Isu mengenai penyondol yang kerap menyondol suami orang ini bagai pisang panas ketika ini di Malaysia.
Benar poligami itu dibenarkan dalam islam, namun ia perlulah melalui proses yang dibenarkan dan meminta keizinan dari isteri pertama.
Lain pula dengan kisah wanita ini yang menceritakan abangnya menganiayai isteri dengan curang di belakangnya serta berkahwin tanpa kebenaran.
Hai semua. Aku nak cerita sikit pasal abang aku si Ahmad, yang dah berkahwin lagi 1 dengan ofismate dia sendiri si Zu. Kerja gomen level bipoti je dorang ni. Bercinta senyap-senyap nak dekat 3 4 tahun.
Biasalah tiap hari, aku pandang kau, kau pandang aku, outstation sama-sama. Tersukaaaaaaaa pulakkk. Setahun yang lepas diorang dah selamat berkahwin. Yang aku geram, sebelum kahwin ada jugak dia pujuk isteri pertama dia (Zah) untuk dia berpoligami. Zah tak nak.
Sampailah satu hari, pagi tu Zah tengah bersiap pergi kerja, abang aku cakap nak ajak jalan-jalan. Dia suruh Zah ponteng kerja. Maka, berbunga-bungalah kakak ipar aku si Zah ni sebab dah lama terabai oleh kerana laki dia asyik bercinta dengan penyondol.
Dalam kereta, dah 20 minit perjalanan, Zah dah nampak mahkamah dari jauh. Dia dah dapat agak abang aku nak bawak dia pergi mahkamah untuk sign borang persetujuan poligami. Bukan nak pergi jalan-jalan pon sebenarnya.
Zah suruh patah balik. Hantar dia balik.. dia nak pergi kerja. Maka, menangis – nangislah si Zah ni pergi kerja mengenangkan perbuatan abang aku tu. Ingatkan nak pergi dating ke kan? Tak lama lepas tu, Zah dapat surat saman dari mahkamah sebab tak hadir sign borang poligami and mahkamah bagi green light untuk abang aku berpoligami. Happy lah Ahmad ni dengan penyondol tu.
Kononnya nak kahwin lain sebab kesian dengan penyondol tu. Dah lah janda kena pukul dengan laki (ex husband dah arw4h bulan Ramadhan hari tu) s4kit pulak tu dah tak boleh beranak. Takpelah dia nak tumpang kasih sayang.
Rupanya, bukanlah s4kit pon! Pernah kena operate je sebab mengandung luar rahim. Takde 1 tiub falopian je pon. Boleh je mengandung lagi kalau Allah nak bagi rezeki. Tuptupppp.. kahwin! Adik beradik langsung tak ajak.
Mak bapak sehari sebelum baru dia jemput. Tapi sebab mak aku tak berkenan (sayang betul dengan si Zah), jadi dorang decide tak nak pergi. Tetamu yang datang pon maklum yang abang aku tu duda anak 2? Hahahaha sian anak bini kat rumah tu.
Yang aku geram, yang pertama, masa kahwin dengan Zah, bersanding pon taknak. Bukan wajib katanya. Duit kahwin semuaaaaa mak bapak aku yang settlekan. Bila time si penyondol, perghhhh duit hantaran RM10000 dapat, gelang emas dapat, siap bersanding bergelak ketawa atas pelamin yang kononnya dulu abang aku cakap bersanding tu bukan benda wajib pon! Fuhhh penangan penyondol.
Duit tu pon duit insurans ye. Aku pon tak pasti macam mana boleh dapat, tapi masa dia dapat duit tu sesaat pon takde ke terfikir nak guna duit tu bawak anak 2 orang tu bersuka ria bercuti cuti? Bawak anak-anak makan ke?
Yang paling penting; takde ke rasa nak belikan baju baru untuk anak anak kau? Anak perempuan pakai baju pon dah singkat ketat lusuh, anak laki baju seluar dah sendat siap pakai baju maknya si Zah tu. Aduh. Kesian anak-anak.
Ada duit tapi pergi kahwin lain. Zupppppp terus habis duit tu ke penyondol. Ehh, si Zu. Dah kahwin kan. Diorang kahwin seminggu sebelum puasa. Korang tau apa jadi masa raya pertama? Masa kitorang tengah berkumpul ramai ramai dengan mak ayah and adik beradik ipar duai apa semua, abang aku pergi hantar Zah kat rumah mak dia.
Tak sampai sejam, si Zu and abang aku pulak sampai. Pergh gila! Kitorang ni belum lagi dapat nak terima si Zu, tapi dengan tak malunya dia datang beraya sampai Zah pulak yang kena keluar rumah. Ye baru sebulan kahwin.
Pastu terus nak kenal kenalkan. Kenapa ek? Tak boleh ke bertenang dulu dok kat rumah dan bagi kitorang termasuk mak bapak aku hadam dulu perbuatan korang? Aku tak boleh hadam per4ngai Zu ni. Dah kahwin dengan laki orang, tau lah happy melangit.
Setiap hari lah nak post kat FB gambar berdua dengan abang aku. Post tu public pulak. Macam laki tu dia punya sorang. Sekurangnya, tolonglah ada common sense sikit untuk privatekan post tu. Zah tu sedaya upaya tak nak family dia tau apa abang aku dah buat, taknak kawan kawan dia tau dia ada madu, tapi si Zu ni seronok post gambar berpuluh-puluh posing sweet macam dunia ni dia punya sorang!
Aku dah tak larat nak taip. Ni baru kisah awal kahwin. Belum lagi kisah mak aku sedih sebab abang aku tu. Next time lah kalau korang nak tau. Tu pon kalau ada yang baca kisah ni… – Adik yang geram (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Part 1 tu pengenalan je. Tak masuk cerita pasal mak ayah lagi. Tapi aku rasa sebelum aku start cerita, aku nak jawab dulu soalan soalan netizen.
1. Tak pasal pasal sebab korang aku kena tanya Zah surat saman tu apa. Kiranya Zah dapat surat saman dari mahkamah tu hanya untuk bagitau mahkamah dah luluskan permohonan poligami. Surat tu jugak ada mention berapa nafkah dan giliran bermalam.
Haaa tu lah sebenarnya surat saman yang Zah dapat. Bukanlah Zah kena saman ke apa ke. Tiba pasal surat saman ni habis seluruh cerita aku ni korang cakap aku reka eh? Amboi. Aku tengah geram ni!
2. Ye. Keje gomen pon mestilah ada level B40. Diorang 1 unit so memang sentiasa kerja luar sama sama dan ada masa masa kena pergi outstation. Pernah je masa janda dulu Zu up gambar diorang buat kerja luar sama-sama dengan 2 3 orang staff lagi.
Part ni pon aku panas, lepas dah kahwin abang aku kena outstation pergi Terengganu. Katanya Zu tak ada, tuptup 2 3 hari lepas balik, Zu up gambar dekat FB sambil kerja sambil honeymoon katanya. Siap ada hashtag tulis Oooppps lagi?
Kau rasa dia nak sakitkan hati siapa? Dan bila dah kahwin, si Zu ni kena tukar bahagian je. Takdelah tukar Jabatan lain Kementerian lain ke apa pon. Kiranya pergi kerja balik kerja lunch walaupon bukan giliran Zu, dorang tetap boleh berjumpa. Lagilah teringatkan ni pon Zah dah panas.
3. Duit insurans tu, bukanlah dapat sebab claim eksiden ke apa. Aku pon tak berapa pasti, dia macam bertukar insurans contoh dari Prudential ke BSN macam tu, kena keluarkan simpanan ke apa entah aku tak pasti. Tapi memang ada duit dari insurans tu. Eh sesiapa tolong explain lah part ni. Aku insurans insurans ni tak berapa nak minat.
4. Ada yang nak Zah sendiri tulis cerita ni. Percayalah Zah tu walaupon lahir tahun lewat 80an, dia sejenis yang tak pandai layan sosial media. Ada pon FB je itu pon tak aktif. IG ke tiktok ke semuaaa takde. Sampailah si Zu ni dok update macam macam bagaikan nak tunjuk kat Zah dialah yang paling happy ada laki, baru Zah pon mula aktif di FB upload gambar setiap kali keluar dengan anak- anak dan laki dorang tu. Haaa gitu.
Ok berbalik pada tajuk darjat bini kedua lagi tinggi dari mak sendiri. Aku skip je lah cerita-cerita meny4kitkan hati si Zah yang Zu dah buat. Aku cerita part mak bapak aku dulu yang buat aku terus meng4mok dan sound si Zu ni.
Kejadian pertama. Mak ayah aku ajak semua balik kampung. Abang aku lagi 1 yang susah nak balik kampung pon beria nak ikut. Family aku dengan kakak aku pon dah ON. Sekarang tinggal tunggu jawapan abang aku dan Zah.
Sekali abang aku cakap apa tau? Zu pon nak ikut! Takkan nak tinggal Zu sorang? Kalau tak bagi Zu ikut, Zah je lah pergi ikut kitorang balik kampung. Hahahaha korang s4kit hati takkk? Zu tu bukan budak kecik tau! Kalau ikut dia tu lagi 2 tahun nak masuk 40.
Lagi tua dari Zah! Sebelum kahwin, masa dia janda elok je hidup pon? Anak- anak pon bukan dia yang jaga. Anak anak dia ada dekat keluarga bekas suami dia kot? Apa masalah dia dudok rumah sorang 3 4 hari? Apa masalah dia nak kena ikut?
Sampailah seminggu sebelum balik kampung tu, abang aku masih senyap tak bagi jawapan nak balik kampung ke tak. Tiba-tiba, 1 hari kakak Zah telefon offer Zah untuk pergi umrah. Kebetulan kakak Zah tu kena buat liputan TV dekat sana.
Dari Zah pening pening, dia terus call mak aku minta maaf cakap tak jadi balik kampung sebab nak pergi umrah. Disebabkan mak bapak aku bukan jenis yang masuk campur urusan rumah tangga anak anak, diorang pon ok je lah walaupon agak sedih anak cucu dia tak dapat ikut.
Abang aku fikir perasaan Zu je. Jangankan Zah, perasaan mak ayah sendiri pon tak heran dah. Sebelum pergi umrah Zah dah minta tolong kat abang aku. Macam mana pon, anak anak tolong jaga sendiri. Tak payah bawak jumpa Zu.
Pastu abang aku marah weh! Terus cakap, kalau tau Zah per4ngai macam ni, takdenya dia nak izinkan Zah pergi umrah. Padahal Zah hanya minta tu 1 je. Taknak anak anak jumpa Zu. Jangankan jumpa. Terus bawak anak-anak dia 2 orang tu tido rumah diorang terus tau! Senang nak jaga katanya. Tak tenang Zah tunaikan umrah di Mekah. Hmmm
Kejadian kedua. Dulu masa sebelum wujudnya Zu penyondol ni, setiap minggu memang waktu kitorang berkumpul dekat rumah mama ayah. Datang Sabtu balik Ahad. Bagi aku, dalam ramai ramai cucu, anak sulung abang aku dengan si Zah ni lah mak ayah aku paling sayang. Dah dijaga dari lahir kan.
So memang happy lah mak ayah aku setiap minggu anak cucu dia ada dekat rumah. Sampailah bila wujudnya Zu ni, kadang Sabtu Ahad pon abang aku kerja. Aku taktau lah kerja kat ofis ke atau ‘kerjakan si Zu’. Dalam sebulan pon kadang- kadang tak balik.
Pernah haritu balik, dah pukul 2 petang macam tu aku perhati je abang aku dah gelabah pergi mandi, solat siap-siap nak balik sebab tiap pukul 3 petang kena tukar ‘shift isteri’. Tapi disebabkan semalamnya dia tukar shift pon lambat nak dekat pukul 5.30 petang so Zah pon saja lah jugak melambat-lambatkan keadaan.
Paling aku tak boleh terima, abang aku punya nak cepat tu sampai sanggup amek pinggan nasi nak makan nasi sendiri tak tunggu mak ayah. Padahal selama ni kitorang tak pernah makan sendiri sendiri. Mesti tunggu semua orang ready baru makan sama-sama.
Masa tu dia nak cepat, mak pulak tengah solat, tergamak taknak tunggu untuk makan sama-sama. Hati aku ni panas je masatu tapi mengenangkan ayah aku yang dah nasihat pasal tak baik campur urusan diorang, dan aku pon anak bongsu, aku diamkan aje. Punya tak sabar nak balik rumah jumpa Zu sampai nak makan sama sama dengan mak ayah pon dah tak heran. Tinggi darjat Zu!!
Kejadian ke 3. Ni belum terjadi pon lagi. Tapi disebabkan kejadian setiap kali balik rumah mak ayah, abang aku terp4ksa tukar shift untuk Zu lambat, terus dia cakap dengan Zah, lepas ni dah taknak tido rumah mak ayah. S4kit pinggang tido beralaskan toto.
Hahahahahaha. Bodoh punya alasan!! Bertahunnnn weh!! Bertahun dia datang rumah tido beralaskan lantai! Ok je! Tapi disebabkan Zu. Disebabkan tiap kali balik rumah mak ayah dia tak boleh nak sampai rumah Zu awal, sanggup eh dia dah taknak tido rumah mak ayah dia sendiri????
Dia tau tak tiap kali cuti sekolah MAK BAPAK DIA YANG DAH TUA tu lah yang tido beralaskan toto dekat ruang tamu sebab nak teman anak-anak kau tido! Bangun pagi pelik kenapa s4kit pinggang eh bang? Tanya mak dekat ayah.
Hmmm.. tapi tetappp teman cucu tido. Eh kenapa anak anak hantar rumah mak ayah kan? Sebab abang aku tak heran pon anak dia tu dok berdua dekat rumah. Lagi pentingkan si Zu. Nak makan? Order! So mak ayah aku ajak cucu cucu dia datang tido dekat rumah daripada tinggal berdua je sebab Zah kerja swasta. Hari Ahad je yang Zah cuti. Tinggi darjat bini kedua kan sampai nak tido rumah mak ayah sendiri pon dah tiba sakit pinggang lah apa lah.
Kejadian ke 4. Kejadian yang buat aku meletop. 14hb haritu mak nak buat open house makan makan untuk family je. Order dekat kakak Zah nasi tomato. Tapi Zah dah pesan dekat mak, kalau nak nasi tomato sampai cepat dekat rumah mak, mak kena call abang sendiri.
Kalau Zah call memang tak jalan. Dia kalau dengan Zu mana pernah tukar shift awal. Ni adil? Heh. Mak aku call. Tapi rasanya mak aku pon dah simpan perasaan geram marah kot dekat abang aku. Dia cakap boleh ke datang awal kat sini.
Nak minta tolong sekali ambilkan nasi tomato dekat rumah kakak Zah. Terus dia tanya, tak ajak yang sini pon? Mak aku selamba jawab, tu tetamu. Bukan menantu. Mak tak ingat pulak mak ada pergi minang dia. Haaaa gitu mak aku jawab. Tapi disebabkan itu, kau ingat dia tolong dan datang?
Terus TAK DATANG! Zah lah terkontang kanting drive dengan anak-anak dengan mata merah sampai rumah mak ayah. Terel kan penangan penyondol? 1 hari muka mak ayah aku tak ceria padahal tengah buat makan makan open house ni. Aku geram!!
Malam tu balik rumah, aku bukak tiktok Zu yang bergulaaa semua post sweet – sweet dengan lakinyaaa ituhh. Aku post komen:
Kitorang terima sebab terp4ksa. Bukan sebab suka. Kalau tak mesti abang aku buat per4ngai. See? Dah buat per4ngai pon. Terel bini. Dan adalah 2-3 komen lagi aku sound. Aku geram! Sebab Zu, makin menjadi jadi abang aku!
Pagi esoknya abang aku whatsapp. Dia cakap jangan campur urusan rumah tangga dia. HAHAHAHAHAHA. Aku balas. Boleh. Asalkan kau tak kacau mak bapak aku!! Kau nak kawen 10 pon aku tak heran tapi jangan pijak mak bapak aku!! Orang lain pon kawen jugak tapi tak adalah sampai berubah per4ngai!
Haaa gitu aku sound. Terussssss dia left group family dekat whatsapp. Wahh hebat kan dia? Dia cakap aku ni kurang ajar. Ye. Mungkin sebab aku ni adik dia. Aku ni anak bongsu. Tapi aku tak bodoh. Aku tak pekak. Aku tak bisu. Aku nampak apa yang jadi dan aku geram tengok kebodohan kau! Dia nampak kurang ajar aku, kurang ajar dia dekat mak ayah ada dia nampak?
Untuk pengetahuan korang, ayah dari aku kecil tak pernah marah anak anak. Tak pernah pukul anak-anak apatah lagi cubittt. Kitorang adik beradik pon tak pernah tinggi suara ke jerit-jerit dengan mak ayah. Mak panggil terus datang. Ayah panggil terus menyahut.
Mak cakap macam ni kitorang OK je. Ayah cakap macam ni kitorang ikut je. So bila korang ni tanya kenapa tak marah lah, kenapa tak sound lah, itu je aku sebagai adik dah buat. Taktau lagi apa aku akan buat lepas ni tapi laki aku pon tak berapa nak galakkan sangat aku campur.
Ni bukan cerita Andai Takdirnya tau. Dah aku cakap awal awal dia tu level bipoti je. B40. Kereta pon tak ada. Zah yang beli kereta. Servis ke rosak ke Zah yang bayar. Dia tak ada pulak nak ambil tau. Belah sana pon Zu yang ada kereta.
Nasib kau lah Zu. Harap apa jadi kat Zah tu nanti kau kenalah jugak. Sekarang ni t4ik pon tengah wangi lagi. Layanlah happy – happy lah dulu. Yang nak kesudahan tu ingat ni movie? Tak ada apa kesudahan lagi. Ni haa sambil type cerita ni sambil layan Zah whatsapp.
Katanya esok turn dia tapi si Zu nak buat makan makan rumah dia. Hahahahahaha kurang ajar kan? Zah tu plan nak gi beraya sini sana sekali abang aku nak tukar shift lewat sikit sebab Zu. Korang lah maki dia sebakul. Tangan aku dah penat type.
Ni kisah benar. Tengah berlaku pon ni so tak ada ending apa pon. Kalau ada apa apa yang buat aku geram nanti aku share lagi. Yang cakap aku reka cerita, harap tak kenalah dekat keturunan korang. Aamiin! – Adik yang geram (Bukan nama sebenar)