Suami sengaja biar mayat isteri atas katil selama seminggu

Perkahwinan adalah ikatan suci dalam islam. Suami dan isteri wajib sama-sama hormat menghormat satu sama lain. Bahkan dalam islam sendiri, wajib kita sebagai manusia menjaga mata jika tidak mahu ke lembah kecurangan.

Kisah yang berlaku di perkampungan ini sangatlah menghayat hati kita. Semuanya kerana cemburu, seorang suami dari Kampung Setiamanah, Jawa Barat, Indonesia bertindak membunuh isterinya.

Memetik dari Sinar Harian, media tempatan melaporkan insiden itu berlaku di rumah mereka pada 6 Ogos lalu.

Suspek yang berusia 24 tahun dikenali sebagai Sahir membunuh isterinya Zakilah Indri Winata, 21, dengan cara mencekik mangsa sehingga meninggal dunia seperti disahkan sendiri oleh pihak polis.

“Suspek hilang pertimbangan apabila terlihat notifikasi mesra daripada lelaki lain di telefon bimbit isterinya”, kata pihak polis.

“Mereka kemudian bertengkar, sehinggalah suspek tidak dapat mengawal emosinya lalu mencekik isterinya sehingga mati,” tambahnya lagi.

Memetik pihak agensi, suspek kemudiannya membungkus mangsa dengan plastik dan kemudiannya membiarkan mayat mangsa di atas tilam selama tujuh hari, sebelum ditemui oleh polis pada 13 Ogos lalu.

Berdasarkan hasil pemeriksaan polis, Sahir merancang untuk membuang mayat isterinya, bagaimanapun rencananya itu terbantut selepas jiran terbau bau busuk dari rumahnya.

“Suspek merancang untuk membuang mayat itu, tetapi sebelum itu berlaku jirannya sudah membuat laporan kepada kami sehingga polis berjaya menemui mayat isterinya,” tambah Suhartanto.

Suspek kini sudah ditahan, dia bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun menurut Undang-Undang Indonesia, Fasal 338 KUHP Mengenai Pembunuhan.

Baca: Galak kongsi gambar janin di media sosial, ramai taktahu hukumnya haram?