Seorang wanita menjadi viral di media sosial Indonesia setelah memuat naik video dirinya membuka bungkusan berisi udara yang dibeli secara online dari Bandung dan Jakarta.
Portal berita Wolipop melaporkan, video memaparkan wanita bernama Zueenaputry itu dimuat naik dalam akaun TikTok @zueenaaaaa.
“Review udara Bandung dan Jakarta. Bungkusan sudah sampai, mari kita buka.
“Harganya 12,000 rupiah (RM3.50) setiap satu. Selepas didarab dua, ia menjadi 24,000 rupiah (RM7). Caj penghantaran adalah 4,000 rupiah (RM1.20),” katanya.
Menurut Zueenaputry, dia diberitahu bahawa udara dari Bandung dan Jakarta dikatakan dapat menghilangkan tekanan.
“Terhidu sekali aroma debu. Kawan-kawan, tekanan saya makin bertambah selepas menghirup udara ini. Dengan bajet hanya 12,000 rupiah, saya boleh menghidu udara Jakarta tanpa melancong,” katanya.
Baca juga: Mudah rupanya buat sosej jumbo, lagi senang dapat kawal kandungan garam