Sejak akhir-akhir ini terbaca luahan bujang berkaitan tak kahwin-kahwin lagi. Aku yang dah kahwin pun kalau boleh nak jadi bujang balik. Aku tulis ni nak bagi pengajaran, apa yang kita sangka tak sama dengan realiti.
Aku berkahwin hampir 2 tahun, tapi benarlah orang dulu-dulu kata perkahwinan bawah 5 tahun penuh cabaran. Ada kala bahagia, tapi bila sudah di duga berat sungguh dugaan. Aku berkahwin dengan suami sebab aku tengok dia seorang yang bertanggungjawab, benarlah setiap bulan bagi duit kat mak, nenek dengan makciknya.
Tapi realiti bila dah banyak tanggungjawab, aku ni isterinya bagi dia hanyalah beban. Bila dia marah, itulah ayat yang selalu keluar dari mulutnya, menyesal kahwin, beban bla bla. Padahal bulan-bulan dia hanya bagi aku RM300 je belum tolak bil air letrik.
Jadi untuk makan aku pandai-pandai la sendiri nak hidup, makciknya di kampung boleh hidup rm200 sebulan duit dari dia. Suami aku gaji besar, RM7-RM8k sebulan, tapi sedihnya aku terpaksa ikat perut sebab gaji aku kecil dengan bayar komitmen hutang lagi.
Sekarang, aku tengah daftar buat grab. Suami aku bergaji besar tapi isterinya terpaksa buat 2 kerja dalam satu masa. Dulu aku ingat, suami aku dapat kerja besar hidup aku akan senang. Jadi suri rumah, tinggal tunggu suami pulang.
Dulu bukan main aku susah-susah ambik mc demi menemani suami interview di singapore bangun pagi-pagi buta, konon susah sama-sama. Haha, realiti bila dia senang dia shopping baju, seluar, kasut banyak-banyak untuk diri dia je, aku hanya boleh tengok ja.
Katanya dia penat-penat kerja, hasil titik peluh dia jadi dia berhak nak shopping puas-puas. Kerja, jadi orang jangan harapkan duit orang. Haha, ape nak heran, beli rumah pun atas nama dia je, pastu cakap rumah bersama pui.
Alasan dia suruh aku usaha sendiri nak ada rumah, ambil rumah bantuan kerajaan je. Ingat senang nak dapat? Dia mampos memang aku jual rumah tu, memang aku takkan keluar sesen untuk rumah tu, aku tak peduli kena lelong bukan rumah aku pun. Pandai-pandaila nak hidup.
Sekali shopping habis RM400-RM500, duit tu boleh beli barang dapur / makan aku sebulan lebih tu. Habis RM400 untuk baju dia takpe, tapi kalau habis RM400 untuk barang dapur meroyan dia. Aku bukannya masak hari-hari pun sampai berhabis banyak tu.
Kalau aku masak hari-hari, bukan RM400 dah kena tapi rm1k sebab taste dia tinggi. Aku sedih tapi sabar jela, aku tengah susah duit kat akaun bank pun sikit. Aku bukan tak nak masak, tapi aku pun kerja takda masa. Resepi kat fb suruh aku buat, dahla barang banyak pastu mahal. Meroyan kena banyak, siap compare dengan mak dia.
Mak dia bagi RM200 je macam-macam dia masak dulu, tak macam aku. Sabar-sabar, mak dia ada kerja dengan duit kwsp bolehla topup duit tak cukup tak harapkan pun duit dia yang tak seberapa tu. Ini aku masak apa yang dibeli la dah harga barang semua mahal.
Dahla berkira, lagi cerewet. Masak tak kena sikit je mengamuk. Keluarla makian, hinaan cacian. Masakan aku terus kena baling ke lantai bila ada je yang tak kena. Aku sedih, makanan tu.
Penat-penat aku keluar duit sendiri, ke kedai angkut barang berat sorang-sorang, tenaga nak masak jugak walaupun badan penat dengan takde masa banyak. Sekali macam tu je dia buat, pedih langsung tak dihargai.
Bukan tu saja, kerja-kerja rumah yang aku dah buat dia akan check. Aku dahla penat balik kerja, patut tolong sama-sama buat kerja rumah tapi ni tambah beban aku. Baik laki yang tak menolong bini daripada dapat laki macam ni.
Ini, ada kotor sikit kat celah-celah dah mengamuk. Aku dah macam orang gaji, dia majikan nak check-check kerja orang. Letih, mana aku nak kerja cari duit lebih untuk makan pastu mengemas rumah sekilat-kilatnya macam aku duduk rumah satu hari.
Tunggu masa memang aku nak lari, jujur aku duduk sorang-sorang kat kl pun tak sesusah sekarang. Suami aku nak anak, tapi aku memang tak nak sebab ni la. Sorang pun aku dah penat apetah lagi ada anak. Elak aku dari buat benda tak elok pada anak tak berdosa tu sebab meroyan.
Aku sampai berdoa kat tuhan, baik nyawa aku ni dicabut jela macam ni sebab terlalu penat. Doakan aku dapat kerja lagi baik, bila hidup aku senang sikit memang aku nak tinggal suami dari neraka ni dengan perkahwinan toksik ni. – Siti (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Rupanya bukan setakat kena kecam, Syuk Sahar dedah sampai pernah kena ludah sebab kes curang