Suami telah membuat kejutan berupa sebuah kereta Ferrari bernilai RM1.2 juta buat isteri kerana melahirkan ramai zuriat sebagai tanda terima kasih.
Seorang lelaki membuat kejutan menghadiahkan sebuah supercar jenis Ferrari kepada isterinya, membuatkan orang yang anda sayang berasa lebih dihargai.
Terkini, tular di media sosial sebuah video yang mana lelaki terbabit telah menghadiahkan sebuah supercar dan dapat dilihat orang ramai berkumpul di tepi jalan di Sunway, Petaling Jaya untuk melihat kereta terbabit yang dibawa dengan treler dan dihiasi belon.
Rata-rata netizen dilihat berasa cemburu melihat hadiah diterima isteri lelaki tersebut.
Malah, segelintir netizen bercakap tentang kekayaan lelaki berkenaan dan kemampuan dirinya daripada segi kewangan untuk membelikan hadiah sebegitu mahal.
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan teruja dengan kejutan mewah lelaki tersebut.
“Bagus suami beri hadiah begini kepada isteri. Dia (isteri) layak memiliki semua ini,” kata seorang pengguna.
“Orang kaya tak apalah, boleh belikan hadiah mahal-mahal,” kata seorang netizen.
“Kalau kaya bolehlah beli. Tapi kalau miskin, boleh tengok dari tepi sahaja,” kata seorang lagi pengguna.
Setakat ini, video tersebut telah menerima lebih 1,000 tanda suka dan 20 komen.
Baca juga: Tips mudah tidur yang ada insomnia boleh cuba-Netizen setuju dengar saranan ustaz