Dalam perkahwinan, bertolak ansur adalah perkara yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga.
Menjaga tutur kata ketika menegur juga perlu ada adabnya kerana tidak semua individu dapat menerima kata-kata yang kasar.
Wanita ini menceritakan kisah dirinya yang sering dibuli suami yang malas bekerja dan hanya menyerahkan segala urusan rumah dan bekerja diatas bahunya seorang diri.
Assalamualaikum admin, mohon hidekan fb saya. Saya berusia awal 30-an, suami saya dah nak hampir masuk 50-an, beza usia kami 16 tahun dan kami dah kahwin nak sedekad dah. Ada sepasang cahaya mata.
Suami saya asalnya duda 4 orang anak. Bercerai hidup dengan bekas isteri. Entahlah.. saya rasa takde hati dah dengan suami saya ni. Baik cinta, nak ‘bersama’ dengan suami pun saya tak nak, tak hingin. Suami sentuh saya pun saya rimas.
Kalau boleh tak nak lah tengok muka dia dah. Lebih baik, takde dari ada. Sampai satu tahap saya nak dia takde kat dunia ni lagi bagus. Suami saya bukan kaki perempuan, dia memang tak curang sebab dia selalu depan mata saya je.
Kalau pegang HP pun main game dan tiktok je. Nak kata angkat tangan pada saya, memang tak pernah, sebab saya tak pernah buat salah rasanya. Dia pun tak berani nak pukul saya sebab anak dia dengan bekas isteri dia pun, saya yang jaga dari mula kahwin sampai sekarang, 2 daripadanya dah pun masuk ke universiti. Semua elok dalam jagaan saya.
Suami saya bukan ada pendidikan tinggi, cuma saya ada diploma dan result semua exam PMR dan SPM saya bagus. Jadi saya didik anak tiri saya sampai masuk U. Banyak dah saya berkorban besarkan anaknya sebab tu agaknya dia tak berani nak angkat tangan.
Yang tak bestnya, suami saya ni nak control seluruh hidup saya. Saya nampak dia tak boleh saya lebih sikit. Dia nak aturkan semua perjalanan hidup saya. Agaknya sebab dia tau saya banyak kelebihan, muda dan ada pelajaran.
Jadi dia banyak nak gunakan kuasa dia sebagai suami untuk sentiasa kawal saya. Kawal macam mana tu? Dulu lepas kahwin saya nak kerja tapi dia tukar mentaliti saya. Katanya dia yang belajar tak tinggi pun boleh berjaya dengan bisnes, sudahnya saya dikerah tenaga untuk berniaga bersamanya.
Tapi semua kerja saya nak kene buat, belum lagi hal rumahtangga sepenuhnya atas bahu saya. Hal pelajaran anak, hantar anak sekolah. Anak dia masuk Universiti pun saya yang ulang alik ambil semasa cuti sem. Lagi satu suami saya ni kalau saya menjawap sikit atau protes apa yang dia cakap, pasti dia akan melenting.
Pernah dia jalankan bisnes kedai makan, saya sebagai tukang masak. Sekali tu saya siapkan order customer, dah sampai di meja. Tiba – tiba pelanggan kata tak nak letak ker4ng dan ud4ng. Saya kata, bukan silap saya. Yang ambil order adalah suami saya kenapa suami saya tak bagitahu apa yang customer tak nak.
Sekali suami saya marah. Lebih kurang bunyinya, “engkau siapa nak marah aku depan orang. Kau siapa! Jagalah air muka aku ni depan kawan aku. Kau diam dah lah. Buat je la order baru.” Ya Allah nangisnya saya semahunya bawah meja buat air.
Dah la customer yang datang tu semua kawan baik suami. Anak tiri saya pun ada kat situ terk3jut dengar saya kena marah. Cerita saya ni agak panjang sebenarnya. Selepas dari peristiwa tu, saya pernah pertama kali saya minta cerai dari suami sebab tak tahan.
Saya rasa siksa jiwa dan jasad saya. Siksa jasad sebab diperlakukan seperti h4mba, siksa jiwa sebab terlalu bermain dengan fikiran memikirkan nasib hidup suami macam ni. Suami saya orangnya tak rajin. Pada usia hampir ke 50 tahun tak lama nanti, masih tiada pekerjaan tetap.
Sebab kami kan berniaga, cuma lepas anak kandung saya dah bersekolah awal tahun haritu, saya rasa semak sangat hidup. Saya nak berniaga lagi, nak uruskan anak sekolah lagi. Ada sesi pagi, sesi petang, nak masak lagi, sedangkan rutin harian rumah pun saya dah penat. Lagi nak berniaga.
Suami saya takdanya dia nak berniaga sorang – sorang, selama ni kami berniaga sama-sama pun, sebab saya yang jadi orang kuat. Bila saya taknak niaga dah, dia pun taknak niaga. Untuk pengetahuan semua, hal sekolah anak saya je ye yang uruskan.
Kalau pagi saya terbangun lewat k3jutkan anak sekolah. Jangan haraplah suami saya tu nak ambil kisah hal sekolah anak. Padahal dia tidur subuh pun common sense la boleh la k3jutkan anak, pakaikan baju sekolah hantar semua. Itu pun kalau ada common sense.
Nak kata tanggungjawab. Kelaut lah anak dia dengan bekas isteri dia pun saya yang siapkan hal sekolah. Ni lagi anak kandung dia dengan saya?? Oh yaa, anak tiri saya semua dah keluar dari rumah ni, semua ada kerja sendiri.
Dorang pun tak nak duduk dengan saya, bukan sebab saya jahat, tapi sebab per4ngai ayahnya. Malas solat, solat jumaat boleh kira lah 9 tahun kahwin tak sampai 20x ingat saya dia pergi. Solat wajib lagilah. Kuat main game dah dengar azan subuh baru nak tidur.
Dia suka menyakat anak saya yang lelaki, umur 7 tahun. Suka main sentuh kemaluan anak tu. Kadang-kadang kalau saya dalam bilik saya boleh dengar suara anak lelaki saya marah ayahnya. Nanti saya dengarlah ayah dia jawap, duk main macam benda tu kelakar.
S4kit hati saya, kita ajar anak jangan bagi orang pegang bahagian sensitif, tapi ayahnya dah ajar lain pula. Nak bergurau pun pada saya bukan macam ni. Semua anak kandung saya, saya yang ajarkan mengaji, mengeja, suami saya??
Alasan dia, “u kan pandai, u ajarlah anak.” Itu je la alasan. Kalau anak saya yang bongsu tu, elok tengah main toys dengan kakak dia. Nanti diusiknya budak tu sampai nangis. Bila budak tu nangis, suami saya jolok pula mulut anak saya tu dengan jari dia sampai nak munt4h anak saya tu.
Kadang-kadang lepas selesai kerja rumah, nak baring jap rehat, mesti ada dengar anak yang nangis kene usik dengan ayahnya. S4kit hati saya ni, kita penat nak rehat kejap, dengar pula anak menangis. Itu saya kata, elok suami saya ni takde depan mata lagi bagus.
Kalau ada pun tak boleh harap. Kalau malas kerja tapi rajin tolong bini kemas rumah, saya boleh pejam mata lagi. Ni dah la malas kerja, tolong bini pun tak. Saya nak sayang macam mana lagi. Tawar hati sangat dah ni.
Sekarang ni suami saya tak kerja dah nak masuk sebulan, katanya nak jadi rider hantar makanan tapi tidur lewat. Bila bangun dah nak
petang. Sekarang kan musim hujan, petang je hujan. Nanti dia bangun tidur lepas zohor, benda pertama dia cek adalah hujan ke tak.
Kalau hujan, saya tahulah alasan dia. “Ala hujan pulak. Baru nak buat job.” Dalam hati saya. Tu je la alasan kau dari dulu sampai sekarang. Dulu suami saya dah pernah jadi rider hantar makanan. Tapi katanya penat, cuba pula kerja lain, kerja ok je, yang tak ok suami saya.
Dia cipta macam macam alasan kat bos sebab malas kerja. Selagi duit tak tinggal RM5 dalam bank, selagi tu la asyik nak terbaring tidur, makan, main game. Bila lapar tanya bini ada masak tak. Takde usaha nak pergi dapur, bukak tudung saji ke tengok ada lauk ke tak.
Kalau haus tak reti nak ambil air sendiri. Gagah pukul 2,3 pagi k3jut bini minta buatkan air manis, sejuk – sejuk untuk tekak sendiri. Tak fikir saya ni waktu tidur je untuk me time dari anak. Kalau anak dah celik mata, semua nak berkepit dengan saya.
Dorang bukan nak duduk dengan ayahnya. Walau pun saya nak pergi sidai kain kat luar rumah pun, anak tetap semua nak ikut saya sidai kain. Dah macam takde suami. Pada saya. Eloklah anak saya ni takde ayah pun takpe.
Saya takde suami pun takpe sebab rasa mcm buat sorang sorang je semua. Jangan minta saya kerja, saya dah pernah bekerja, habis duit saya kene kikis. Suami saya siap cadangkan saya cari kerja yg elok. Dia nak duduk rumah je jaga anak katanya, biar dia uruskan anak.
Wah.. yang sekarang saya tak kerja pun, dia pun tak kerja takde dia nak uruskan anak. Anak s4kit pun buat bodoh je, kalau saya demam, dia pun join sekali saya tidur. Bila saya dah segar sikit, seronoklah dia ada orang boleh tolong masakkan untuk dia.
Pernah haritu saya demam denggi, suami boleh join kawan dia naik houseboat pergi trip memancing. Allah.. tapi saya harapkan dia berubah. Walaupun ramai sangat kata dia tak berubah. Ada yang kata dulu dia berpisah dengan bekas isteri pun sebab bekas isteri dia tak tahan per4ngai dia macam ni.
Setakat ni dah 3 kali saya minta cerai tapi dia tak nak lepaskan. Saya nak pergi mahkamah failkan cerai. Kalau boleh lepas failkan saya nak keluar terus dari rumah tak nak jumpa dia langsung. Kalau saya hadap muka dia, nanti pelbagai janji manis dia tabur, nak berubahlah, nak itu inilah.
Saya taknak dengar dah janji tu semua sebab saya tahu itu semua palsu. Kalau saya beri harapan dan peluang, hati saya tetap akan kecewa. Saya penat sangat. Banyak lagi saya nak cerita tapi tak tahu nak cerita macam mana.
Saya pernah lari ke rumah mak saya, bawa anak – anak, kelam kabut semua mencari. Termasuk anak tiri dan mertua saya. 2 minggu lepas tu dia datang jumpa saya kat rumah mak. Dia terangkan dekat mak dan tabur janji manis. Adik saya dah marah dah, dia tak nak saya balik. Tapi sebab itu suami saya, dia tak boleh nak elakkan.
Seperti yang dijangka, janji manis semuanya sampai hari ni. Kesian anak – anak, kalau dorang tak sekolah lagi. Saya dah bawak lari anak ni, tak pandang belakang dah. Tapi haritu sampai 2 minggu tak datang sekolah sebab lari dari rumah.
Guru kelas pun dah call, anak – anak pun dah boring tengok sepupu diorang semua pergi sekolah. Tolonglah semua, jangan kecam atau marah saya. Saya nak minta pandangan, kekuatan, penyelesaian.. Saya memang dah tawar hati sangat.
Semak sangat dah pandang muka suami sendiri. Saya cuba pujuk hati nak bertahan, pujuk hati supaya suami akan berubah. Walaupun saya tahu dah banyak kali saya dikecewakan.
Baca juga: Netizen kecewa Shukri Yahaya lakonkan babak ‘soft porn’, “Saya mohon maaf”