“Suami aku ni pelik, dah curang banyak kali pun tak nak lepaskan aku”

Lately, ramai digemparkan dengan kecurangan A* A*. 

Aku nak cerita pengalaman aku sendiri dicurangi berkali-kali. Sakit yang teramat sangat sampai tak rasa apa. 

Suami aku ni pelik, curang dengan ramai perempuan tapi tak mahu lepaskan cara elok.

Dah bincang melibatkan keluarga tak berkesan.. Last-last aku disuruh muhasabah diri kenapa laki curang?

Aku memang pernah jadi psycho dan selalu salahkan diri sendiri disebabkan orang keliling yang asyik suruh muhasabah diri. 

Aku nak share satu kisah yang menyebabkan aku tak percaya pada Jabatan A* dah sampai bila-bila untuk masalah rumahtangga. 

Pada suatu hari, aku check email suami aku dan password dia pun aku main hentam je. Sekali betul pulak. 

Aku nampak satu booking hotel di Damansara untuk sekian tarikh. Aku telefon Pejabat A* untuk minta buat serbuan.

Niat aku bukan nak malukan suami, tapi aku berharap, kalau tertangkap mungkin dia insaf. 

Tapi jawapan dari pejabat amat mengecewakan, maaf puan kami tak boleh kacau hotel ni. Puan sabar ye, doa pada Allah banyak2. 

Kali kedua, perkara yang sama terjadi lagi dan jawapan pun sama mengecewakan. 

Sejak tu aku tau undang2 agama terpakai untuk mereka- mereka yang tertentu.

Dan suami aku masih bebas melakukan hubungan bebas, sebab dia kata itu antara dia dan tuhan.

Tak payah la jabatan agama sibuk2 nak serbu2. Dia masih bangga sebab sepanjang dia meniduri perempuan, tak pernah sekali pun kantoi. 

Hati aku dah mati untuk lelaki dan mengharapkan Jabatan A* membantu. 

Aku yakin balasan Allah untuk aku atas dugaan ni pasti manis di syurga nanti. InshaAllah.

– No name (Bukan nama sebenar)

Baca: “Menyesal sangat kahwin dengan suami, semua kerja letak atas bahu aku sampai dia curang pun aku langsung tak sedar”