Sesungguhnya kesabaran dalam perkahwinan adalah sangat dituntut kerana kita perlu berhadapan dengan pasangan yang berlainan sifat dan juga demi untuk mengekalkan perhubungan suami isteri.
Namun malanglah sang isteri itu andai mendapat suami yang bersifat baran dalam perkahwinan dan pastinya akan menimbulkan masalah dalam perhubungan.
Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang didera secara mental oleh suaminya dan mengambil pendekatan dengan memukul sang suami berkali kali kerana tidak tahan didera.
Hi! Saya dalam keadaan marah, geram, benci, sedih dan menyesal. Saya ringkaskan tentang hidup saya dan masalah yang saya sedang hadapi. Saya berumahtangga selama setahun. Tetapi dalam setahun itu, saya sentiasa menjadi mangsa amarah suami yang panas baran.
Sikap dia ni tidak kira di khalayak ramai ataupun di rumah. Bayangkan macamana jatuh airmuka saya bila kena marah depan orang. Perkara perkara kecil seperti saya membasuh baju tanpa bagitahu dia, itupun boleh membuat dia begitu marah sehingga dia tidak mahu sidai bajunya yang telah saya cuci dan akan biarkan baju itu terperap beberapa hari sampailah baju tu menjadi masam.
Kemudian baju kotor yang dia pakai tu dia letak dia atas lantai bersebelahan bakul baju kotor. Dia cakap, “I don’t want to wash clothes together with you because you didn’t tell me you washed clothes!”
Saya dah cuba sedaya upaya untuk memujuk dan memberitahu beliau yang ini adalah perkara kecil, tak usahlah diperbesarkan. Tapi dia tetap berkeras kepala dan masih marah-marah.
Itu bukan pertama kali dia memarahi saya. Ada banyak peristiwa yang dia sering memarahi saya.
Contohnya, kalau lambat sikit bila kami nak ke mana-mana, tersalah cakap masa bergurau, mengajak dia ke tempat yang saya nak pergi dan sebagainya.
Saya cuba sabar dan saya beritahu diri saya yang Allah sedang menguji saya. Saya hilang saya punya sense of self worth, saya jadi macam dah tawar hati dengan perbuatan dia. Bila ingin berbincang dia selalu cakap yang dia ni. “I’m a bad person. You are a good person.”
Faham tak dia macam sengaja nak provoke, konon nak mengaku salah tapi sebenarnya tambah meny4kitkan hati. Saya simpan marah saya berbulan-bulan sampai sekarang. Bila dah berkumpul benda ni jadi b4rah dan saya dah nekad ingin bercerai.
Saya dah tak kisah apa nak jadi. Ini tak membantu mental health saya langsung, lagi-lagi saya sedang hamil.
Bila saya kata yang saya dah tak tahan, nak bercerai, dia cakap saya ni tak akan mampu nak jaga bayi yang bakal lahir ni sebab gaji saya baru 3k. Dia kata lagi, kalau kami cerai, saya takda tempat bertuduh. Dia cakap personality saya memang tak sesuai untuk menjadi seorang ibu.
Dia cakap lagi, saya tak akan dapat hak untuk jaga bayi ni dengan per4ngai saya. Habis tu dia ingat per4ngai dia yang baran tu elok sangat ke untuk anak ni. Dia seolah provoke saya sampai saya dah tak tahan, kemuncaknya saya pukul dia bertubi-tubi.
Dia tahan saya tapi saya dah tak peduli. Saya pukul dia sampai saya rasa puas. Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang perempuan yang kasar, saya tidak pernah pukul sesiapa seumur hidup saya.
Saya tidak tahu apa yang telah merasuk saya, saya dah tidak boleh tahan dengan per4ngai dia.
Saya cakap dengan dia saya memang rela masuk penjara daripada hidup dengan dia. Saya memang dah nekad untuk bercerai dan jika perbuatan saya ni akan mempercepatkan proces penceraian, saya terima. Saya tidak rasa sedih apabila saya pukul dia sebab saya dah lama sabar dengan perbuatan dia.
Masa saya hamil pun dia ada jugak tolak saya sampai saya ada pend4rahan, Alhamdulillah bayi dalam kandungan selamat. Saya memang menyesal berkahwin dengan orang yang salah (tapi sebelum kahwin per4ngai dia baik cuma saya ada nampak sikit-sikit panas baran dia tapi saya terima sebab manusia boleh berubah kan?)
Itulah kesalahan para wanita, mereka ingat bila dah kahwin ‘isteri mampu ubah suami’. Sebenarnya suami yang akan mengubah isteri daripada seorang yang lembut hatinya kepada keras hati.
Macam saya sekarang. Saya juga berdoa anak yang bakal lahir ni tidak mengikut per4ngai bapanya yang panas baran.
Saya akan cuba didik anak lelaki ini untuk memperlakukan wanita dengan penuh hormat dan jugak jangan sesekali meny4kitkan hati wanita. Saya nak anak yang saya lahirkan ni menjadi anak yang baik. Doakan saya ye.
Sesiapa yang cakap saya ni nusyuz atau derh4ka dengan suami. Saya terima. Tapi anda tidak ada dalam situasi saya. Saya fikir walaupun ada manusia yang tersabar di dunia pun boleh tewas kalau bersuamikan orang macam soon to be ex husband saya.
Baca juga: Takut diboikot netizen dek perkataan ‘US’, US Pizza nekad tukar nama?