“Steady je mamat ni jual dadah dekat tiktok live..”

Platform TikTok sememangnya menjadi pilihan utama buat orang ramai berniaga dalam menjana pendapatan sampingan. Bagaimanapun, ada pula individu yang tidak bertanggungjawab yang menjual barangan larangan secara terbuka menerusinya.

Menerusi ciapan akaun @cazzrah, lelaki ini mendedahkan tentang promosi penjualan dadah berupa lolipop biasa dalam masa mempersoalkan kredibiliti pihak TikTok yang gagal menapis kandungan sebegini menerusi platform tersebut.

“ Hahahahaha steady je jual dadah kat Tiktok. Sebenarnya siapa yang handle Tiktok Malaysia eh? Sub company mana?

“Moderator korang semua muda2,tak reti check komen ke apa? Orang lain post silap cakap ko remove,natang gini lepas pulak?, soal sinis kepada TikTok.

Agak mengejutkan juga tangkap layar yang dikongsikan memperlihatkan kaum hawa yang beriya mahu mendapatkan dadah itu tanpa segan silu. Selain penjualan, individu di sebalik akaun TikTok terbabit turut merekrut tokan baharu di sejumlah lokasi.

Ciapan lelaki itu ternyata menarik perhatian dan majoriti netizen turut terkejut dengan pendedahan terbabit kerana pandangan biasa dadah itu memang mirip seperti manisan lolipop sahaja.

Susulan itu, netizen mengajak orang ramai untuk membanteras kegiatan penjualan barangan terlarang dengan membuat laporan ke atas akaun terbabit.

Mereka khuatir jika ada remaja yang akan terpengaruh kerana rupa dadah yang tampak ‘suci’ dan dijual secara terbuka seolah-olah barangan biasa.

baca: “Mula mula sorang je adik ipar nak tumpang rumah, kemudian datang lagi sorang. Akhirnya kami laki bini dah kurus kering”