Kerap kali kita mendengar kisah suami melayan atau ‘makan luar’ kerana ketagihan dan mahu mencari kepuasan sendirian tanpa memikirkan isteri dan anak.
Seharusnya tugas seorang suami adalah membimbing keluarganya ke jalan yang diredhai bukan membawa ke jalan dimurkai.
Wanita ini menceritakan suaminya yang kerap melanggan callgirl bersama rakan namun tidak pernah melupakan tanggungjawabnya memberi nafkah lalu memberi tanggapan bahawa dia bakal berubah.
Salam sejahtera semua, ni kali pertama aku kongsi apa yang aku alami. Aku ni ada PhD, kerja pun ok, anak – anak bagi aku sempurna, comel, bijak, mendengar kata, dan suami aku di pandangan orang lain seorang yang mengambil berat, selalu tunjuk kasih sayang dia pada aku.
Kiranya di mata manusia lain dan kenalan aku kami ni pasangan bahagia. Aku pulak selalu jadi idola kenalan aku sebab walaupun dah beranak beberapa kali dan umur dah nak masuk 40-an aku masih nampak cantik, nampak muda daripada umur dan aku pandai bergaya.
Body aku pun macam masa aku anak d4ra dulu (tambah 5 kg la). Di sebalik semua ni aku sebenarnya berkali-kali ditipu suami aku. Suami aku banyak kali ada skandal. Cuma aku tak ada bukti sejauh mana perhubungan mereka. Yang aku ada bukti cuma gambar, email 18SX, sms.
Bukan seorang ye, beberapa orang. 2-3 tahun kebelakangan ni aku dapat bukti yang suami aku layan call girl. Dia kata saja sembang – sembang dengan kawan-kawan lelaki. Cakap je nak try tapi dia tak buat. Passport dia memang penuh dengan stamp immigration Betong Thailand.
Kiranya dia dan kawan – kawan dia senang cari perempuan kat sana. Suami aku kata dia pergi makan je. Makan apa, aku pun tak boleh nak bayangkan buat s4kit kepala aku je. Ada beberapa kali aku dapat infection lepas bersama dia.
Doktor cuma prescribe antibiotic je sebab tak severe tapi aku jaga ye kebersihan aku. Pergi public toilet pun aku bawak feminine cleanser. Aku terfikir daripada suami aku ke? Suami aku pun hampir setiap hari balik jam 11 malam ke atas.
Kerap juga dia kata jumpa orang pasal business tapi jumpa kat bar, beer tu dia dah biasa beli. Kadang-kadang dia balik dia bau masam – masam ar4k tu. Aku senyap je. Aku bising or merajuk pun suami aku buat macam biasa.
Peluk aku malam – malam, ciuum aku bila nak pergi keje. Belikan aku hadiah. Bawak aku makan on weekend. Mesti korang sebulat suara kata aku bodoh, kalau dah cantik, body bergetah, pandai, kerja bagus kenapa tak bercerai je?
Ye, memang aku nak bercerai, banyak kali tapi ada je yang menghalang aku. Awal – awal dulu sebab anak – anak kecik lagi, pastu aku rasa ego aku terlalu tinggi, aku benci mengaku hidup aku tak sempurna. Aku takut dengan gelaran janda.
Lepas tu aku banyak hutang ye sebab suami aku bukan kerja makan gaji. Jadi semua hutang bank atas nama aku. Memang bulan – bulan suami aku masih bayarkan some of the loan and gaji aku hampir separuh potong untuk rumah aku.
Financial aku tight ye. Aku takut nak hidup sendiri. Walaupun aku ada PhD, tapi aku gagal untuk keluar dari masalah aku. Aku memang lemah. Banyak kali aku bangun awal pagi aku berdoa semoga dihapuskan rasa sayang aku pada suami aku.
Tapi dah lemah kan, aku perlukan seorang suami walaupun suami aku tipu aku macam – macam. Suami aku masih solat ye di rumah. Suami aku ni pun sekolah agama dulu sampai form 3. Arw4h atuk dia pun imam masjid kat kampung dia dulu.
Mak mertua aku kalau discuss bab agama boleh tahan hebat. Betul la iman itu tidak diw4risi. Jadi apa masalah aku? Masalah aku adalah aku ni biar je diri aku ditipu. Aku ni selalu jugak random spot check phone, whatsapp suami aku memang akan jumpa la terutama sekali kalau aku retrieve balik message yang dia delete.
Aku selalu menangis sorang – sorang. Aku sunyi walaupun aku ramai kawan tapi aku tak pernah kongsi masalah aku. Kelaurga aku pun tak tau sebab macam aku bagi tau, aku malu untuk admit aku tak sempurna. Suami aku selalu buat tak tahu je kalau aku bagi silent treatment.
Dia buat macam tak ada apa yang berlaku walaupun aku cakap dengan dia apa yang aku marahkan. Dia cuma akan balas, dia kerja kuat untuk aku, semua yang aku fikirkan tu dia tak buat pun (call girl tu) dia sembang je jadi dia tak nak aku overthinking.
Kawan dia pun jenis macam tu, dah ada isteri 4 pun masih layan call girl kat club and bar (based on gambar yang aku nampak la). Aku tak bahagia tapi aku stay dalam perkahwinan ini. Aku biar dia pegang tangan aku kalau kami berjalan berdua.
Balik rumah mak dia, aku layan dia dengan penuh kasih sayang, mak mertua aku selalu suruh adik beradik dia ikut macam kitorang. Tapi hakik4tnya itu semua lakonan. Suami aku kata dia tak ada plan nak kahwin lagi memang la dalam conversation dia dengan kawan-kawan dia selalu aku jumpa ayat “Aku nak, kau adjust la aku dengan si XXX, tapi aku tak nak nikah, nak try je”.
Aku tak pernah rasa puas pun dalam hubungan aku dengan suami aku sebab aku selalu terbayang dia dengan orang lain (sebab aku nampak gambar perempuan – perempuan itu semua). Otak, mental aku letih. Aku takde semangat sebenarnya nak teruskan hidup.
Menangis sorang – sorang dah jadi routine aku. Cuma setakat ni aku tak tinggal solat mungkin sebab tu aku dah tak terfikir nak bvnvh diri dah, plus aku sebenarnya takut nak ced3rakan diri sendiri. Kenapa aku share di sini sebab aku tak ada kekuatan nak kongsi masalah aku depan – depan.
Aku cuma nak bagi tau berdasarkan pengalaman aku lelaki kalau dah biasa curang memang tak akan berubah, walaupun aku academically bijak, aku bodoh bab ni. Aku mohon doakan supaya anak – anak aku tak berkahwin dengan pasangan yang macam suami aku.
Aku masih akan tetap berdoa supaya Allah hilangkan rasa sayang aku pada suami dan aku dikurniakan rezeki untuk lunaskan semua hutang aku dan supaya aku boleh move on. Aku doakan tak ada perempuan lain alami nasib macam aku. Terima kasih, – Athena (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Malas cuma alasan! Wanita ini buktikan idea ‘pack’ bahan masak lebih mudah, tinggal campak je..