Siapa yang tidak sakit hati apabila insan yang dipercayai akhirnya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Lebih menyakitkan insan tersebut sudah pergi buat selamanya. Ikuti kisah ini.
Aku dan suami telah melayari hidup berumahtangga selama 20 tahun. Alhamdulillah, kami dikurniakan 7 orang anak. Suami seorang pendidik, ustaz lulusan agama. Seorang yang sangat menjaga solat malam dan solat sunat. Sangat dihormati oleh masyarakat setempat.
Kiranya aku beruntung kerana memiliki dia. Aku pula bekerja dalam bidang professional. Kami pernah PJJ selama 2 tahun sebelum ini. Ditakdirkan Allah, kami dapat bersama semula. Kehidupan kami biasa sahaja. Sampailah suami dapat bertukar semula ke negeri kelahirannya. Kami berasal dari negeri yang sama.
Aku terkilan sangat kerana suami mohon tukar tanpa pengetahuan aku. Lebih-lebih lagi pada masa itu, aku sudah terasa ‘jauh’ dari suami. Pada fikiran aku, ini lagi menjauhkan lagi hubungan kami. Tapi rupa-rupanya, perancangan Allah itu lebih baik. Allah menjauhkan untuk mendekatkan.
Kerana jauhlah yang menghangatkan rasa rindu. Suami pulang setiap hujung minggu. Dan rezeki Allah, aku juga berjaya pulang ke kampung halaman setahun kemudian. Dipendekkan cerita, beberapa tahun kemudian, aku terbaca mesej dalam handphone suami dari rakan tempat kerja lama suami.
Aku tahu dia rakan sekerja suami tapi aku tidak kenal. Ada mesej sayang, rindu, doa semoga disatukan juga. Ada gambar selfie berdua di dalam kereta juga. Jelas terpancar kebahagiaan di mata suami. Aku sangat terkejut dan tidak sangka.
Malamnya, aku tanya pada suami. siapa perempuan itu. kenapa ada gambar selfie berdua, sedangkan dia tak pernah pun selfie dengan aku. Aku tanya, ke dah kawin dengan dia? Suami geleng. Katanya, bini orang tu. Lagi aku hairan. Bini orang???
Awak ada niat nak kawin dengan dia ke? Nak suruh dia bercerai dengan suami dia ke? Aku tanya bertalu-talu. Dia geleng. Katanya suk-suka je. Aku tidak percaya. Dipendekkan cerita lagi, setelah bermacam-macam kejadian mengamuk, menangis, berkurung dalam bilik dan sebagainya, ianya berlalu begitu sahaja selama beberapa tahun.
Tetapi emosi dan jiwa aku terganggu sejak dari hari itu. Hati aku hancur luluh, sangat terIuka. Kepercayaan aku runtuh. Rasa hormat juga hilang kerana mereka berdua adalah ustaz dan ustazah. Aku penuh dengan prasangka dan ada trust issue.
Sekejap aku rasa bahagia. Sekejap menangis apabila tertrigger. Sikap aku juga dingin apabila tertrigger. Suami aku bersikap seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sehinggalah tiba-tiba suami aku sakit mengejut koma dan meninggaI dunia 3 minggu kemudian.
Semasa di hospitaI, ada kawan dari tempat kerja lama suami datang dari jauh untuk melawat. Mereka datang suami isteri. Esoknya, mereka datang lagi sebelum balik semula ke tempat asal. Aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati.
Dengan memberanikan diri, aku tanya nama isterinya. Aku terkejut yang amat. Rupa-rupanya dialah ‘perempuan’ itu. Kami bersembang panjang. Aku perIukan penjelasan. Macam-macam rahsia terbongkar. Dia mengaku dia sangat sayang suami aku.
Tapi dia sudah cuba untuk keluar dari hati suami aku, katanya. Hati aku bagai dihiiris-hiiris. Mujur ketika itu hati aku kuat (pretending). Dan aku tidak menangis pun semenjak suami aku sakit mengejut. Aku pun tidak tahu apa perasaan aku. Sedih? Takut? Risau? Tiada perasaan? Aku tidak tahu.
Orang tengok aku kuat. Aku tidak mengamuk, tidak marah dan tidak menangis pun masa bersembang dengan perempuan itu. Banyak persoalan dalam fikiran aku tapi aku tidak tahu nak cakap apa. Setelah sekian lama, aku berjaya buka password handphone arwah suami secara tidak sengaja.
Hati aku hancur luluh berkali-kali. Luka berdarah kembali. Sebenarnya tidak pernah kering pun Iuka itu sejak peristiwa terbongkar rahsia itu. Terbuka segala cerita. Aku baca semua perbualan mereka. Aku jumpa banyak gambar dan video mereka berdua.
Rupa-rupanya selepas suami bertukar, cinta mereka makin erat. Berjanji untuk setia sehidup semati. Takut kehilangan. Rupa-rupanya suami excited berulang hujung minggu semasa kami PJJ dulu sebenarnya untuk jumpa kekasih hatinya.
Dan semasa di kampung pun selalu cari peluang untuk ke sana berjumpa dengannya. Sanggup walaupun beratus-ratus kilometer. Sungguh dalam cinta mereka. Ini juga kata suaminya. Ya, suaminya juga tahu tentang mereka berdua.
Tetapi kerana cinta, suaminya yang menawarkan diri untuk membawa isterinya melawat arwah suami aku semasa di hospitaI. Datang untuk beritahu sendiri pada arwah suami yang dia sudah memaafkannya. Dan mereka datang sekali lagi semasa arwah meninggaI.
Sepertinya mereka baru berjumpa cinta sejati masing-masing. Personaliti arwah suami lain sungguh ketika bersama dengan dia. Aku sungguh tidak percaya. Aku sangat kecewa. Dan sehingga sekarang, setahun sudah berlalu, fikiran aku masih kacau.
Aku masih lagi marah pada mereka berdua. Aku rasa aku tidak diadili. Aku tidak diperlakukan seperti mana diperlakukan kepada perempuan itu. Aku tertanya-tanya. Kenapa arwah suami tidak sebegitu dengan aku.
Sehinggakan rasa sakit kerana orang ketiga mengatasi rasa sedih kerana kehilangan suami. Kadang-kadang ketika datang rasa marah, aku rasa padan muka pada arwah suami. Ampunkan aku ya Allah. Tetapi kadang-kadang aku rasa sangat kasihan padanya.
Kerana arwah sudah tidak berpeluang untuk memperbaiki kekhilafannya. Sedangkan arwah sangat memerIukan doa dari kami yang ditinggalkan ini. Sesungguhnya rasa ini sangat sakit dan sangat mengganggu kestabilan emosi dan kewarasan fikiran aku.
Rasa sakit kerana mengenangkan hati suami ada pada orang lain walaupun seharian dirinya berada di hadapan aku selama ini. Mohon kata-kata semangat dan doa dari pembaca sekalian. Kata-kata yang boleh menjentik hati aku untuk ikhlas memaafkan dan bersyukur dengan ujian kecurangan dan kehilangan ini.
Aku tahu aku perlu maafkan arwah suami. Aku tahu aku juga bersalah dan ada kurangnya. Aku tahu aku perlu lepaskan. Aku tahu aku perlu fokus pada diri dan pada apa yang aku ada sekarang. Semuanya aku tahu. Tapi hanya mengalaminya sahaja yang tahu rasanya. Aku berdoa semoga mereka yang seangkatan dengan aku dikurniakan kekuatan untuk menghadapinya. Terima kasih semua. – Anonymous (Bukan nama sebenar)