Sejujurnya, aku cuma nak tahu macam mana nak handle suami macam ni. Mula-mula kenal tak berapa nampak lagi perangai suami aku ni tapi bila dah duduk serumah dan tidur sebantal, baru nampak dengan jelas sikap aneh dia.
Aku baru je berkahwin dengan lelaki pilihan hati aku, 6 bulan lepas. Aku dan suami berkenalan kurang 6 bulan sebelum kami buat keputusan nak berkahwin. Aku nampak semua elok dengan dia, keluarga dia pun elok, kawan-kawan dia pun elok dan semua ok la ceritanya dari pandangan mata aku.
Suami aku semua ok, bab nafkah dan tanggungjawab kecuali perangai dia yang over-confident yang semua orang suka (in love romantically) dengan dia. Ya.. dia cepat perasan, dia ingat semua orang suka kat dia. Mula-mula tu aku percaya la semua cerita dia.
Aku layankan dan iyakan dia tapi lama-lama aku macam rasa cerita dia tak masuk akal dan ada banyak cerita dia tu tak match dengan ingatan aku. Aku ada di tempat sama dengan dia tapi bila dia cerita balik situasi tu, aku tak nampak pun benda tu jadi. Sampai aku questioning my sanity.
Sebagai contoh, pernah kami makan dekat sebuah cafe. Ada beberapa perempuan di meja sebeIah. Mereka gelak-gelak biasa je macam girls outing macam tu kan, ada yang selfie, ada yang ambil gambar dan semua nampak normal di mata aku.
Masa nak balik rumah, dalam kereta tu, suami aku cerita yang ada perempuan sebeIah tu ambil gambar dia. Aku mula-mula percaya cerita ni. Aku tanya macam mana boleh perasan. Suami kata dia ternampak flash, bunyi camera dan fon tu di letak ke arah dia.
Aku pun rewind balik dalam otak aku, macam tak ada pun, tapi aku iye kan je la. Contoh kedua, masa kami di festival convo adik. Semua orang kat situ sememangnya pegang fon dan camera sebab nak bergambar kan. Banyak bunyi camera dan bunyi flash di mana-mana.
Suami tiba-tiba bisik kat aku kata ada orang ambil gambar dia dan lepas tu senyum-senyum dekat dia. Masa tu juga aku suruh suami tunjuk, aku nak pergi serang la konon. Eh tiba-tiba suami tarik tangan ajak pergi tempat lain. Malu katanya.
Contoh ketiga, masa di pet expo. Suami tiba-tiba kata nak pergi toilet, balik dari toilet tu suami kata ada orang masukkan nota (bertulis nama dan no fon) dalam poket dia. Aku suruh tunjuk nota tu tapi suami kata dia dah buang sebab serabut dan malas layan.
Banyak lagi la situasi hampir sama dengan tiga -tiga contoh tu. Sebelum kahwin aku percaya je cerita dia sebab belum serumah dan belum berkepit 24/7 kan. Sekarang ni macam banyak sangat kejadian yang sama dan semua tak ada bukti.
Dengan sepupu aku pun ada. Suami kata sepupu aku cuba mengorat dia padahal sepupu aku tu baru beranak, baby 2 bulan baru. Sepupu tu trauma lagi bersalin kena gunting, tak ada masa nak mengorat jantan lain. Pernah juga suami kata tok imam nak pelawa dia kahwin dengan anak dara tok imam tu.
Bila aku tanya tok imam mana satu sebab kampung kami ni kecil je, terus husband kata tok imam tu dah pindah negeri lain. Ada juga suami cerita influencer saksi senyum-senyum dekat dia masa di mall. Lepas tu influencer tu dm dia.
Bila aku minta nak tengok dm tu, dia kata dah delete sebab serabut. Terlalu banyak cerita-cerita orang cuba untuk mengorat dia, dari mulut dia tapi tak ada bukti kukuh untuk aku tengok. Aku pernah juga la confront dia manja-manja. Abang ni betul ke? Macam perasan je, dengan nada manja dan main-main. Aku tak nak suami terasa.
Suami baIas, ayang tak percaya takpe, jangan menyesal kalau kena kebas, dengan nada gurau juga. Entah la, pening aku. Mula-mula aku macam ok je dia bercerita (atau buat-buat cerita), tapi kalau dah sampai tiap-tiap minggu ada kes ni.
Aku takut aku yang tiba-tiba cari gaduh dengan orang atau aku pula yang paranoid takut suami kena kebas. Yela, mana tak paranoid kalau semua tempat aku aku pergi, suami kata ada orang nak ngorat dia. Nak percaya atau tak.
Macam kes suami dengan sepupu aku tu, boleh bawa gaduh antara family kalau aku bertindak untuk tanya family member lain. Serius aku serabut dan ada masa aku tak tahu nak percaya atau tak cerita dia. Latar belakang suami biasa-biasa sahaja. Hitam manis, tinggi, chubby, kerja biasa dan dari keluarga baik-baik.
Aku pernah bertanya pasal ni dengan kawan-kawan rapat suami secara diam-diam dan mereka berkata, memang suami selalu juga bagitahu yang ramai orang cuba mengorat dia. Kawan-kawan tersebut ingatkan benda tak serius, gurauan dan sembang-sembang kosong.
Aku juga pernah bertanya kepada ibu suami, ibu mertua pun berkata benda sama. Di mata ibu dan kawan-kawan suami, benda ni nampak macam bergurau dan kosong, tapi aku yang kena hadap 24/7 ni rasa sangat tertekan. Tolong la aku, huhu. – Amara (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Macam ni rupanya ketam salin kulit, tak pernah terfikir pulak selama ni