“Suami aku pantang tegur sikit dah menangis, bila merajuk terbaring atas katil macam mayat hidup…”

Sudah menjadi lumrah perempuan yang biasanya akan merajuk dengan lelaki tetapi lain pula kisah yang dikongsi kali ini oleh seorang isteri yang menceritakan perihal suaminya yang sering merajuk dan menangis.

Assalamualaikum semua, kisah aku hanya sekadar untuk berkongsi dan meluahkan. Aku penat dengan rumah tangga aku, patutnya dalam fasa ‘honeymoon’, baru 6 bulan kahwin tapi aku dah emotionally drained.

Ye, aku baru nak 6 bulan je kahwin tapi dah buat confession mengadu, mengeluh. Untuk pengetahuan, dia duda dan aku janda jadinya aku harapkan perkahwinan ni lebih baik dari sebelum. Masa bercinta semua indah tak nampak cacat cela kat mana-mana.

Bila dah kahwin aku pening, suami aku kuat menangis.. pantang tegur sikit dah merajuk, terbaring atas katil macam mayat hidup. Permulaan aku nampak tabiat dia ni adalah bila aku tegur jangan setkan channel radio sambil drive, kan bahaya.

Terus dia diam 1000 bahasa. Aku pun diamlah sebab tak nak jejas emosi dia masa memandu. Tapi sampai je rumah, dia terus baring atas tilam dan  aku biarkan sangkaan aku dia penat. Rupanya tengah mengalir air mata.

Serious aku rasa nak lempang je bagi jadi jantan sikit. Di situ bermula la sakit jiwa aku menghadap perangai baby suami aku ni.

Ada 1 hari aku dan dia gaduh kecil kat rumah mak aku. Masa tu berdua je di dapur tengah makan. Habis makan aku terus naik sebab aku malas nak panjangkan gaduh. Aku naik mandi, solat tapi dia tak naik-naik lagi.

Jadinya aku turun nak tengok dia tengah buat apa. Korang tau dia tengah buat apa?

Hmmm.. rupanya dari masa aku naik, mandi and solat, dia hanya duduk diam kat dapur dengan muka 10 sen sambil tengok lantai.. asbab sedih bergaduh tadi. Takde sikit pun rasa malu kalau-kalau mak aku masuk dapur dan tengok keadaan dia macam tu.

Korang bayangkan ye, dia macam budak-budak tengok lantai lepas kena marah, haa macam tula reaksi suami aku. Tak habis kat situ, adegan semakin rancak bila tetamu datang. Perlu ke nak tunjuk muka sedih depan tetamu macam mati bini.

Sampai tetamu tanya, bergaduh dengan bini ke? Kita ni kan kalau bergaduh suami isteri, kalau boleh tak nak tunjuk kat orang sanggup berlakon. Ini takkkkk. Tak ke malu, aku tak tau dah nak buat apa.

Ya bunyi macam kelakar kan, fun kan, mesti ada yang gelakkan aku. Tapi cuba korang ada tempat aku.. Entahlah..

Benda macam ni sangatlah merimaskan aku. Aku dah lama hidup menjanda, segala tohmahan ke, hidup susah aku dah biasa hadap. Jiwa aku pun dah kental. Sebelum ni aku sendiri aku berdikari, mentaI emosi aku kuat. Takde nak merajuk, menangis bagai.

Tapi bila bersuami baby ni aku rasa nak giIa. Kalau dia tunjuk bakat terpendam ni sebelum kahwin, memang taklah dia jadi pilihan aku. Benda dah jadi, aku cuba ubah dia jadi jantan sikit. Suami aku bukanla teruk sangat, ada baik dia.

Tapi tulah, emosi dia terlalu lemah. Tak boleh ada masalah sikit, kalau ada mulalah mencebek. Aku ni sekali dua boleh lah layankan, ni kalau macam dah jadi rutin harian untuk aku hadap, mulalah aku naik menyampah.

Rumahtangga mesti ada turun naik. Kalau benda yang tak ada apa-apa sangat pun, dah macam ni, korang bayanglah bila gaduh besar.

Ni aku nak cerita, korang bayangkan, kalau dia dekat office dan tengah bergaduh dengan aku, tanpa segan silu ya dia akan menangis depan kawan-kawan office dia. Kemudian aku pulak yang dipersalahkan sebab dia malu nak hadap kawan-kawan office dia.

What the heck.. Aku pun tak faham, nak kata anak tunggal tak, anak bongsu pun tak. Ni pun dia tengah drama episode ke berapa ntah kat dalam bilik 1 lagi. Aku dah bosan nak layan. Kalau pilih nak jadi budak-budak dipersilakan. Bukan lah lagi tanggungjawab aku nak memujuk macam baby.

Umur pun dah pertengahan 30an tapi mentaI dan emosi macam belum fully develop. Tu jela luahan hati aku ni. Harap semua ni akan bertambah baik, dan suami aku boleh berubah.

Wahai Encik Suami tolonglah jangan jadikan isteri kau ni giIa dengan perangai tah apa-apa ni. Lama-lama aku takut rasa hormat aku dekat dia pun boleh hilang.. – Popie (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Satu perkataan sahaja mengenai Salman Khan iaitu “menakutkan”- Muka Zareen Khan mirip Katrina Kaif