Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan dakwaan bahawa suami kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerima kontrak dari kerajaan Selangor tidak mengandungi sebarang kesalahan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut berkata tender tersebut diberikan kepada beliau dari entiti yang tidak mempunyai apa apa pertalian dengan tugas Hannah Yeoh sebagai menteri.
“Tugas Hannah Yeoh adalah sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau tidak ada kaitan dengan Kerajaan Selangor.
“Saya nampak tidak ada kaitan Kerajaan Selangor dengan Kementerian Belia dan Sukan.
“Buat masa ini saya tidak nampak ada sebarang kesalahan,” katanya ketika sidang media Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di Pusat Konvensyen Leo Moggie, pada Isnin.
Baca juga: Lebih 10,000 pelajar tidak hadir duduki SPM, KPM bakal ambik tindakan tegas