Nafkah adalah perkara yang wajib seorang suami wajib berikan kepada isteri apabila telah bernikah.
Nafkah merangkumi makanan, barang dapur, pakaian, tempat tinggal, alatan untuk membersihkan diri dan juga pembantu bagi isteri jika telah terbiasa namun jika suami mampu.
Wanita ini menceritakan bagaimana suaminya yang culas dalam memberikan nafkah kepada dirinya namun saban tahun mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka berkat ikhlas memberi nafkah kepadanya.
Assalamualaikum semua. Saja nak sharing. Yang baik – baik korang ambil. Yang buruknya dari aku sendiri, abaikan sahaja. Aku dah berkahwin selama 8 tahun. Aku kahwin dengan seorang lelaki yang bekerja di bidang profesional tetapi mempunyai masalah kewangan di awal perkahwinan.
Aku tahu benda tu dari sebelum kahwin dan sanggup nak susah senang bersama – sama. Jadi takde issue bab tu. Aku sanggup terima dia sebab aku sangat suka akan budi pekerti, adab dia dan cara dia layan aku. Masa kahwin, aku tak bekerja sampailah lepas kahwin pun.
Satu sebab bunting pelamin. Kedua sebab suami pun minta untuk aku jadi surirumah dan fokus anak sahaja. Dari segi lain suami aku boleh dikatakan ibarat suami mithali. Sangat baik dan sentiasa utamakan isteri dan anak.
Apa saja permintaan aku dia akan cuba sedaya upaya untuk turuti. Tapi aku juga tidak melampau dalam meminta apa – apa kerana aku tahu keadaan suami yang dalam masalah kewangan. Awal perkahwinan gaji suami boleh dik4takan hampir semua habis bayar komitmen. Masa tu gaji suami lebih kurang RM6000. Untuk orang lain gaji RM6000 tu mungkin dah boleh hidup selesa. Tapi kami masih menumpang rumah ibu ayah suami. Cukup – cukup makan sahaja. Namun waktu tu aku bersyukur apa adanya. Suatu hari aku dengar ceramah ustaz. Ustaz cakap,
“Isteri, mintalah duit nafkah dari suami. Kalau suami mampu bagi RM5 sebulan pun tak mengapa. Mintalah. Dan masa bagi duit nafkah tu suami kena cakap, ‘ini duit nafkah untuk awak bulan ni’. Rezeki akan lebih melimpah ruah,” kata ustaz.
(Duit nafkah ni untuk duit belanja isteri sahaja. Bukan untuk bayar bil api ke air ke susu anak ke ok). Aku share ceramah tu dengan suami. Suami cakap Insyaallah start bulan depan dia akan amalkan. Bulan depannya suami mula bagi duit RM10.
Bayangkanlah gaji RM6000 tapi mampu bagi duit bulanan RM10 je untuk isteri. Kalau orang luar tahu mesti dah kena kecam. Tapi aku bersyukur saja dan aku tahu setakat mana kemampuan dia. Awal perkahwinan tu boleh katakan nak beli baju sepasang pun kena fikir – fikir. Nak beli baju raya pun tak mampu.
Ada RM100 kena kongsi untuk beli dua pasang baju raya. Satu untuk aku. Satu untuk suami. Aku pilih baju yang paling murah. Walaupun hakik4tnya aku tak berkenan. Asal ada baju raya sahaja sudahlah. Baju je yang dibeli baru. Tudung dan kasut pakai apa yang ada sahaja.
Banyak lagi kesusahan yang kami lalui. Tapi kalau cerita banyak macam dah lari dari topik pula, hehe. Setiap kali bagi duit nafkah suami akan cakap, “Ini duit nafkah untuk sayang bulan ni. Maaf abang tak mampu bagi banyak. Sayang doakan abang murah rezeki ya”.
Oh ya, aku tahu segala duit keluar masuk suami. Kadang-kadang kalau nak beli barang keperluan pun aku swipe sahaja kad dia. Tiada rahsia antara kami dalam segala bab password bank, media sosial, fon dan lain – lain.
Pelik kan kenapa kena bagi duit nafkah kalau boleh swipe kad dia? Bab duit nafkah ni sebenarnya lebih kepada formaliti untuk keberkatan. Ustaz cakap dengan cara tu isteri akan lebih redha dan mendoakan suami. Bulan demi bulan kami amalkan.
M4kin banyak perubahan yang kami alami. Suami dapat kenaikan gaji yang banyak dua bulan selepas mula bagi duit nafkah. Beberapa bulan lepas tu kami mula menyewa rumah sendiri. Setiap kali gaji naik, suami naikkan jumlah duit nafkah yang diberi.
Tahun demi tahun, gaji suami m4kin banyak. Pangkat juga m4kin naik. Allah memudahkan semuanya. Selepas 8 tahun, gaji suami tiga kali ganda dari awal perkahwinan. Duit nafkah yang bermula dari RM10 pun sudah bertukar menjadi empat angka. Hutang – hutang juga sudah banyak yang selesai.
Sekarang hidup kami jauh lebih selesa. Nak makan apa? Semua suami tunaikan. Nak travel? Suami bawakan. Nak beli apa – apa? Insyaallah boleh beli selagi masih dalam kemampuan. Itulah antara keajaiban duit nafkah yang kami rasai.
Sekarang suami selalu cakap, “Tak sangka kita dah sampai tahap ni. Ni semua sebab abang amalkan bagi duit nafkah kat sayang. M4kin banyak abang bagi kat sayang m4kin banyak rezeki abang”. Jangan salah faham. Selain daripada duit nafkah, nafkah – nafkah lain juga haruslah dijaga. Nafkah zahir dan batin.
Tak dinafikan suami aku sentiasa sedaya upaya menjaga hati aku dalam setiap perkara. Tidak pernah satu keputusan pun dibuat tanpa bertanya kepada aku. Dan dia tak pernah biarkan aku merajuk lebih dari sejam. Jarang sangatlah g4duh. Merajuk 10 minit baik semula.
Suami selalu cakap, “Janganlah merajuk dengan abang. Kalau kita bermasam muka nanti rezeki tak masuk”. Tapi dalam rumahtangga mestilah kena ada merajuk – merajuk juga kan barulah meriah, haha.
Dari Ibnu Abbas r. a: Nabi saw bersabda,
“Sebaik – baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri ku.” Okaylah tu je nak share. Terima kasih yang membaca. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah swt. – Airis (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Hidangan mudah raya Aidiladha, resepi daging cair di mulut ni ‘confirm’ buat ramai terliur