Suami isteri yang bijak pasti dapat mengawal kemarahan mereka di depan mertua atau ibu bapa mahupun di hadapan anak anak yang masih kecil.
Kerana perkahwinan amatlah dituntut untuk memperbanyakkan sabar dan juga bertoleransi antara suami isteri.
Wanita ini berkongsi kisahnya dalam mempertahankan perkahwinannya disebabkan suami sangat tidak adil dalam melayani dirinya serta anak-anak.
Hi aku Indah, tentulah nama samaran. Btw, aku suka nama Indah, yang bagi aku sangat bermakna. Mungkin kerana hidup aku tak indah, jadi dengan nama Indah, aku boleh membayangkan wujudnya keindahan pada kanvas kehidupan aku.
Aku berusia awal 30-an, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang putera. Kerja aku agak biasa, gaji pun biasa, aku bekerja di sektor kerajaan, manakala suami aku di sektor swasta. Perkahwinan kami baru melepasi fasa lima tahun pertama, yang orang kata sangat menc4bar tu.
Aku ber’pjj’ dengan suami sejak awal kahwin, dari manisnya perkahwinan sampai dah keluar 2 ketul putera hasil waktu manisnya perkahwinan. Sekarang? Tawar hati dah kot, sesuai dengan tajuk. Ceritanya panjang, sebab aku tak pandai nak singkatkan cerita.
Nak baca teruskan, kalau tak nak pun tak apa, aku cuma nak meluah, pada tempat yang orang tak kenal aku sebab di mata orang, aku orang yang kuat, tabah dan cekal hati. Berbalik pada tajuk, aku ber pjj sebelum ni, tapi sejak awal tahun ni aku dapat pindah dekat dengan suami, itu pun lepas aku mengalami fasa burnout, depr3ssion sampai kena refer psychi4trist.
Dr maklumkan aku cuma hadapi mild depr3ssion. Alhamdulillah. Indah seorang yang kuat, yang tabah. Jadi menangis pada aku tak menyelesaikan masalah. Aku pendam, pendam dan pendam sampai jadi b4rah. Suami aku kerja biasa, gaji aku lebih tinggi darinya.
Aku banyak topup kewangan dia, tapi pada aku takpalah, saling membantu. Cuma dia, begitulah lelaki. Takda usaha nak tambah pendapatan walaupun komitmen bertambah. Aku minta dia cari kerja lain yang gaji lebih tinggi dengan kelayakan dia.
Tapi pelbagai alasan dia bagi, katanya ekonomi sekarang ni risiko kalau tukar kerja lain. Aku agak bersetuju. Jadi, aku akur, padahal bidang kerja dia luas je. Aku pernah survey. Hmmm. Tapi mungkin pada dia takpe, aku ada.
Aku yang dari mula tak apa, lama-lama aku jadi berkira. Duit gaji dia bayar itu ini dah habis, nafkah aku tiada ya. Sebab katanya, gaji dia dah habis bayar itu ini. Duit barang dapur bahagi dua, duit taska anak, aku yang bayar. Yelah, aku ada.
Kerja rumah dia membantu, tapi lebih 70% tetap aku buat, dia membantu, ala kadar. Anak – anak aku uruskan, dari pagi sampai ke malam. Tidurkan anak pun kerja aku. Dia? Kalau aku tarik muka, baru la take over sekejap, alasannya anak taknak dengan dia. Senang kan lelaki?
Aku jadi tawar hati. Masa pjj aku urus semua. Ni tinggal sekali macam takda beza. Belum kira bab lain. Selalu aku jeles tengok kehidupan kawan-kawan, suami buat suprise, suami bawa berjalan, suami tolong masak, suami bawa makan luar, suami selalu selfie, post gambar dengan isteri. Suami aku?
Boleh kira berapa keping gambar selfie bersama. Kalau nak bergambar sekali, ada je alasan. Bila aku gurau suruh dia masak, dia kata tak reti masak, takda usaha pun nak cuba. Aku ni masak pun refer youtube, tiktok. Tawar hati aku. Suami aku, selalu bagi alasan takda duit.
Mostly kalau keluar, memang aku la keluar duit. Berkira kan aku? Tapi tu la. Aku dah tawar hati. Dulu masa sayang, aku tak begini. Korang tau, hari gaji hari tu aku teringin nak makan durian memandangkan sekarang musim durian. Tak kata pun nak pakai duit dia. Tau alasan dia, ‘abang tak ada duit la.’
Aku diam. Terasa sangat-sangat. Lepas tu dia cakap kali ni durian tak jadi, kawan dia kata tunggu bulan 8 nanti durian lagi jadi dari yang sekarang. Aku diam lagi. Suami aku panas baran. Dulu teruk barannya. Sekarang slow down sikit.
Tiap kali dia naik angin, keluar segala carutan. Ba**, gam****, si** tu makanan dia la tu. Dia carutkan keadaan. Kata dia bukan tuju kat aku pun, dah kalau tengah marah tu marah kat aku, carut tu bukan tuju kat aku ke?
Mintak maaf, tapi berulang-ulang benda sama jadi. Baru ni, anak aku menjerit waktu maghrib, aku tegur anak aku, cakap jangan menjerit. Dia kat dapur tinggikan suara. ‘Kang jiran kata bapak dia b4ngang tak reti didik anak.’
Aku balas, ‘dah mula la tu. Asal marah nak mencarut.’ Dia bidas, suruh aku diam. Aku tegur dia mencarut je. Dah jadi g4duh lagi. S3tan pun bertepuk tangan la waktu maghrib tu tengok kami g4duh buat ke sekian kalinya.
Lepas maghrib tu dia keluar, aku la terkontang-kanting jaga anak dua ketul tu sorang- sorang. Ingatkan tak balik, balik jugak tengah malam tu. Aku bangun pergi tandas pukul 2 lebih, dia tengah main game, TV terpasang. Entah pukul berapa dia tidur.
Pagi tu anak-anak dah bangun dia terbongkang lagi. Bawak sampai ke petang. Aku jugak la mengemas rumah, masak, jaga anak. Dia? Membuta. Aku masak dia tak makan, protest la tu. Lantak dia la, dia kelubuq, malas aku nak kisah.
Maghrib tadi kemuncak aku emosi, aku tengah solat, nak sujud dua anak aku tu main keliling aku, aku sujud diorang panjat aku. Agaknya aku dah burnout, aku marah diorang, air mata merembes dah ni. Aku letak anak luar bilik, tengok dia main fon kat bilik sebelah.
‘Kalau aku jugak urus semua benda sorang-sorang, baik tak payah ada laki!’. Aku kunci bilik, solat balik. Lepas solat aku berteleku, teringat balik voice note dia lepas g4duh sebelum ni. Dia kata, ‘kalau sygg tak boleh dengar kata abg, carilah laki lain yang boleh dengar kata sygg. Abg nak bini yang boleh dengar kata abg je.’ Senangnya laki duk kata gitu.
Aku ni kalau tau per4ngai laki aku tu gaya gini, tak payah kawen pun takpe dah kot. Hati pun tak bengkek. Selalu aku mikir, kenapa malangnya nasib aku. Dari kecik kena tinggal dengan ayah aku, ayah aku kawen lain, ceraikan ibu.
Ibu aku la membanting tulang besarkan aku adik beradik. Rasa kasih sayang ayah? Dalam mimpi pun tak pernah. Harapan hati aku, dapat suami yang penyayang, romantik, timbang rasa. Yang boleh jadi pengganti ayah aku. Yang boleh buat aku rasa bahagia, tapi hampa. Baru lima tahun kahwin dah rasa terlalu h4mbar.
Hari tu berg4duh besar, dia bodohkan aku, depan mak dia. Aku str3ss anak menangis tak henti, dia tidur ya kawan-kawan. Aku geram, aku lepaskan anak aku atas tilam. Dia mikir aku c4mpak anak aku. Meng4muk la dia.
Anak taknak jaga, aku tak nak jaga tau pulak angin. Balik rumah, aku print borang cerai. Tak tau la dia nampak ke tak kat printer tu. Saja aku biarkan. Nak bagi dia nampak. Aku terfikir jugak nak cerai, tapi gitu la perempuan, mikir anak-anak kalau nak cerai ni.
Sebab aku ni datang dari family yang broken, aku taknak anak aku jadi terbuang macam aku. Anak aku OK je dengan dia, lagi-lagi kalau abah dia bawak berjalan petang – petang. Tapi tu la, boleh dikira berapa kali dalam sebulan tu.
Selalu aku fikir, apa patut aku buat. Bertahan tapi tawar hati, berbincang tapi ego kemain meninggi, melepaskan tapi taknak ikutkan hati. Banyak yang aku fikirkan. Tapi tu la, seumur hidup tu terlalu lama untuk ditempuh bersama… – Indah (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Tak tahan perlu jaga ‘bayi’ dewasa, wanita ini menang saman halau dua anak keluar rumah