“Suami berperangai macam bayi, minta pakai lampin pakai buang dan minta susu botol setiap malam…”

Isteri dedah suami bergelar cikgu hidap penyakit ABDL, perangai seperti bayi mahu pakai pampers dan gian nak minum susu setiap malam. Sindrom Bayi Dewasa atau lebih dikenali sebagai Adult Baby & Diaper Lover (ABDL) mungkin jarang didengari oleh kita semua.

Namun perkara pelik ini benar-benar wujud di luar sana di mana seseorang itu amat suka dilayan seperti anak kecil. Bukan sekadar manja-manja biasa, sebaliknya mereka yang menghidap ABDL mahu diperlakukan seperti bayi sebenar.

Menerusi temu bual, seorang wanita Malaysia berusia 29 tahun tampil mendedahkan tentang suaminya yang mempunyai sindrom pelik itu. Bukan sekadar perlu membancuh susu sebelum tidur dan membuka rancangan kartun kegemaran, lebih teruk lagi apabila Puan Alia turut diminta untuk menukarkan lampin baru jika yang lama sudah penuh dengan najis.

Saya tak sangka se-ekstrem ini dia punya nak jadi bayi…Dia paksa saya pakaikan lampin

Dari awal perkahwinan lagi, lelaki itu pernah berterus terang mengenai minatnya untuk menjadi bayi. Namun Puan Alia tidak menyangka dia seakan-akan perlu menjadi ‘ibu’ yang menguruskan suaminya sepanjang masa. Keadaan itu semakin serius setelah memasuki tahun kedua perkahwinan mereka.

Si suami mula membeli segala barangan kelengkapan bayi dan akan merengek seperti budak kecil jika Puan Alia menolak kemahuannya.

Orang akan sangka dia lelaki yang sempurna…Keluarga mentua pun tak tahu

Walaupun bersikap pelik di rumah, Puan Alia berkata suaminya yang bekerja sebagai seorang guru itu akan berperilaku normal ketika berada di dunia luar selain sangat amanah soal pemberian nafkah. Ketika dipujuk untuk merawat masalah tersebut, wanita ini lega kerana lelaki berkenaan memberikan respon baik.

Sayangnya apabila sudah pergi ke pusat khidmat kaunseling, mereka tidak mendapat respon sewajarnya daripada pakar di sana yang disifatkan tak mengambil serius isu ABDL.

Baca juga: Pihak lelaki datang seramai 22 orang, duit hantaran dah bagi penuh rupa-rupanya pengantin lelaki kena ‘scam’