Ciri-ciri orang yang sakit otak atau sakit mental ini amatlah banyak dan perlu dirujuk kepada pakar di hospital.
Ini kerana mereka yang mengalami kesakitan otak ini berfikiran lain dan ada juga yang melampaui batas-batas kewarasan kerana itulah ada yang menjadi pembunuh disebabkan otak yang tidak dapat dikawal tanggapannya.
Ubat-ubatan sedikit sebanyak dapat membantu untuk mewaraskan seseorang namun tetap perlu dirujuk kepada yang lebih pakar untuk mengetahui tahap kewarasan seseorang.
Hai semua. Aku saja nak luah kat sini nak tau apa pandangan korang pasal kes aku. Aku ni dah kahwin berbelas tahun, dah masak dengan per4ngai laki aku, tapi lately ni per4ngainya lagi menakutkan.
Sebelum ni pun aku selalu jadi m4ngsa cemburu buta sebab laki aku suka layan fikiran jahat yang datang. Seolah dia tak pandai tapis. Apa saja yang datang melintas semua dia layan. Contoh macam dia suka syak aku ada lelaki lain, padahal aku tak pernah dan tak ada sebarang petanda pun.
Selama berbelas tahun aku memang menghadap benda macam ni. Aku pertahankan diri sampai tak tidur sampai pukul 4-5 pagi. Dah banyak yang aku hadap, termasuk aku ni sampai tak boleh kerja dan tak boleh ada bisnes yang melibatkan team ada lelaki.
Mana ada dalam dunia ni team atau tempat kerja single gender. Asal aku nak meningkat maju dalam bisnes je dia dah hilang akal takut aku kaya dan tinggalkan dia. So begini sajalah aku. Tak maju – maju.. Dia suka kalau aku jadi bodoh, duduk terperap di rumah tak jumpa siapa-siapa.
Mesti ada lelaki yang komen tak boleh dengar sebelah pihak, mesti ada sebab dia jadi macam tu? Dulu masa muda aku ketandusan kasih sayang, jadi masa bercinta dengan dia aku ada pasang boyfriend lain. Dia tahu pasal tu.
Tapi jodoh dengan dia juga, jadi kahwinlah kami. Tapi itu cerita dulu, sekarang aku dah jadi isteri dia. Sumpah aku dah cukup kasih sayang lagipun anak dah berderet, belum gila lagi aku nak buat hal. So apa masalahnya sekarang? Laki aku sekarang ada peny4kit yang dia kena makan ubat. Baru-baru ni dose ubat dia ditambah lagi. Kesannya dia jadi kurang tidur. Dekat – dekat pukul 6 pagi baru boleh lelap. Aku tak tahulah kesan ubat tu ke yang buat otak dia m4kin rosak atau kerana masa yang lama sepanjang malam tu buatkan dia fikir benda-benda mengarut.
Salah 1 benda mengarut mestilah dia fikir satu hari nanti aku akan jumpa seseorang lelaki yang kaya dan akan tinggalkan dia. Dan dia akan cakap apa saja yang terlintas kat kepala dia tu tanpa tapis – tapis. Aku yang jadi m4ngsa turut tak boleh tidur kena kacau dengan dia.
Dia akan straight saja cakap apa-apa walaupun aku tengah tidur. Aku ni pula senang terjaga kalau orang bercakap. Tak payah la korang kata cuba slow talk. Slow talk ke, fast talk ke semua dah buat. Berg4duh, menangis, bagi motivasi, ceramah, menjerit macam orang gila tengah – tengah malam pun dah.
Duduk bertenggek atas bonet kereta macam pontianak pukul 2 pagi pun dah. Entah la orang yang lalu tengok aku bertenggek tu dia seram ke tak ye. Laki aku ni belajar tak tinggi. Cara fikir dia banyak terbelenggu dalam kotak fikiran dia saja sebab pergaulan dia pun terbatas. Membaca pun tidak.
Contoh macam orang bekerja di pejabat ada lelaki perempuan, dia kata mesti ada skandal. Mesti kerja seronok – seronok sebab ada lelaki perempuan. Yes memang ada yang berskandal tapi bukan semua office dan bukan budaya semua orang nak buat begitu, pada akulah.
Dia tak pernah kerja bersama dengan perempuan jadi dia tak tahu situasi sebenar macam mana. Bahawa orang pergi kerja tu semua sibuk nak selesaikan tugas masing-masing je dan orang bisnes tu kalau coaching orang pun nakkan kejayaan untuk team mereka sahaja, bukan semua sibuk nak berskandal.
Jadi korang dapat bayangkan tak aku bagi motivasi kekeluargaan dan juga ceramah agama kat dia tengah-tengah malam. Agama laki aku ni tak berapa kuat. Haii teruk kan. Pelajaran takde, agama pun tak kuat. Jadi inilah bahana yang aku kena hadap hari – hari.
Berbalik kepada isu otak rosak. Aku m4kin risau bila sekarang ni dia sem4kin nampak ciri – ciri tu. Benda-benda kecil yang dia nampak dalam kehidupan seharian, semuanya dia nak jadikan isu. Contoh macam rumah jiran kami yang dah lama kosong sebab owner bercerai, tapi rumah tu dibiar macam tu je tak dijual atau disewa.
Laki aku persoalkan kenapa kerajaan negeri, orang-orang agama atau orang persatuan tak ambik tindakan, kenapa tak jadikan stor barang ke. Eh aku cakap, tu rumah orang, selagi mana dia bayar, bank pun takkan lelong, takde siapa yang boleh buat apa – apa sebab itu rumah orang. Kenapa orang lain nak sibuk.
Lagi satu, kakak aku ada cadangkan aku ambik mak aku datang rumah dan bawa mak aku melawat abang aku yang s4kit. Mak aku tak larat nak naik bas sendiri. Laki aku dengar je terus melenting dan keluar topik kerajaan madani.
Ish, aku macam apa plak ni??Langsung tak relevant kot isu keluarga dengan kerajaan. Inilah masalah kerajaan madani yang sekarang, dulu masa zaman muhyiddin atau najib takde pun macam ni, katanya. Dan aku terus ‘blurr’ di situ.
Lagi, banyaklah benda kecil-kecil yang jadi isu besar untuk dia. Contoh macam orang – orang yang dia berselisih di luar, dia akan kata orang-orang tu follow dia. Ada sekali kami keluar malam, masih dalam kawasan taman, bila kami lalu tepi sebuah kereta yang tengah parking, tiba-tiba kereta tu pun jalan.
Dah dia kata pula itu kereta orang tengah tunggu kami dan nak ekori kami. Nak mengawasi kami. Kalau dia singgah makan di kedai, dia kata ada 2-3 orang perhatikan dia, orang-orang tu sengaja duduk asing – asing dan berlagak saling tak kenal padahal kenal.
Serius aku jem kenapa dia fikir macam tu. Sebab dia ni insan biasa saja, berniaga benda biasa bukan berniaga d*d*h yang banyak musvh di sana – sini. Cuba korang diagnose apa masalah laki aku ni. Atau bagi cadangan macam mana aku boleh bantu dia. Jangan pula korang kecam aku sebab aku belum bersedia dikecam. – Hello Kitty (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Ikat anak sebab nakal di tiang, ibu bapa budak ini selamba sambung makan dalam kedai