Seorang suami telah ditahan oleh pihak imigresen kerana didapati telah menggam 12 muka surat pasportnya untuk menyembunyikan rekod penerbangan ke Thailand daripada pengetahuan isterinya.
Menurut akhbar Times of India, penumpang tersebut dikenali sebagai Tushar Pawar, 33, yang bekerja sebagai pengendali perniagaan logistik, kemudian ditahan oleh pihak polis.
Pawar dilaporkan melakukan perbuatan sedemikian bagi mengelakkannya berbalah dengan isterinya kerana dia pergi ke Bangkok.
Pegawai polis tersebut menyatakan bahawa dia melakukan tindakan itu untuk menyembunyikan rekod penerbangan ke Bangkok dan Thailand pada tahun 2023 dan tahun ini daripada pengetahuan isterinya.
“Pawar hendak menaiki penerbangan ke Thailand bersama pelanggannya ketika dia ditahan,” kata seorang pegawai polis.
Pawar mengakui bahawa dia telah pergi ke Thailand bersama rakan-rakan tanpa memberitahu isterinya dan gagal memberikan penjelasan yang memuaskan, tambahnya.
Baca juga: “Jaga anak asuhan macam anak sendiri, tapi mak bapak budak ni buat macam hotel pulak”