Satu rakaman video memaparkan reaksi gayat seorang lelaki yang dikatakan suami kepada perakam dihujani kecaman warganet kerana dianggap mendedahkan aib pasangan.
Lelaki itu yang dilihat berada dalam kereta kabel bersama anak dan isterinya kelihatan pejam mata sambil berulang kali berzikir mungkin bagi menghilangkan rasa takutnya.
Namun, rata-rata termasuk kaum Hawa sendiri mengecam wanita berkenaan dan berpendapat maruah suami perlu dijaga apatah lagi di depan anak.
Ramai juga meluahkan rasa tidak puas hati melihat reaksi isteri lelaki berkenaan yang seronok mengetawakan suaminya yang kelihatan amat fobia dengan ketinggian itu.
“Tak tahu jaga aib dan kelemahan pasangan. Baik suami atau isteri, jagalah air muka pasangan anda.
“Ini bab maruah tau. Lebih-lebih lagi dalam kes ini maruah suami. Depan anak pulak tu.
“Mungkin orang lain kata tak apa. Hanya berseronok tapi pada saya senario ini memalukan dan menjatuhkan maruah pasangan.
“Tak lawak langsung ya kak, dan tak malu ke awak, semua orang tahu bahawa suami awak penakut dan kecut telur. Malu tau kak… malu,” komen pengguna Facebook Rahimah Hamzah.
Hal sama juga disuarakan Noreen Jamil yang menegaskan bukan perkara lawak untuk dipertontonkan di media sosial.
“Yang tak tahu rasa macam mana laki tu rasa kau sedap je lah gelak-gelak rakam tapi kalau laki tu tak boleh kawal rasa takut tu boleh melibatkan nyawa tahu tak.
“Kalau tiba-tiba laki tu kena serangan jantung, baru kau rasa nak gelak ke nak menangis kat situ cik kak oi.
“Aku memang menyampah orang yang ambil mudah benda gurau ni. Benda tak sesuai gurau kau buat gurau memang tak kena tempat,” kata Noreen lagi.
Bagaimanapun, seorang Wanita dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan tampil bersuara di ruangan komentar.
Dia memberitahu perkongsian rakaman video reaksi gayat itu telah mendapat keizinan suaminya.
BACA JUGA Kaki ‘hiking’ elok cuba ‘cabaran’ mendaki Gunung Benten, dijamin tak sesat