Pergaduhan antara suami isteri seringkali menjadi isu dalam kalangan masyarakat kita namun apa yang kerap diperkatakan ialah ianya hanya ‘kebiasaan’ didalam rumahtangga.
Tiada pasangan yang mahu bergaduh dan bercerai berai kerana perkara yang kecil namun kita semua hanya manusia biasa yang mudah melakukan kesilapan.
Kisah benar ini menceritakan detik wanita ini melarikan diri dari didera suaminya yang berdendam kerana isterinya memfailkan penceraian.
Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya saya m4ngsa keg4nasan rumahtangga. Sudah tidak tertahan lagi dengan per4ngai dan sikap suami yang tidak bertanggungjawab dan suka memukul. Akhirnya saya terp4ksa buat keputvsan minta cerai.
Ingatkan kes saya senang selesai bila bercerai, masalahnya suami tak mahu ceraikan saya. Suami saya bila dipanggil kaunseling, dia sekali pun tak datang, bila hakim putuskan kami bercerai baru dia datang dan bantah.
Alasannya kepada hakim dia hendak kaunseling dulu. Sedihnya Hakim boleh dengar cakap dia, sedangkan hakim berkali-kali sudah panggil untuk bicara tetapi dia tak datang. Pada saya senang- senang dia bodohkan hakim. Tetapi hakim boleh dengar cakap dia tu kenapa?
Mengapa lelaki yang berkali-kali tak hadir ke mahkamah dan telah menghina mahkamah tidak ditangkap sahaja? P4ksalah dia supaya hadir ke mahkamah dan hakim tolong tegaslah sikit, jangan berlembut ikut kehendak lelaki sahaja.
Saya tak boleh terima dia lagi, sebab siapa boleh tahan kalau selalu kena pukul, bayangkan bila meng4muk tak dapat duit atau ada masalah duit, dia angkat, heret ke lantai, badan dia besar, sedangkan saya kecil, mana boleh lawan.
Dia heret dua kaki saya dari atas katil hingga ke lantai. Lebih meny4kitkan dia pegang dua kaki saya dan pusingkan kaki dan badan saya macam orang gusti. Mujur tak kena dinding. Malah lebih teruk hingga mampu mengancam nyawa puncanya dia marah sebab saya tuntut cerai.
Bayangkan s4kitnya, Allah sahaja yang tahu, saya takut tulang belakang atau tulang ponggong saya patah. Tapi dia tak peduli, dia memang kasar, masalahnya bukan sekali dua kena hadap macam tu. Saya pernah lari dari rumah dengan anak- anak, tetapi dia dapat tangkap saya balik dengan bantuan 3 orang kawannya.
Lantas kurung saya dalam bilik di rumah sewanya, dia tak beri saya makan dan minum. Saya bukan sahaja dikurung, tetapi kaki tangan saya diik4t dan mulut saya diplaster supaya tak menjerit. Sementara anak-anak dia kawal di ruang tamu.
Akhirnya setelah dikurung 2 hari saya dapat juga lepaskan diri melalui bumbung store. Saya ternampak satu lubang panjang yang ditutup dengan papan, saya kopek papan tersebut dan saya berjaya keluar dengan memanjat keluar melalui lubang papan tersebut.
Walau pun saya berjaya keluar tetapi dia tetap mengejar saya, untung ada orang bersimpati sanggup sembunyikan saya, dua hari kemudian saya berjaya melarikan diri balik ke rumah emak ayah saya nun jauh di seberang.
Setelah berubat dan buat laporan polis, dengan sedikit duit yang saya pinjam, setelah kuat semula saya pergi semula ke kawasan rumah, dengan harapan dapat ambil anak-anak saya. Tetapi saya ditegah jumpa anak-anak, walaupun di sekolah, namun saya curi – curi intai mereka dari jauh.
Biasanya saya nampak anak kedua saya sahaja, anak sulung selalu tak datang sekolah sebab disuruh jaga anak ketiga yang masih kecil di rumah. Kalau ayahnya keluar ke kedai atau jumpa kawannya. Makna kata anak sulung saya memang jarang ke sekolah.
Saya hairan mengapa dia tak bekerja berbulan-bulan lamanya, macam mana makan minum dia dan anak-anak, akhirnya saya dapat tahu, dia sudah kahwin baru dan isterinya yang dip4ksa tanggung makan minumnya. Saya tak terk3jut, isterinya terp4ksa beri duit, sebab itulah yang dilakukan pada saya semasa bekerja dulu. Sedangkan dia tidak bekerja. Konon buat bisnes tetapi bohong.
Kerana fikirkan masa depan anak-anak yang selalu tak bersekolah, saya buat keputusan mesti bawa anak-anak saya lari. Tetapi susah, sebab suami buat tegahan dengan guru melarang saya jumpa anak-anak di sekolah.
Tegahan itu buat saya lebih bersemangat hendak larikan semua anak-anak saya. Tetapi gagal. Sebab anak-anak saya dikunci dari luar kalau suami keluar. Akhirnya saya berjaya larikan anak kedua saya bila dia di sekolah.
Dari kawan-kawan dan ibu-ibu mereka yang bersimpati saya dapat tahu anak sulung saya yang darjah 5 selalu tak ke sekolah kerana dip4ksa jaga adik. Suami langsung tak fikirkan keselamatan 2 anak yang masih kecil, asalkan dia dapat balas d3ndam s4kitkan hati saya kerana saya tuntut cerai.
Akhirnya ketika anak sulung dapat ke sekolah, saya dapat bercakap dengannya melalui telefon yang dipinjamkan oleh ibu kepada rakannya yang bersimpati dengan nasib anak saya. Kami berpakat bagaimana nak keluarkan dia dari kurungan ayahnya.
Akhirnya anak yang baru berumur 11 tahun ini beri saya jalan untuk lepaskan diri dan bawa dia dan adiknya terlepas dari kurungan ayahnya. Sungguh saya tak sangka anak kecil ini akhirnya berjaya loloskan diri dari kurungan ayahnya bersama adiknya yang masih kecil.
Ketika ayahnya mandi dia kunci pintu rumah dan pintu pagar dan dia bawa semua kunci termasuk kunci kereta dan telefon ayahnya. Sambil mengendong adiknya dia berlari ke kereta saya yang sedang menunggu dan kami terus ke lapangan terbang untuk balik ke negeri saya.
Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 3 jam, tetapi saya berjaya pecut dalam masa 2 jam sahaja. Setelah selamat sampai ke kampung halaman, ayahnya masih belum dapat keluar. Sebab kunci rumah terlalu canggih tak boleh dipecahkan.
Untuk pengetahuan pembaca setiap kali saya larikan anak, saya buat laporan polis, kerana tidak ada undang-undang ibu atau ayah boleh dihukvm colek anak sendiri, sama seperti ketika saya dicolek dulu, kata polis tidak ada undang-undang suami colek isteri dan anak-anak, sedangkan ketika dicolek oleh suami dulu, saya bukan saja dipukul, tetapi diik4t kaki tangan, mulut diplaster dan diugvt dengan pis4u jika buat bising.
Setelah dapat semua anak, saya failkan tuntutan hadanah, malangnya setiap kali mahkamah panggil, suami tak pernah hadir. Akhirnya hakim jatuhkan hukvman hadanah kepada saya. Demikian juga halnya ketika saya buat tuntutan cerai, bekas suami tetap tak datang.
Kes tertangguh berkali-kali, bayangkan berapa banyak duit terp4ksa saya pinjam untuk lepaskan diri. Kes saya agak pelik saya berjaya dapatkan hadanah sebelum bercerai. Alhamdulillah. Tuntutan hadanah saya buat di negeri saya tetapi untuk kes cerai saya buat tuntuan di negeri bekas suami.
Konon untuk mudahkan suami, tetapi dia tetap tak hadir. Sedangkan saya habis beribu ringgit beli tiket kapal terbang pergi balik, sewa hotel, tambang bas dari airport ke Perak. Saya seronok dengar ada peguam kata plaintif boleh buat tuntutan ganti rugi perjalanan, malangnya saya pernah mohon tak pernah dapat, kata pegawai di mahkamah tidak ada peruntukan.
Agaknya kalau pakai peguam boleh dapat tuntutan, kalau buat sendiri hakim tak layan. Masalahnya kalau saya ada duit bolehlah gunakan khidmat peguam kalau tak berduit, macam mana? Duit peguam bukan sikit orang kayangan aja boleh bayar yang miskin macan saya mahkamah Syariah memang tak ambil peduli. Saya sekarang ni pun tak habis lagi turun naik mahkamah atas urusan tuntutan nafkah pula.