Perkahwinan tanpa zuriat memang antara cabaran yang dihadapi oleh pasangan yang telah lama berkahwin.
Ia sepertinya sudah wajib bagi memperoleh seorang anak sedangkan anak itu adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Kisah ini berkenaan seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya dan memendam rasa hingga kemurungan seorang diri lalu bertemu jodoh tanpa disangka dengan seorang lelaki yang bernama Adam.
#Foto sekadar hiasan. Hai semua. Aku sekadar nak ceritakan pengalaman aku diduakan dan akhirnya terbalas d3ndam tanpa sengaja. Nama aku Leeza (bukan nama sebenar), berusia 40 tahun. Pada tahun 2013 semasa berusia 30 tahun, aku masih menjadi isteri kepada seorang lelaki sebaya, yang berjawatan gred 29 di sektor kerajaan.
Amir namanya (juga bukan nama sebenar). Masa tu usia perkahwinan kami sudah mencecah 5 tahun, dan masih tidak dikurniakan anak. Sebelum berkahwin, aku seorang eksekutif di syarik4t swasta di negeri berlainan.
Setahun setelah berkahwin aku berhenti kerja atas permintaan Amir. Aku akur kerana tak sanggup juga berterusan PJJ. Menjadi weekend husband and wife sangat meletihkan fizikal dan emosi kami. Cerita bermula pada Julai 2013, ada intake baru di tempatkan di pejabat Amir bertugas.
3 lelaki dan 2 perempuan. Salah seorang dari mereka namanya Najwa, 22 tahun (masih bukan nama sebenar). Seperti yang kalian akan sangka, iya.. Amir dan Najwa bercinta dalam diam. Hampir setahun rupanya mereka jalin hubungan.
Hubungan mereka kantoi pada penghujung tahun 2014 setelah aku terjumpa gelang tangan dalam kereta Amir. Aku tak sangka, tanpa rasa bersalah Amir terus jujur bila aku tanyakan tentang gelang tu. Nak pecah d4da rasanya masa tu.
Aku minta untuk berjumpa Najwa. Tak fikir panjang, Amir call Najwa dan aturkan pertemuan di rumah kami. Najwa seorang yang angkuh. Sepanjang pertemuan kami, kata-kata Najwa terasa t4jam di telinga aku. Dengan yakin dia berkata dia mampu membahagiakan dan memberi zuriat buat Amir.
Aku terdiam. Di situ aku tahu aku kalah. Lagi pula, Najwa memang jauh lebih menarik dari aku. Gadis muda lah katakan. Gaya hidupnya juga nampak mewah, kerana apa yang aku tahu ayahnya seorang pengarah di sebuah syarik4t ternama.
Aku? Hanya dari keluarga petani. Tidaklah miskin tapi tidak juga kaya. Sedari remaja, aku bukanlah jenis yang suka habiskan masa untuk lelaki. Cinta monyet pun tak pernah. Kenal Amir pun masa sama-sama belajar di IPTA.
Dari zaman belajar lagi pada aku lelaki bukanlah satu prioriti. Bila berkahwin dengan Amir, aku mula jadikan Amir keutamaan aku. Tapi bila dah dikecewakan sebegitu, dia bukanlah lagi keutamaan bagi aku. Untuk apa utamakan orang yang dah tak menjadikan aku orang yang penting dalam hidupnya.
Jadi dengan berat hati aku mengalah. Najwa tidak mahu bermadu. Kalau dia mahu dan aku mahu pun, aku tahu Amir tak mampu. Ingatkan gaji bersih gred 29 ni besar ke? TIDAK. Banyak komitmen lain yang Amir kena bayar.
Rumah, kereta, utiliti, nafkah ibunya, termasuk nafkah aku yang tak berkerja ni. Dari aku biarkan Amir berdosa sebab tak mampu adil dari segi nafkah kewangan, baiklah aku undur diri. Amir juga tak teragak-agak melepaskan aku. Seolah- olah hatinya dah tak ada langsung untuk aku.
April 2015 aku dijatuhkan dengan talak 1. Aku menjadi janda di usia 32 tahun. Abah temankan aku sepanjang proses mahkamah. Selesai urusan di mahkamah syariah, dengan berat hati aku pulang ke kampung bersama abah.
Amir yang hantar. 5 bulan juga aku duduk dengan keluarga. 2 bulan pertama aku hampir kemurungan. Lebih-lebih lagi selepas tahu Amir dan perempuan itu sudah bernikah tak lama selepas kami berpisah. (Apa yang aku dengar, ayah si perempuan menentang hubungan mereka, tapi desakan Najwa buatkan ayahnya terp4ksa akur).
Aku bersyukur abah dan emak sangat-sangat membantu aku dari segi emosi. Begitu juga adik-adik aku. Oh iya… aku anak sulung dari 4 orang adik beradik. Hari pertama aku pulang ke kampung bersama abah dengan dihantar oleh Amir, adik lelaki kedua aku hampir – hampir nak menyer4ng Amir.
Tapi abah menghalang. Aku juga tak izinkan. Untuk apa lagi kalau aku dan Amir dah tak ada apa-apa hubungan. Lagi pula Amir pulangkan aku dengan cara baik. Keluarga mertua? Usah ditanya. Mereka sikit pun tak kata apa-apa. Hubungi aku pun tidak.
Hanya aku yang hubungi mereka untuk ucapkan kata maaf buat kali terakhir. Ya aku faham, selama 5 tahun perkahwinan aku tak mampu berikan anak mereka zuriat. Lagi pula, bakal menantu baru mereka anak orang berada.
Gaji gred 19 si Najwa tu pun sekadar buat cemilan saja. Elaun yang ayahnya beri tiap-tiap bulan lebih besar dari gaji gred 19 nya tu ( itu yang pernah Najwa dabikkan pada aku). 5 bulan berkurung di rumah, aku nekad keluar mencari kerja dengan diploma yang aku ada.
Banyak tempat aku cuba, hampir juga putvs asa. Suatu hari aku dapat panggilan menyatakan aku diterima berkerja bahagian HR di sebuah syarik4t yang agak gah di tanah air. Tapi yang aku tak jangka, aku di tempatkan di ibu pejabat, iaitu di selatan tanah air.
Sedangkan semasa temuduga, aku temuduga untuk kekosongan cawangan syarik4t dalam negeri kelahiran ku. Atas kata-kata dorongan emak dan abah, aku terima juga kerja di sana. Tinggal di negeri asing tidaklah mudah.
Dalam masa setahun pertama, 2-3 kali aku bertukar bilik sewa atas faktor keselamatan. Hingga akhirnya aku dapat sewa serumah dengan akak cleaner pejabat. Kebetulan penghuni asal bilik tu dah berpindah keluar setelah berkahwin.
Dari berkejar-kejar menaiki bas, dan kadangkala teksi, dapatlah aku menumpang motor akak cleaner pergi dan balik kerja hari-hari. (Terima kasih kak Yati yang sangat baik hati). Dipendekkan cerita lagi, setahun berkerja di sini, aku bertemu jodoh di syarik4t aku berkerja ni.
Orangnya dah berusia. 19 tahun lebih berusia dari aku. Tapi masih segak. Lawa tak ada, tapi manis tu ada (hahaha…) Yang merapatkan kami, adalah bekal makanan, potluck. Setiap hari aku dan kak Yati akan masak bersama-sama seawal 5 pagi.
3 bulan tinggal dengan kak Yati, aku terikut-ikut cara kak Yati. Masak awal pagi, 2 jenis lauk. 1 lauk untuk bekal makan tengah hari, 1 lauk lagi simpan dalam peti ais, dan balik kerja kami akan panaskan untuk makan malam.
Itu cara kami berjimat untuk hidup di bandar besar ni. Kalau rasa nak makan lauk sayur, kami akan beli di warung seberang jalan. Makan malam pula, kami akan petik ulam segar yang kak Yati tanam di belakang rumah.
Jodoh aku ni orangnya berjawatan. Duda beranak 2 yang kem4tian isteri. Isterinya dah 7 tahun meninggal akibat stroke. Yang sulung sudah berkahwin, yang kedua masih membujang dan sedang belajar (kedua-duanya perempuan).
Jodoh aku seorang yang ramah dengan staff. Adam namanya. Kami panggil Tuan Adam. Masa awal kerja dulu aku agak kekok bila lihat dia join kami lepak makan tengah hari di pantry kalau tak ada meeting dengan client atau mana-mana VIP.
Salah seorang staff di situ beritahu, “memang itu cara dia. Waktu rehat boleh bergurau senda. Jangan heran kalau 5 minit sebelum tu dia bergurau dengan kau dalam pantry, tapi tak lama lepas tu dia m4ki kau bila dia jumpa ada kesalahan dalam kertas kerja kau”.
Aku hanya angguk kepala. Seram… Oh, berbalik kepada bekal. Department kami ni unik sikit. Hari-hari kami bawa bekal potluck. Tak ada p4ksaan pun sebenarnya. Tapi dalam 3-4 jenis lauk tu, mesti ada. Ada yang beli, ada juga yang masak macam aku.
Nasi pula kami masak di pantry. Department HR kami ada 5 orang tak termasuk Tuan Adam. Antara yang rajin bawa potluck, dia lah. Cuma jika dia ada meeting, dia akan biarkan kami habiskan bekalannya. Tapi kalau meeting dalam pejabat juga, kami akan asingkan beberapa lauk dan nasi untuk dia makan selepas meeting.
Bekal yang dibawa tu katanya adik perempuannya yang duduk serumah yang masak. Adik perempuannya berusia 45 tahun, tidak berkerja dan masih belum berkahwin. Jarang lelaki yang berjawatan besar rajin bawa bekal.
Amir dulu pun tak suka aku bekalkan dia makanan. Dari situ kami rapat dan tak sengaja jatuh hati. Beberapa bulan bercinta, dia bawa aku jumpa adiknya, Kak Aida. (Sampai sekarang aku panggil kak Aida, walaupun dah jadi adik ipar aku).
Alhamdulillah, walaupun aku jauh lebih muda, kak Aida menerima aku dengan hati terbuka. “Ringan sikit tugas kakak lepas ni”, gurau kak Aida. Aku tersenyum mengerti. Hanya kak
Aida dan Tuan Adam berdua je yang tinggal dalam rumah sederhana besar tu sejak kem4tian orang tua mereka. Tak ada orang lain.
Abang sulung Tuan Adam sudah lama berhijrah dan menetap di Canberra, Australia. Mereka hanya 3 beradik. Hinggalah sampai waktu yang sesuai, Tuan Adam membuat keputusan untuk panggil anak-anak dan menantunya pulang ke rumah, untuk perkenalkan aku kepada mereka.
Hari Sabtu yang ditetapkan, pagi-pagi lagi aku datang ke rumah Tuan Adam untuk tolong Kak Aida masak. Mee kari kegemaran anak sulungnya dan rojak buah kesukaan anak keduanya. Jam 2 lebih petang anak sulung Tuan Adam dan suaminya tiba.
Kami sama-sama tuju ke pintu nak menyambut anak menantunya. Otak aku ‘blank’ sekejap melihat 2 susuk yang keluar dari kereta. Anak dan menantunya pun terkaku melihat aku. “Apa ni papa????”, belum apa-apa Najwa dah menjerit dari porch kereta sambil menghempas beg di tangan.
Aku tengok Amir dan Amir tengok aku serta Tuan Adam bersilih ganti. Tuan Adam sememangnya tak pernah bercerita secara terperinci tentang anak- anaknya dan aku tak pernah bertanya apa-apa. Lagipun kami sangat jarang berjumpa di luar pejabat kerana Tuan Adam seorang yang sangat sibuk.
Sepanjang bercinta aku sikit demi sedikit memahami kesibukannya. Tapi tak sangka pula.. Pertemuan hari tu penuh dengan ‘peper4ngan’. Najwa agresif seperti biasa walaupun ketika itu sedang mengandung 6 bulan. Luluh juga hati aku bila melihat perut Najwa.
Tapi tak apa, itu rezeki mereka. Rezeki aku, menjadi ibu tiri dan ibu mertua tiri bekas suami aku. Hahaha! Kini sudah lebih 3 tahun aku menjadi isteri Tuan Adam. Kami dinikahkan 2 minggu sebelum PKP. Itupun selepas pelbagai cara bantahan Najwa buat. Gangguan melalui telefon usah dikira lah.
Kadang-kadang menangis juga aku dibuatnya, tapi aku tak akan tunjuk pada Najwa kelemahan aku itu. Syukur Tuan Adam tetap membela dan menyebelahi aku. Kalau dah kata jodoh, mahu atau tidak, Najwa terp4ksa akur.
Anak kedua Tuan Adam pula, dari mula memang tidak kisah asalkan aku mampu membahagiakan ayahnya. Alhamdulillah kini aku bahagia. Walaupun masih juga tidak dikurniakan cahayamata. Di usia 40 ni, cukuplah dengan apa yang Allah kurniakan buatku. Aku tetap bersyukur dengan ketentuan Maha Esa. Sesungguhnya, aku terbalas d3ndam tanpa sengaja. – Leeza (Bukan nama sebenar)
Baca juga: “Dia berubah lepas kami PJJ, rahsia akhirnya terbongkar bila aku buka Facebook..”