Suami setuju isteri sediakan wanita simpanan dibayar RM3,000 sebulan kerana isteri…

Suami setuju isteri sediakan wanita simpanan bahkan dibyar RM3,000 sebulan kerana isteri sibuk.

Si isteri menghabiskan kira-kira RM3k sebulan untuk mengupah wanita cantik buat suaminya, bahkan wanita di Thailand itu juga dikatakan mengupah wanita lain kerana dia terlalu sibuk dan tidak sempat membahagiakan suaminya.

Menerusi laporan Thaiger, wanita berkenaan dikenali sebagai Pattheema memuat naik iklan dengan kapsyen ‘Mengupah perempuan simpanan untuk suami saya’ di media sosial untuk mencari tiga perempuan simpanan di wilayah Samut Prakarn untuk suaminya.

Wanita berusia 44 tahun itu mempunyai perniagaan yang maju bersama suaminya dengan menyewa serta menjual trak kren di Samut Prakarn.

Rasa diri teruk sebab tak sempat layan suami

Ibu kepada seorang anak ini turut meluahkan rasa sedih apabila dia menganggap bahawa dirinya adalah isteri yang teruk kerana sentiasa penat dengan kerja sehingga tidak boleh membahagiakan suaminya sendiri.

“Saya nak mengupah tiga perempuan simpanan untuk suami saya. Saya nak wanita berusia 30 hingga 35 tahun yang sudah tamat sekolah menengah atau mempunyai ijazah Sarjana Muda.

“Anda akan dibayar sekurang-kurangnya 15,000 baht (RM1,855) sebulan. Dapat penginapan dan makan percuma cuma awak perlu tolong saya.”

Difahamkan, dua wanita berkenaan diupah untuk membantunya menguruskan dokumen di pejabatnya manakala seorang lagi akan diupah untuk menjaga suami, anak serta dirinya.

Berjaya temui seorang wanita cantik

Selepas memuat naik tiga kekosongan untuk jawatan itu di media sosial, si isteri akhirnya berjaya menemui seorang wanita cantik berusia 33 tahun berasal dari wilayah Phentchabun.

Pattheema kemudiannya membawa wanita berkenaan berjumpa dengan suaminya. Meskipun pada awalnya si suami tidak bersetuju dengan idea tersebut, namun akhirnya dia bersetuju kerana enggan menolak keinginan isterinya itu.

“Saya, suami dan wanita simpanan akan menjadi satu keluarga. kami akan keluar makan bersama-sama dan menjaga antara satu sama lain.”

Susulan daripada itu, si suami menyarankan jika lelaki lain ingin menjadi seperti dirinya, mereka perlu berbincang dengan isteri terlebih dahulu.

Baca juga: Tak sangka kerja hanya ‘try’ gula-gula pun boleh dapat RM348k yang penting kena gigi cantik