Suami hadiahkan isteri Ferrari RM1.9 juta sempena ‘anniversary’, mahu cukupkan 4 koleksi Ferrari dimiliki

Seorang jutawan di Britain memberikan hadiah sebuah kereta Ferrari bernilai £320,000 (RM1.9 juta) kepada isterinya, laporan akhbar Daily Star semalam.

Matt Fiddes memberikan kereta Ferrari Spider F8 berwarna kuning kepada Monique, sebagai tambahan kepada koleksi kereta wanita tersebut yang bernilai £600,000 (RM3.59 juta).

Penduduk asal Devon tersebut menyatakan bahawa isterinya layak menerima hadiah mahal tersebut kerana sentiasa bersabar dengannya. Fiddes juga turut memuji kemahiran Monique menjadi seorang ibu.

“Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang bekerja keras. 

“Di sebalik tabir, isteri saya menyokong saya menguruskan  syarikat dan hartanah kami yang semakin berkembang,” katanya.

Sebelum ini, Fiddes telah menghadiahkan Monique sebuah kereta Ferrari sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11. Ini merupakan Ferrari keempat yang telah dibeli untuk mencukupkan koleksi Ferrari milik keluarga itu.

Baca juga: DJ Lin terkejut, masih belum sanggup jumpa Tyzo- “Ini kecaman terhebat sepanjang 25 tahun”