Nafkah kepada isteri sudah menjadi tanggungjawab seorang suami. Namun, dek kerana kedekut yang melampau si suami menjadikan dia merasakan tidak perlu untuk memberi wang kepada isteri sebagai nafkah. Ikuti kisah ini.
Assalamualaikum semua. Aku menulis ni sebab aku ternampak satu tweet ni katanya bagi duit untuk isteri yang surirumah sepenuh masa bukan nafkah. Aku ni umur muda dah dipaksa kahwin, arranged marriage.
Kau tahu keputusan SPM aku cemerlang nama aku dan gambar masuk dalam surat khabar sampai sekarang aku simpan keratan tersebut. Aku waktu ni dah bermacam mimpi nak sambung di mana dan dalam bidang mana.
Tapi ayah aku sekerasnya cakap jangan sambung cukup dah belajar dia suruh aku kahwin. Aku cakap dengan baik tapi ayah aku tak nak dengar. Mak aku dah meninggaI dunia awal kalau sebelum ni aku ada arwah mak yang sentiasa tolong dan bantu aku.
Lepas menangis sampai berpukuI tampar aku nak taknak terpaksa kahwin. Aku akur umur baru 18 tahun aku terpaksa berkahwin dengan lelaki yang aku tak pernah jumpa dan tak kenal langsung yang umur dah 30-an.
Siksa hidup aku, bekas suami aku ni orang dia jenis terlampau kedekut. Aku cakap nak beli barang dapur nak masak dia tak kasi aku duit tapi dia bawa aku pergi beli semua barang. Setiap hari tak ada hulur RM 5 atau RM 10 untuk aku tak ada.
Kalau nak beli apa dia akan ikut aku lepastu dia nak aku pergi kedai yang ada resit. Walaupun balance tu seringgit ke dua ringgit atau 50 sen dia suruh pulangkan. Aku pernah gurau cakap alah bang 50 sen tapi dia menjerit depan muka aku minta duit tu balik aku mengigil ye kasi 50 sen tu.
Aku tak ada simpanan langsung duit satu sen pun tak ada dalam beg duit kosong sentiasa tak ada isi. Nak ada simpanan macam mana umur aku 18 tahun dah terpaksa kahwin. Aku pernah sekali beli barang waktu malam dia kasi duit 10 ringgit aku pun turun beli semua sekali RM7.30 lepastu aku teringin nak makan aiskrim beli aiskrim potong RM1.00 perasa kacang merah aku beli dua untuk aku dan suami.
Bila balik dimakinya aku dia cakap aku ni cuma reti menghabiskan duit titik peluh dia sahaja. Sambil tu dia sinis aku cakap macam mana aku nak bayar mana duit padahal aiskrim RM1.00. Hubungan intimasi jangan cakap siksa.
Aku pernah jumpa ayah aku cakap minta duit ayah sebab suami aku tak kasi duit ayah aku tak kasi langsung dia cakap aku nak duit buat apa duduk rumah nak guna duit untuk apa. Kau tahu aku pernah sekali terpaksa cakap dengan bekas suami aku ni bagi lah saya nafkah bang macam mengemis. Kau tahu jawapan dia apa.
“Kau duduk sekarang rumah siapa, kau makan, mandi, minum, tidur ni semua siapa kasi aku kasi dalam islam tak ada nafkah bagi isteri duit tempat tinggal ni semua aku kasi ini nafkah aku”. Aku pun cakap at least bagi sikit biar aku ada saving sedikit sebanyak ini beg duit aku sentiasa kosong tak terisi langsung duit syiling tak ada duit kertas apa kan lagi.
Kalau aku cakap macam teringin nak makan dia selalu jeling aku tanya mana duit kau boleh bayar tak duit aku. Sengsara ye hidup aku, aku waktu ni memang sakit dan penat 3 tahun berkahwin siksa. Aku minta izin bekerja tak kasi dituduhnya aku nak menjaIang dengan jantan dekat luar sana.
Masuk tahun ke-4 berkahwin kali ni aku memang give up bukan sebab apa. Aku waktu ni sakit teruk kepala huyung hayang tekak muntah (bukan mengandung) badan gigil. Aku telefon suami aku cakap suruh balik dan bawa pergi kIinik aku rasa macam dah nak separuh mati.
Dia suruh aku minum dan makan apa yang ada tapi aku memang tak sedap. Aku call lagi cakap memang dah tak tahan langsung ni. Aku baring dalam rumah gigil ye bawah selimut dari pukuI 11 pagi sampai pukuI 7 malam tunggu macam nak mati.
Bila balik tu aku cakap dah tak tahan dan ajak pergi kIinik lepas merayu macam nak giIa dia pun bawa aku. Lepas dapat injection dan segala ubat total semua sekali RM200. Waktu bayar tu dia jeling tajam dekat aku. Tapi aku buat tak tahu, dalam kereta aku kena maki hamun aku buat tak tahu, dalam rumah pun dia tak berhenti membebel aku buat tak tahu.
Aku macam dah nak separuh mati satu hari tu. Malam tu aku kuat kan diri aku curi beg duit dia aku lari. Aku guna duit tu semua untuk sewa rumah tempat lain naik bas beratus KM sebab aku dah tak larat tersiksa. Sedikit pun aku tak rasa bersalah langsung.
Lepas setahun lari dan bekerja. Aku minta bantuan NGO hak wanita nak cerai diorang bantu aku dari A-Z lepas setahun setengah baru jumpa balik bekas suami aku dengan ayah aku. Aku selama ni tak ada rasa macam benci dekat ayah tapi waktu tu kali pertama aku rasa benci geram marah dan menyampah sebab semua berpunca dari ayah kandung aku sendiri.
Waktu proses cerai dekat mahkamah bekas suami aku tak habis-habis dia ungkit aku curi beg duit dia. Alhamdulilah lepas turun naik dan berkat bantuan NGO tersebut akhirnya sah bercerai. Ayah aku dengan tak bersalah tak tanya sama ada aku ni sihat ke tak tapi membebel cakap aku anak dan isteri derhaka siap tuduh kononnya jantan mana yang simpan aku.
Sejak haritu dah tenang hidup aku. Lepas 3 tahun bekerja aku sambung belajar sebab itu memang impian aku benda yang dah lama aku nak. Walaupun masuk belajar umur dah terlajak sikit tapi tetap teruskan, habis diploma aku kerja dan part time degree.
Aku waktu ni tak melawat ayah aku entah aku setiap hari anggap yang ayah aku ni dah tak ada. Yang aku ingat tahun 2020 waktu kovit, dapat panggiIan yang aku tak tahu macam mana ayah aku dapat. Ayah aku call nak pinjam duit, dia cerita terdesak.
Belum sempat dia cerita aku minta nombor akaun aku masukkan dan block nombor tu dan terus tukar nombor baru. Mungkin sebab dulu aku naif tapi bila aku fikir balik yang bagi aku sekolah duit makan besarkan aku semua arwah mak. Bangun pagi buat kuih lepastu jual duit tu yang besarkan aku.
Aku tingkatan 4 arwah mak meninggaI hidup waktu ni ala kadar yang paling aku sedih sebenarnya tak dapat tunjuk dengan arwah mak result cemerlang aku. Bila aku tatap keratan surat khabar dan sijil aku yang result dia macam tu aku rasa macam terlampau sedih kecewa dan terkilan.
Kalau aku tahu nasib aku lepastu menderita mungkin aku dah lari sebelum kahwin. Siksa dan trauma dia sampai sekarang tak boleh nak pulih. Ayah aku selama aku tersiksa tu, tak pernah pun nak membantu setiap kali aku minta tolong.
Waktu ayah aku minta duit aku dalam hati bagi lah banyak sikit tapi akhirnya aku bagi sikit. Aku bagi genap RM50 itu sahaja. Sejak haritu aku pun tak tahu berita ayah aku entah hidup ke tidak sekarang ni pun aku tengah teruskan hidup aku seorang diri. Doakan aku terus kuat ya.. – Sara (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Kenapa perlu tutup lampu sebelum tidur? Ramai tak sedar apa kaitannya dengan kesihatan badan