“Suami aku kantoi skandal dengan bini orang, aku upah spy serang mereka berdua sampai perempuan tu berhenti kerja…”

Bila suami kantoi curang ramai wanita akan bertindak meratap dan mengamuk. Namun, tindakan wanita ini boleh dikatakan bijak kerana dia tidak marah melulu. Ikuti kisah ini.

Aku Raspberry, dah berkahwin dan ada 2 anak. Kehidupan yang bahagia dari awal bercinta sampai sekarang. Bergaduh sikit-sikit tu perkara biasa. Satu hari suami aku demam, melepek lemah tak boleh bangun.

Maka aku urus la semua. Dari bawa ke hospitaI, sampai ke makan minum. Nak dijadikan cerita, aku terjumpa telefon kedua dia. Dalam beg kerja, di silent tapi nampak ada notification. Haha, dan aku tak pernah tahu fon tu wujud.

Dek kerana fon tu unlock by fingerprint, senang juga untuk buka memandangkan dia tidur mati lepas makan ubat. Demam la katakan. Dah buka, guess what.. Haha.. Macam biasa la, kes kantoi. Kantoi segala cerita. Segala wasap conversation, segala gambar, segala detail.

Aku? Aku gelak je. Menggigil, nak marah kot. Tapi aku gelak. Sebab 2 hari lepas ketika kami bersama, dia bisikkan betapa dia cintakan aku dan ‘rindukan’ aku. Sekali lagi aku gelak. Sebab apa? Sebab aku kene tipu. Hehe..

Oh yeah, dari fon tu juga aku kenal pasti perempuan tu siapa. Kawan tempat kerja, bini orang.. Ish-ish.. Perbualan mereka nampak belum masuk bab-bab di katil, mungkin belum sampai arah itu. Alhamdulillah. Tapi mereka dah saling bertukar gambar intim.

Bini orang bertudung di luar, tapi bagi gambar berbaju tidur tali halus.. Alahai.. Suami tak bagi kasih sayang kot. Then yang laki aku ni, tak cukup kasih sayang la juga kot sampai cari dengan bini orang. Aku kumpul segala bukti, kot-kot nak pakai dikemudian hari.

Dan aku atur strategi. Hari, hari berlaku dengan tenang. Aku belum habis fikir.. Seminggu aku lalui dengan helaan nafas yang panjang. Aku seorang yang ego dan pendendam. Aku boleh benci dan buang dia sekelip mata sahaja.

Tapi aku fikir, tak adil untuk semua orang kalau aku tak berusaha baiki masalah ini dulu. Langkah pertama aku, ialah aku upah spy. Dapatkan gambar mereka berdua, intim macam mana, detail yang mungkin boleh aku guna.

Spy ni murah je, bawah RM1000 pun dah dapat. Aku cari spy non-malay. Sebab aku ada next plan. Dorang ni tak banyak bunyi. Asal bayar. Dan yang lagi penting boleh bayar guna matawang crypto. Dah dapat bukti, korang cuba teka apa aku buat?

Aku upah orang pukuI suami aku dan campak gambar-gambar intim pada dia. Kononnya suami perempuan tu punya kerja. Dan aku minta suami tak berhubungan langsung dengan wanita tu, kalau tak.. Lagi teruk kene. Aku suruh mereka pukuI untuk acah-acah je.

Sakit-sakit Iebam-Iebam muka je. Bukan suruh cedera sana sini. Dan yes, aku puas hati suami aku balik muka Iebam-lebam, jalan terhincut-hincut. Padan muka dia. Puas hati sebab aku tak mampu pukuI dia sendiri.

PukuI ni kan, aku upah bayar 2k je, haha.. Mudahnya hidup. Bila suami sampai rumah dalam keadaan kene tibai tu, aku pura-pura terkejut dan ajak report polis. Suami cuma diam, ‘jom bang, kita report polis. Abang nak takut apa, abang bukan buat salah pun.’

Aku provoke, aku siksa suami dengan macam-macam cara. Haha.. Aku kenal suami aku, dia memang mudah termakan dengan kata-kata aku. Aku minta mereka yang pukuI suami aku tu ugut untuk gambar-gambar tu sampai pada aku kalau mereka masih berhubung.

Seorang je kene? Tak lah. Aku upah juga orang untuk ugut perempuan tu, untuk sebarkan gambar-gambar intim dan gambar seksi wanita tu. Melalui orang upahan, aku syaratkan perempuan tu berhenti kerja 24 jam jika tak, semua tu sampai pada suami dia.

Dan aku akan pastikan perempuan gatal tu hilang apa yang dia ada termasuk anak dan harga diri. Dan perempuan tu terus berhenti kerja. Padan muka dia kena bayar denda pada company agaknya.. Puas hati aku. Total kos adalah RM5k.

Tapi bukan duit aku, haha.. Duit laki aku. Hampir sebulan settle masalah ini, aku kembali tenang. Dan aku sedar, yang suami aku ni bukanlah baik sangat. Jadi bila-bila masa pun aku akan bersedia. Cinta dulu dan sekarang dah tak sama. Tapi aku cuba lupakan. Be happy, but with limit.

Aku dah tak susahkan diri aku untuk dia. Aku dah tak percaya lagi pada keluh kesah godaan dia malam-malam, aku anggap itu semua hanya permintaan biologi untuk aku. Happy tapi mungkin tak cukup bahagia. Faham ke eh maksud aku?

Kalau ada orang tanya kenapa aku tak confront? Lor.. Buat apa nak semuka kalau boleh jadi susah. Yang senang dan tangan tak kotor kan ada. Dan aku tetap ada suami yang boleh penuhi semua keperluan aku, fizikal dan batin.

Berdosa kan aku, korang doa-doa lah supaya aku sempat minta maaf kat laki aku tu. Aku ada banyak plan dalam hidup. Buat masa ni cinta masih berbaki. Jika cinta dah hilang, anak dah besar dan tak perIukan kami bersama lagi, aku ada fikirkan plan berpisah dan nak jadi fulltime traveller.

Last gais, jika suami korang curang. Tolonglah jangan meroyan, jangan tanya suami tak reti nak hargai ke pengorbanan awak.. Jangan. Buang masa. Mereka memang suka tengok korang meroyan macam orang sasau bila mereka kantoi.

Konon trofi sebab dapat sakitkan hati perempuan yang dorang dah tak sayang. Ye lah, jangan percaya kalau mereka cakap masih sayang. Kalau sayang.. Tak ada skendel gais. Love, – Raspberry (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Ayam masak berlado sedap makan dengan nasi panas, nak lagi sedap jangan skip letak bahan rahsia ni