Kes curang bukanlah perkara yang baru di Malaysia namun boleh dikatakan tiap-tiap hari ada sahaja pasangan yang diviralkan supaya memberikan pengajaran kepada pasangan yang lain.
Kisah yang diviralkan seringkali melibatkan suami atau isteri orang dan ada kalanya melampaui batas hingga terlanjur.
Kisah benar ini menceritakan suaminya yang kantoi apabila bercinta dengan guru sekolah anaknya yang juga isteri orang dan dia sedang mencari jalan untuk bertemu dengan suami cikgu tersebut.
Assalamualaikum. Saya Umairah, berumur 30-an, mempunyai anak 3 orang, seorang surirumah yang telah berhenti kerja. Awal tahun 2018, saya terbaca wassap suami saya wish good morning kepada cikgu kelas anak saya (wish gambar).
Bila saya tanya suami cakap tak ada apa hanya wish good morning dan bila saya tanya cikgu tu dia pun tidak tahu kenapa suami saya hantar wassap macam tu. Cikgu tu sudah bersuami, umur awal 40-an dan ada anak 3 orang jugak.
Cikgu tu minta perkara itu tidak diperbesarkan saya pun ok sebab kot memang ada salah paham. Tetapi sebenarnya saya sudah mula diperbodoh oleh suami dan cikgu tersebut.
Selepas pada kejadian tu firasat saya memang tak percaya pada mereka.
Saya rasakan ada sesuatu, tapi saya tidak ada bukti. Sebelum saya baca wasap wish good morning tu, saya dan cikgu friend di fb. Tapi lepas pada tu saya kena blok di facebook bila saya bagitahu suami saya yang saya akan maklum pada suami cikgu tu.
Masa ni saya baru berhenti kerja, semasa saya bekerja tempat kerja saya sejam perjalanan dari rumah. Jadi, kami sepakat untuk anak saya sekolah bersebelahan tempat kerja suami saya. Segala urusan sekolah suami saya handle sebab anak saya bersekolah berdekatan.
Saya sangkakan urusan suami saya dan cikgu atas urusan berkaitan sekolah atau anak saya, tetapi tak sangka ia dah melibatkan hati dan perasaan. Cikgu tu seorang yang lemah lembut kalau dilihat dari luar. Semenjak saya wasap cikgu tu, dia berjanji akan terus share apa-apa berkaitan sekolah anak saya kepada saya bukan lagi melalui suami saya.
Saya percaya, sebab saya anggap tak akan seorang guru dan isteri akan ada hubungan dengan suami orang dan ayah pada pelajarnya sendiri. Bermula dari 2018 hingga sekarang saya dan cikgu sering berbalas wasap, sembang – sembang melalui wasap tapi sekali tidak pernah jumpa.
Nov 2021, saya terjumpa sebuah buku yang ditulis wish happy birthday kepada suami saya. Dengan panggilan sayang, i love u, ikhlas mencintaimu, suami saya sangup terima kekurangan dirinya. Saya tanya suami siapa bagi?
Suami cakap cikgu tu bagi dan bila saya wasap tanya cikgu tu berkeras dia nafikan sebab dekat buku tu tak ada mention nama. Tapi gelaran umi saja. Setahu saya gelaran umi memang para pelajar panggil pada cikgu tu.
Cikgu tu cakap kenapa dia nak bagi benda macam tu, sedangkan dia pun ada family sendiri. Ok, saya minta maaf mungkin saya yang salah orang dan ALLAH lebih tahu apa yang saya tak tahu. Cikgu tu cakap dekat saya “betul. ALLAH SWT maha mengetahui”.
Disember 2021 hujung tahun, memang ALLAH maha mengetahui, malam tu saya baca mesej antara suami dan cikgu di telegram bersayang sayang, bertukar cerita aktiviti seharian, siap screenshot bra suruh suami saya belikan.
Saya call cikgu tu tidak jawab, siap mesej suami saya bagitau yang saya call dia. Dia tidak tahu yang handphone suami saya ada dengan saya. Last bila dia tahu yang hubungan dia dah terbongkar dia blok saya di wasap. Saya cari saud4ra dia dan saya dapat nombor anak saud4ranya. Saya minta nombor telefon suami cikgu tu dari anak saud4ranya, saya cerita serba sedikit sahaja. Anak saud4ra cikgu tu tak percaya seolah saya fitnah cikgu tu dan saya yang sedang bermasalah dengan suami tetapi nak libatkan cikgu tersebut.
Saya hantar screenshot perbualan cikgu dan suami saya sebagai bukti. Saya beritahu saya akan buat report berkenaan hal tersebut. Selepas 3 hari, cikgu tu wasap saya minta saya jangan buat report dan dia dah ceritakan segalanya pada suaminya.
Suami cikgu tersebut wasap saya minta maaf bagi pihak cikgu dan jangan report. Suami cikgu tersebut akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi tapi saya sampai sekarang tidak percaya pada suami saya dan cikgu tersebut.
Saya masih lagi mencari jalan. Doakan saya temui jalan yang terbaik bagi diri saya dan keluarga saya. Saya minta maaf kalau tulisan saya Panjang.
Saya sambung cerita, mungkin ada yang saya tak jelaskan. Mohon semua doakan saya. Terima kasih mana yang komen. Malam selepas saya baca mesej di telegram suami saya dan cikgu tersebut, saya tanya suami saya dan tanpa sedar saya lempang suami saya (ALLAH saya rasa bersalah sebab saya lempang suami).
Suami saya mungkin terk3jut sebab selama berbelas tahun kahwin saya tak pernah lempang suami. Suami ajak berbincang tapi saya keluar rumah sebab saya takut saya hilang pertimbangan kerana mak saya ada, saya tidak mahu mak saya tahu hal berkaitan saya dan suami.
Saya tak salahkan cikgu tu saja saya memang salahkan suami saya, saya marah suami saya. Saya ada tanya cikgu tersebut, dia tidak ada terfikir ka kalau benda ni viral? Kalau anak-anak tahu apa reaksi? Sebab anak saya dan anak cikgu pernah satu kelas.
Anak saya kenal dan rapat dengan cikgu, Cikgu tersebut selalu share hal / gambar pelajar yang dihantar dalam group wasap kelas. Antara gambar pelajar saja atau gambar cikgu selfie dengan pelajar. Masa awal-awal ada gambar anak saya takpun gambar cikgu selfie dengan anak saya yang dihantar personal ke nombor suami.
Berulang kali cikgu tu minta ampun maaf kepada saya dan mengaku tu khilafnya, katanya dia sedar apa yang berlaku salah dan dia minta ALLAH tunjukan jalan dan akhirnya saya dapat tahu dan sedarkan dia. Saya tanya apa yang cikgu dan suami nak?
Cikgu tersebut cakap “dia perlukan kawan, kawan yang tak serius, ada lawak – lawak. Sebab suami beliau seorang serius, tidak ada lawak – lawak”. Suami cikgu tersebut pernah bertanya hal berkenan kepada cikgu tu, mungkin pada tahun 2018, sebab suami cikgu tu bagitahu saya dia tahu wife dia ada bermesej dengan suami saya pada tahun tersebut.
Cikgu tu cakap suami saya tak seserius suaminya, suami saya humor, ambil berat dan pandai buat lawak. Suami cikgu juga seorang yang mengambil berat tapi jarang kelakar dan memanjang serius walaupun di rumah (itu apa yang cikgu tu bagitahu saya la).
Cikgu tersebut seorang yang tak akan ambil hati, cepat merajuk, banyak mengalah dan bila suami saya selalu ambil berat dan buat kelakar cikgu tu rasa happy dan cikgu tu rapat dengan suami saya yang dia gelar “BFF”, tapi cara mereka salah.
Kalau sesiapa kenal cikgu tersebut memang tidak akan percaya apa yang terjadi sebabnya cikgu tersebut lemah lembut ramai ibu bapa dan murid selesa dengan cikgu tu dan cikgu tersebut dapat gelaran “best teacher”.
Berkaitan sekolah anak saya, saya dah tukarkan sekolah anak saya pada tahun 2019. Selepas saya baca mesej wish good morning pada tahun 2018. Berkaitan buku wish besday cikgu tersebut kepada suami saya kalau sesiapa baca mesti s4kit hati, ayat mengalahkan remaja bercinta (hahahaaa), minta jaga hati, jaga diri, jaga kesihatan, jaga semua.
Bagi suami saya brownies yang dia kirimkan kepada anak muridnya sebab ayah anak murid tersebut bekerja sekali dengan suami saya, nak suapkan suami saya tak boleh katanya menerusi tulisan pada buku wish birthday suami pada tahun 2019.
Semoga ALLAH sentiasa melindungi, menjaga dan merahm4ti sayang. Umi terlalu sayangkan sayang. Menjadi seorang yang berguna untuk sesiapapun, “Umi tetap dan akan cuba berusaha untuk jadi yang terbaik dan membuat sayang bahagia walau dengan kesederhanaan.” (antara bait – bait di buku).
Romantikkan kalah muda mudi bercinta. Kelakar pun ada. Saya ada tanya bilanya mula panggil gelaran sayang? ‘Cikgu tersebut cakap baru lagi dalam bulan 6 tahun 2021 tu pun tak serius sekadar suka-suka ja panggil, rasanya dia lupa pasal wish tahun 2019 dah start sayang-sayang bagai.
Ada cikgu tersebut post di facebook, buah madu ok, madu lebah ok tapi kalau hidup bermadu tak ok (kelakar pulak, habis yang ganggu rumah tangga orang untuk apa). Berkenan bra, dia bagitau tak ada niat apa pun. Sebab dia anggap suami saya “BFF” dia, jadi dia saja melawak minta tolong belikan dan dia yakin suami saya tidak akan belikan.
Suami saya tak sempat nak belikan sebab dah kantoi. Saya memang tidak percaya pada suami dan cikgu. Saya tidak salahkan 100% kepada cikgu, tapi saya rasa ralat, terkilan sebab saya memang hormat cikgu. Berkaitan suami saya, saya masih lagi melancarkan per4ng.
Saya memang nak berjumpa 4 mata antara saya, suami saya, cikgu dan suami cikgu inshaaALLAH. Di bulan yang mulia ni harap semua doakan yang baik-baik dan diberikan petunjuk, dibukakan jalan buat saya sekeluarga dan cikgu tersebut. Saya takut saya terbuka aib. Saya mohon ampun maaf walaupun hati saya r3muk, terluka. – Umairah (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Tiga alasan suami selalu bagi untuk berpoligami, take note para isteri