juga disampaikan oleh pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, melalui platform yang sama.
“Bagi menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma serta Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).
“Buat pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas. Dengan persoalan yang sudah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” kongsinya.
Pada hantaran yang sama, wanita tersebut juga mengumumkan bahawa Irma Hasmie Ibrahim, bersama dua anaknya iaitu Redza Syed Irfhan, 11 tahun, dan Irma Nur Naylie, 10 tahun, berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah dia dan anak-anak okey dan sihat saja.
“Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terima kasih semua,” ujarnya.
Sebelum ini, perhatian tertumpu kepada rumah tangga Irma dan Redza selepas bekas suami Irma berkongsi foto perkahwinan mereka di Instagram.