Disangka hanya kad sukan lama, suami isteri terkejut jumpa harta karun bernilai ratusan ribu ringgit

Tuah ayah nampak pada kakinya, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Itulah yang dialami oleh sepasang suami isteri di Amerika Syarikat (AS) ketika mereka menjadi ‘jutawan segera’ setelah menemukan dua beg bimbit yang berisi wang tunai sejumlah £33,000 (RM188,038) di loteng rumah mereka.

Penemuan tak terduga itu berlaku di sebuah rumah di Cleveland, Ohio, AS, ketika pasangan tersebut berhasrat untuk melakukan renovasi di kediaman baru mereka.

Individu yang identitinya tidak didedahkan pada mulanya tidak mencurigai beg lama tersebut dan hanya menganggapnya mungkin mengandungi kad sukan lama atau barang-barang yang tidak berharga.

“Saya mengambil dan membawakan beg tersebut berjumpa dengan isteri. Saya memang terfikir ada sesuatu di dalamnya, tetapi tidak berat seperti kumpulan syiling atau jongkong emas. Mungkin kami bertuah kerana berjaya menjumpai kad sukan lama,” kata lelaki terbabit yang dipetik daripada laporan Mirror.co.uk.’

Lelaki itu turut menerangkan bahawa mereka menemui tiga bungkusan wang yang dibalut dengan kertas lilin bersama salinan akhbar lama, Cleveland Plain Dealer yang bertarikh 25 Mac 1951 di dalam beg pertama.

Akhbar tersebut dipercayai digunakan untuk membungkus wang sebanyak £17,000 (RM96,978) untuk mengelakkan kerosakan, bersama dengan beberapa bil bertarikh antara 1928 hingga 1934.

Sementara itu, di dalam beg kedua, mereka menemui wang sebanyak £33,000 (RM188,251).

“Awalnya kami berasa ketakutan dan seakan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Situasi ini pastinya di luar sangkaan,” kata lelaki itu lagi.

Baca juga: “Tiap minggu isteri nak balik rumah mertua, sampai aku jadi suami pun tak dipandang langsung”