Berapa banyak kisah yang kita dengar tentang suami berkahwin lain tanpa meminta izin isteri pertama?
Terlalu banyak bukan? Ini menunjukkan realiti perkahwinan itu terlalu ‘complicated’ dan hanya yang kuat kesabaran dan imannya sahaja yang dapat melalui ujian ini.
Wanita ini menceritakan kisah suaminya yang kantoi berkahwin dengan wanita lain di seberang dan bagaimana dirinya dianiaya menggunakan sihir oleh isteri kedua suaminya.
Assalamualaikum admin. Saya cuma nak mintak pendapat dan pandangan kawan-kawan di alam maya tentang masalah yang saya hadapi sekarang. Saya berumur 40-an dan dah berkhwin selama 27 tahun.
Suami saya orangnya penyayang dan bertanggunjawap dan kami macam pasangan yang lain, cukup bahagia. Kisahnya bermula beberapa tahun lepas bila saya dapat tahu suami saya berkahwin di Siam secara senyap – senyap tanpa pengetahuan saya.
Suami rahsiakan hal ni selama 4 bulan pernikahan mereka. Saya macam tak percaya mereka dah bernikah selama 4 bulan sebab suami sentiasa ada di rumah bila habis waktu kerja. Allah nak tunjukkan waktu saya nak solat tahajud ada wassap masuk dekat HP suami.
Perempuan tu marah – marah dekat suami kata tak adil sebab selalu lebihkan saya dan takutkan saya… Saya tunggu subuh, k3jutkan suami dan jemaah bersama. Selesai solat saya tanya suami pasal wassap tu dan suami mengaku mereka dah bernikah.
Bermacam-macam saya rasa waktu itu (yang pernah lalui je yang faham macam mana s4kitnya). Suami sujud dan civm kaki saya mintak maaf dia cakap kesian dengan perempuan tu. Lagipun perempuan tu yang tanggung semua kos ke seberang termasuk cincin kahwin mereka.
Saya cakap saya tak nak bermadu sebab saya tak nak suami saya terus berdosa, kerana saya tahu kemampuan suami saya. Saya suruh suami pilih saya dengan anak – anak atau perempuan tu. Suami cakap sampai m4ti pun dia tak akan lepaskan saya.
Suami minta saya jumpa perempuan tu dulu sebelum ambil apa-apa keputvsan. Sebelum saya jumpa saya buat solat istikarah beberapa malam dulu mintak petunjuk kalau betul itu yang terbaik buat kami, mintak Allah lembutkan hati saya untuk terima madu saya. Suami bawak kami berjumpa di masjid dan kami duduk berbincang tapi kenapa hati saya sem4kin keras untuk terima dia sebagai madu.
1) Dia cakap saya tak pandai layan dan jaga suami.
2) Dia kata dia ikhlas kalau suami tak bagi nafkah kat dia sebab dia mampu. Tapi 4 bulan kahwin suami tak pernah bagi nafkah kat dia. Kalau ikhlas kenapa cerita dekat saya, saya rasa itu macam tak ikhlas.
3) Dia siap ugvt saya kalau tak terima dia sebagai madu tahu la nasib saya macam mana nanti.
4) Saya tanya dia kenapa bercerai dengan suami lama. Dia cakap suaminya berkahwin baru sebab dia tak boleh beranak. Saya kata tentu s4kitkan bila tahu suami kahwin lain tapi dia cakap dengan selamba, “lain rasanya mengambil dan diambil.”
5) Sombong dan meninggi diri,
Saya berlalu tak tertanggung sedih rasanya kenapa suami dapat isteri seperti tu. Saya solat dan saya menangis sepuasnya. Suami datang dekat saya dan pujuk, dia cakap perempuan tu dah pergi. Dalam kereta suami saya call perempuan tu dan lafazkan talak.
Saya ingat bila urusan cerai dah selesai masalah akan habis, rupanya masalah lain timbul. Suami saya tak boleh nak ‘bersama’, macam m4ti pucuk. Suami berubat dalam beberapa bulan baru ok dan saya pulak selalu s4kit sampai tak boleh bangun dan kemuncaknya selalu munt4h dar4h. Bertahun saya s4kit (beribu duit habis untuk berubat).
Sehingga la saya jumpa seorang Datuk ni dia cakap, ada orang s4kit hati dengan saya sebab dia dah buat macam – macam kat suami supaya tinggalkan saya tapi suami tetap sayangkan saya. Datuk ni cerita pasal perempuan tu dari A sampai Z.
Saya terdiam macam mana dia tau pasal prempuan tu sedangkan kami suami isteri tak pernah bercakap pasal dia pada Datuk tu dan semuanya memang betul. Datuk tu tanya nak saya pulangkan tak apa yang dia hantar pada saya pada tuannya.
Tapi saya cakap tak payah sebab saya cuma nak baikkan diri saya saje sebab dah bertahun saya s4kit terlantar tak boleh buat kerja rumah maupun masak sekali pun. Saya takut Allah, jadi biar la Allah yang balas untuk saya.
Saya kalau nampak luaran memang macam sihat, ceria tapi dalaman saya s4kit sebab saya tak pernah cerita buruk suami saya pada sesiapa walaupun pada anak – anak saya, sebab saya tak nak anak saya hilang hormat pada suami.
Saya selalu pergi hospital pakar s4kit jiwa untuk kanseling sebab saya depr3ss teruk mungkin kerana saya pend4m semua masalah sorang – sorang. Saya nak mintak pendapat semua macam mana saya nak maafkan suami saya dengan ikhlas sebab mulut saya je cakap dah maafkan tapi jauh dalam lubuk hati saya masih tak boleh maafkan dia dengan apa yang saya tanggung. S4kit diri diduakan, s4kit bertahun kena s4ntau.
Orang yang pernah mengalami saje yang tahu betapa s4kitnyaa. Tolonglah bagi nasihat yang baik – baik buat saya. Buat para suami di luar sana, tolonglah hargai isteri anda jangan dah terh4ntuk baru nak tersedar.
Saya doakan semua pasangan suami isteri dalam ni sentiasa dalam lindungan Allah dan aman bahagia hingga ke jannah. Saya juga mintak tolong kawan-kawan doakan saya terus kuat dan dapat melupakan semua kisah silam yang meny4kitkan saya.
Baca juga: Ajaib! Bayi 4 bulan dibawa angin puting beliung, rupanya selamat tersangkut kat batang pokok