Suami dari berisi tapi diberi dorongan dan sokongan untuk menurunkan berat badan oleh si isteri dengan harapan suami akan kelihatan lebih segak.
Bukan itu sahaja penampilan suami juga dijaga rapi tapi, lain pula jadi bila dah segak isteri pula ditinggalkan. Kisah kali ini dikongsi oleh Nini. Ikuti kisah ini.
Hai. Aku Nini. Seorang ibu tunggal anak satu. Tengok pada tajuk, aku sebut suami. Tapi sekarang dah jadi bekas suami. Dah setahun lebih aku hidup sebagai ibu tunggal. Sengaja hari ni aku tergerak hati nak kongsi dengan korang kisah hidup aku dengan bekas suami.
Samdol, nama bekas suami. Kita panggil dia Sam lah. Aku kenal Sam masa aku dah di semester akhir universiti. Selepas grad, aku dapat kerja bahagian admin di sebuah syarikat swasta. Sam masa tu dah kerja technician dekat sebuah kilang.
Secara fizikaI, Sam berisi. Tapi dia tinggi. Berkulit gelap. Ditambah pulak nature kerja dia yang selalu berpanas, lagi lah gelap. Tapi macam mana pun fizikaInya, tetap lah aku sayang si Sam ni dulu. Sebab orangnya simple. Tak banyak kerenah dan tak cemburu buta.
Bila kami buat keputusan nak kahwin, Sam bertungkus lumus kumpul duit hantaran. Kalau boleh hari-hari dia nak buat OT (kerja lebih masa). Samalah dengan aku pun. Weekdays kerja office. Bila weekend, aku open order kek, dessert dan kuih.
Rata-rata kawan-kawan office jugak yang order. Sales banyak tapi penat sungguh tapi nasib lah bujang lagi masa tu. Demi nak kumpul duit untuk kahwin kan. Dugaan dekat-dekat nak kahwin takde lah besar mana. Ada lah gaduh-gaduh sikit sebab Sam tak nak pakai baju sanding warna pink masa kenduri sebelah aku. Hahaha.
Kesian Sam akhirnya akur jugak lah walau dia asyik komplen warna pink tak ngam dengan kulit diam yang tanned itu. 7 bulan selepas kahwin, aku pregnant. Sam happy betul nak jadi ayah. Masa pregnant aku alah teruk. Berat turun.
Makan apa-apa pun auto keluar balik. Minum air kosong pun boleh muntah. Aku yang acah-acah tough sebelum ni sebab jarang sangat jatuh sakit, finally tewas dengan alahan mengandung. Sebab selalu sangat ambil cuti.
Sam mintak aku resign je. Jadi lagi 4 bulan nak bersalin, aku berhenti kerja. Alhamdulillah, baby girl kami lahir sihat dan cukup sifat. Maka bermula hidup aku sebagai seorang ibu dan surirumah. Secara jujurnya, aku enjoy jadi surirumah.
Pagi-pagi bangun sediakan sarapan untuk Sam. Sambil dia breakfast, aku pack pulak lunch bento untuk dia. Dia sampai rumah pukuI 6 macam tu, dinner dah ready atas meja. Aku bersyukur sebab anak aku mudah diurus, jadi kerja rumah aku boleh buat dengan tenang.
Bila dah duduk serumah, baru lah kita tau luar dalam perangai pasangan masing-masing. Aku perhati Sam tak begitu menjaga kebersihan. Mandi pun ala kadar je. Kadang-kadang boleh dia tak gosok gigi nak pergi kerja tu. Adoi hahaha.
T-shirtnya pulak diulang-ulang pakai sampai masam. Pakaiannya asal boleh je. Mungkin sebab saiz Sam yang besar jadi dia rasa susah nak cari baju dan seluar. Rambut Sam kalau aku tak tegur, memang tak lah dia nak syampu. Haish Sam.. Sam..
Sebab aku sayang Sam, maka aku pun bertindak. Aku belikan dia pencuci muka siap dengan toner. Aku pesan balik kerja je kena cuci muka. Body scrub aku beli. Weekend je aku tonyoh-tonyoh badan dia buang daki.
Haha. Jaket kerja Sam aku basuh hari-hari. Biar dia pakaian dia wangi je tiap kali pergi kerja. Aku belikan satu kit kecik untuk dia bawak pergi tempat kerja. Dalam tu aku letak deodorant, listerine, perfume, minyak rambut, pastu febreze untuk dia sembur-sembur kat workstation dia.
Aku cakap senang kalau masuk meeting nampak lah presentable sikit. Sebab aku sayang Sam, makan minum dia aku jaga. Air manis favourite dia aku control. Aku buat meal plan untuk dia. Ajar dia untuk makan makanan yang sihat.
Aku cuba pelbagaikan makanan supaya dia tak stress. Aku hadiahkan dia kasut sukan. Jadi petang-petang kami joging slow-slow keliling taman. Dan korang nak tahu tak? Cukup setahun. Sam yang plus size dan berkerak tu dah transform.
Lemak yang berpuluh kilo tu dah hilang. Tall, dark and handsome Sam sekarang. Bergaya atas bawah. Jalan pun tak mengah dah macam dulu. Rezeki masa tu Sam naik pangkat sebagai Senior Tech. Siapa yang paling bahagia masa tu? Tentulah aku. Isterinya. Masa tu lah.
Tapi nama pun manusia. Selagi hidup, selagi tu kau diuji. Sam terkantoi ada skandal dekat tempat kerja. Perempuan tu ibu tunggal anak 2. Macam mana aku boleh tahu? Aku dapat whatsapp dari nombor tak dikenali. Katanya dah 6 bulan lebih Sam dan perempuan tu bersama.
Hamba Allah tu kesian dekat aku dan mintak aku tanya Sam. Paling best, ada gambar lagi ye kawan-kawan. Gambar Sam dengan perempuan tu depan hotel. Astaghfirullah. Patutlah 6 bulan ni selalu balik lewat. Katanya sebab OT.
Since aku tak nak tuduh-tuduh, satu hari aku ajak Sam duduk dan heart to heart. Aku tanya Sam dia ada perempuan lain ke. Sam pandang tepat dekat muka aku. Dia angguk dan tunduk. Lama dia tunduk. Aku pulak speechless.
Mungkin bukan cara aku untuk marah-marah dan mengamuk. Aku tanya Sam lagi. Dah berapa lama dengan perempuan tu? Sam kata dah 8 bulan. Aku tanya lagi Sam serius ke dengan perempuan tu. Masa ni Sam jawab dia sayang dekat perempuan tu.
Allah.. Masa ni tuan-tuan dan puan-puan, aku rasa jantung aku macam ditarik keluar dari dada. Rasa remuk. Aku isteri dia depan mata ni. Yang hari-hari bila bangun tidur hanya fikir nak jadi isteri yang paling baik untuk suami.
Hanya fikir nak jadi isteri yang paling rajin, paling cantik, paling wangi, paling manja, paling penyayang untuk Sam. Kelakar sungguh lah. Aku terima Sam dalam ketika dia masih selekeh. Bila dah helok sikit, macam tu je dia buat aku.
Sam bagitau dia senang berbual dengan perempuan tu sebab diorang satu tempat kerja jadi banyak benda boleh dibualkan. Haish, Sam.. Sam.. Jadi, tak apa lah. Mungkin jodoh kami tak panjang. Kami selesai cara baik. Anak tinggal dengan aku.
Sam pun tak tunggu lama. 3 bulan selepas bercerai, dia selamat bernikah dengan perempuan tu. Rumah yang kami duduk dahulunya, Sam tinggal dengan suri hidupnya yang baru. Termasuklah 2 orang anak tiri baru.
Disebabkan rumah tu pun atas nama Sam, jadi aku malas nak serabut-serabut, biar aku lah yang pindah keluar. Alhamdulillah, aku dah dapat kerja baru tak lama selepas bergelar ibu tunggal. Setakat ni, nafkah anak Sam masih beri.
Terus terang, hati aku macam dah tertutup untuk kahwin lagi. Sam, lelaki baik yang aku sangka boleh tua bersama-sama, pun tinggalkan aku begitu je. Macam tu je aku kena game. Aku serik guys. Serik. Sekarang fokus hidup aku pada anak dan kerjaya aku.
Ada masa aku join majlis-majlis ilmu. Aku masih cuba menjadi wanita yang baik. Aku cuba jadi muslimah yang baik. Kalau ada rezeki syurga untuk aku, aku nak request seorang suami, peneman yang muka ala-ala Chris Hemsworth agak-agak boleh tak? Hahaha.
Okay lah korang, sorry kalau dah buang masa korang dengan confession ni. Aku harap kita semua bahagia dunia akhirat. Hidup ni sementara . Kalau diuji, bertahanlah. Cuba cari penyelesaian yang boleh menenangkan hati.
Cinta pada manusia ni hanya sebesar zarah je kalau nak dibanding dengan cinta dan kasih sayang Allah kepada hambaNya. Assalamualaikum. – Nini (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Geli! Jumpa lintah dalam burger restoran popular, nasib baik tak termakan