“Suami taknak bercakap dengan aku sebab aku tak dapat join aktiviti keluarga dia, kakak ipar pulak tak habis-habis nak buat cerita…”

Perangai toksik keluarga ipar juga boleh menyumbang kepada masalah rumah tangga. Ada yang sampai bercerai berai angkara si ipar. Ikuti kisah ini.

Assalamualaikum wbt semua. Maaflah jika menyumbang pada lambakan topik rumahtangga. Sebenarnya orang perempuan ni perlu teman berborak jika taknak sunyi.

Bila pasangan tak menjadi sahabat paling akrab serta tak menjadi tempat mencukupkan kuota perkataan sehari-hari, dia beralih la pada anonymous confession macam ni kalau dia malu nak luahkan pada mana-mana kawan lain.

Aku just nak vent out sebelum aku burst into tears of flames seorang diri lagi huhu. Aku taip di notes sikit demi sikit bila stress aje huhu. Jadi penulisan aku mungkin kurang teratur. Sebenarnya dah berbulan aku dan suami perang dingin.

Aku dan dia sama-sama dah takde energy atau hati lagi untuk bergaduh. Malah bila aku ajak berbincang pun dia straight forward je kata dah tawar hati dan takde apa lagi dia nak kata. Banyak kali aku play senario untuk pujuk dia dalam kepala, tapi tak jumpa waktu yang sesuai untuk realisasikan sebab aku pun bekerja dan ada tiga anak, dua masih kecil.

By the time baby dah tidur dan semua urusan rumah dah settle, bateri aku sendiri pun dah kong. Takde mood aku nak beromantik dengan suami. Hati aku sendiri pun tak terpujuk macam mana nak pujuk dia pula. Sesekali aku menangis dalam kereta. Lepas dah lega aku keluar kereta dan teruskan kehidupan macam biasa.

Aku ingat lagi bahawa punca asal perang dingin ni dari benda simple sahaja. Suami aku sejenis family pleaser. Tapi bukan pada family kecik kami but pada family besar dia yang sebelum kami kahwin. Ada satu minggu tu aku tak mahu join aktiviti dengan keluarga dia pada hari ahad. Sebab aku dah join full day outing dorang pada hari sabtu dan aku sangat letih.

Sebenarnya awal lagi aku dah beritahu aku tak boleh keluarga suami untuk minggu tu, sebab aku ada kerja nak dibuat. Kerjaya aku memerlukan aku selalu kena bawa balik kerja ke rumah. Ahli keluarga dia terutamanya kak A suka perlekehkan kerja aku, kononnya aku ni banyak cuti serta kerja separuh hari saja. Jadi dorang suka tak percaya kalau aku kata ada kerja nak dibuat.

Dipendekkan cerita, aku pun tak join lah aktiviti ahad tu. Suami bawa anak sulung dan kedua ke rumah mertua dan aku handle baby sorang di rumah sambil struggle nak siapkan kerja. Suami mula tak bercakap dengan aku sejak dari kejadian tu.

Aku sebenarnya okay saja dan sejujurnya suka sebenarnya boleh buat hal sendiri. Aku teruskan hidup macam biasa urus anak-anak dan busy kerja. Di rumah, kami masih solat subuh dan isyak berjemaah tapi aku dah tak salam dia selepas solat.

Ada apa-apa urusan anak kami just inform di whatsapp saja pendek-pendek. Kami hidup macam roommates who do co-parenting. Suami layan anak-anak macam biasa. Dia bank in nafkah (yang semuanya aku spend ke sekolah / nursery anak, tiada sesen untuk diri sendiri) macam biasa juga.

Dia pernah kata dia malas nak bercerai sebab sama juga dia kena bayar nafkah anak-anak sama macam sekarang juga. Dia kata sekurangnya kalau kami masih sebumbung macam ni, dia dapat tengok muka dorang hari-hari. Dia takde hati pada aku dan aku pun sama sebenarnya.

Aku torn apart sama ada nak cuba selamatkan hubungan ni atau tak. Aku dah tak tahan nak menghadap keluarga dia setiap minggu. Aku boleh layan kerenah ibu bapa dia sebab aku faham dorang tu mak ayah suami. Mereka pun dah tua, jadi aku sabarkan saja.

Tapi aku semakin tak boleh tahan dengan salah seorang kakak ipar aku. Suami ada ramai kakak tapi ada seketul yang andartu bermulut laser. Awal-awal berkahwin dulu aku layankan saja malah cuba berempati dengan keadaan dia. Tapi sekarang aku susah dah nak berlakon. Sekali sekala aku menjawab sama laser juga bila dilaser.

Bila aku tak mampu berlakon, muka aku memang takdelah senyum dah, nak buat macam mana kan? Tapi nanti suami akan marah aku pula. Di mata dia, aku tak cukup menyantuni keluarga dia. Aku tak jadi the bigger person pada kakak dia.

Alahai.. kak A (A for andartu) tu literally and figuratively lebih besar dari aku kot, takkan asyik aku saja kena mengalah dan berjiwa lebih besar. Kak A akan plan bercuti, outing or ke mana-mana sana sini ikut suka dia.

Pantang dia tahu suami aku cuti or free, memang ada sajalah plan dia. Kadang-kadang dia guna nama mak ayah suami, kadang-kadang dia direct je arahkan suami untuk buat urusan-urusan dia. Dia takde suami tapi suka ambil masa dan tenaga suami orang lain.

Mungkin tak boleh nak salahkan dia sangat sebab dalam banyak-banyak suami orang lain, suami aku je yang terpaling gemar nak menjadi adik mithali. Kak A tak suka nampak suami belikan aku apa-apa. Dulu dalam setahun dua juga aku tak kerja sebab lambat posting.

Bernanah aku pendam dan sabar bila dia gigih ulang-ulang berpesan jangan habiskan duit suami. Macamlah suami aku belikan emas, kereta atau benda-benda besar pun untuk aku. Dari dulu cuma bagi nafkah basic atau sesekali pakaian, beg macam tu aje pun.

Sekarang kak A dah kurang melaser bab tu sebab aku sangat suka war-warkan semua barang aku beli sendiri. Sebelum orang tegur apa-apa barang baru yang ada macam tudung ke apa sekalipun, terus aku announce dulu ni aku beli sendiri. Sedih kan? Macamlah dibelanja suami tu benda yang salah.

Kak A selalu marah anak-anak buah dia termasuklah anak aku. Memang menyirap je aku bila nampak dia cubit anak-anak aku tapi aku tahu aku tak boleh nak mengadu ke suami sebab nanti kononnya kak A cuma garang tapi berniat baik. Marah sebab nak disiplin kan saja kononnya.

Suami pernah cakap “anak kita pun bukannya baik sangat” demi nak pertahankan kak A tersayang dia. Iyalah budak kalau usia 2-6 tahun memanglah lasak kan. It still doesn’t give anyone the right untuk cubit. Bukan kau yang lahirkan dia setengah nyawa. Inilah antara benda-benda yang aku cuba tahan dan sabar.

Aku cuba untuk tak panjangkan dan cuba elakkan anak-anak aku berdekatan dengan kak A. Tapi susah sangat kalau dah memang kak A suka menempel dekat keluarga aku. Bukan sekadar menempel tapi suka bagi unsolicited advice.

Bila aku dah tak terdaya nak pura-pura layan, dia dok kata aku begitu begini pula pada suami. Contohnya dia akan buat-buat tanya “kenapa mahsuri (nama palsu aku) tu masam aje muka dia?” ke suami aku banyak-banyak kali sampai suami aku hilang sabar.

Tapi dia akan hilang sabar pada akulah bukan pada kak A. Contoh lain kalau aku tak join aktiviti keluarga mertua memang kak A akan harass suami aku tanya banyak-banyak soalan dan next time bila dia jumpa aku, dia akan panjang-panjangkan hal tersebut.

Aku rimas sungguh. Aku syak dia tak puas hati kalau tak boleh pass baton jaga mak ayah dia / buat kerja rumah mertua pada aku minggu tu. Kak A always nak masa dan tenaga suami aku, tapi taknak cari cara ambil hati isteri dan anak-anak adik dia ni.

Dia just buat ikut suka hati dia thinking everybody owes her something. I don’t owe her anything and I’m done being adik ipar yang berlemah lembut. Aku tak pernah berdekatan dengan orang berperangai annoying macam kak A ni sebelum kahwin walaupun aku jenis ramah dan boleh berkawan dengan semua orang.

Since she’s family aku cuba tolerate. Tapi dah nak masuk 8 tahun so aku pun fed up juga. Lagipun dulu aku tahankan maybe sebab sayang pada suami, but now perasaan tu pun dah pudar. Diganti dengan meluat. Aku rasa sedih suami pura-pura tak sedar betapa banyak aku bersabar dengan keluarga dia selama ni.

Hanya sebab aku tak larat join aktiviti keluarga dia sesekali (bukannya tiap- tiap minggu aku elak), suami nak kata dia tawar hati pada aku pula. Lainlah kalau aku buat dosa besar macam curang or bawa masuk orang dia tak suka ke rumah, then bolehlah dia sakit hati sampai terfikir nak ceraikan isteri.

Aku memang terasa sangat bila suami nak back up kakak tersayang sampai isteri sesetia ini nampak macam terlalu buruk di mata dia. Annoying nya kak A tu bukan sekadar ipar-ipar dia lain pun malas nak dekat, tetapi yang generasi anak-anak pun sama juga.

Pelik aku dengan dia, tak ada anak sendiri tapi taknak berusaha tawan hati anak-anak buah. Nanti kalau takde sesiapa nak melawat dia bila dia dah tua, barulah nak merentan pula agaknya.

Awal kahwin dulu dalam 2 tahun sebelum aku ada anak sendiri, aku sangat gembira melayan semua anak-anak buah suami. Sampaikan dorang berebut-rebut nak duduk sebeIah aku.

Ada a few times waktu family trip keluarga besar depa, aku dijeling dan kak A merengus tak puas hati bila dalam kereta budak-budak kecik tu semua mengelak taknak duduk sebeIah dia. Dorang nak dengan aku sahaja. Waktu tu baru kahwin so aku memang cuak sangat dengan dia. Terus aku pun jadi takut-takut nak rapat dengan anak-anak buah.

Bila aku ada anak sendiri masa aku agak terhad nak melayan anak-anak buah. Aku ni breastfeed baby dari anak pertama lagi jadi memang kena masuk bilik untuk menyusu agak kerap juga. Dah dikatanya aku mengelak buat kerja dapur dan suka memerap pula. Allahuakbar.

Aku pada usia 30-an ni tak perlukan drama sinetron macam ni. Kak A pun dan 4 series aku rasa dia pun patut hentikan perangai menelek aku untuk mencari salah. Kalau dia nak sangat suami aku untuk jadi chaperon dia, silakanlah.

Tapi aku taknak terlibat dan aku berniat tahun baru ni nak kurangkan bertemu insan-insan yang tak memberi bahagia. Jadi aku memang sangat-sangat tak gemar nak ke rumah mertua. Kak A banyak mencucuk ibu mertua aku juga.

Kalau dia takde aku yakin akan lebih harmoni dan murni-murni sangkaan MIL pada aku. Bab ni panjang lagi malas aku nak cerita. Tak boleh nak singkatkan drama 8 tahun di sini. Tapi cukuplah yang sedikit ini untuk korang tahu tentang kak A kesayangan suami aku.

Macam mana ya? Ada tak antara kalian yang ber”madu” dengan kakak ipar juga? Kalau perempuan lain yang dok menagih kasih suami aku dan buat benda-benda menyakitkan hati aku, memang dah lama aku angkat kaki aje.

Tapi sebab ni hanyalah kakak dia dan suami aku bukanlah seorang yang fasik or jahat. Dia ayah yang baik dan bertanggungjawab. Sedih memikirkan kami tak menyayangi each other lagi selayaknya sebagai suami isteri. Pedih bila dipulaukan dan suami tak mahu bercakap dengan aku hanya disebabkan keluarga dia.

Boleh ke hidup macam ni saja? Adakah perkahwinan ni akan terus banyak mengumpul rasa sedih berbanding mawaddah dan sakinah? Aku dah cuba berbincang, malah sepanjang kahwin ni banyak dah gaduh dan heart to heart kononnya.

Memang sekarang suami tak mahu tambah perbincangan lagi dan aku rasa dipersalahkan sebab tak terima keluarga dia seadanya. Kami takkan boleh pindah jauh dari sini sebab memang suami dah beli rumah selang tiga baris dengan rumah mertua.

Bila terbayangkan aku kena menghadap kak A dan perangainya sampai bila-bila memang aku rasa nak give up saja. Based on penelitian aku, orang macam kak A ni umur dia panjang sebab memang Allah nak uji keluarga dan orang sekeliling dia.

Aku dapat bayangkan kalau dia dah tua nanti dengan anak-anak aku sekali dia kuIi-kuIikan buat itu ini, dan dia akan play victim bila orang taknak tolong dia. Perangai lembik suami aku sangatlah tak membantu untuk aku keluar dari situasi ni.

Aku tenang dan bahagia sangat bila ada minggu yang tak perlu jumpa kak A. Perlukah aku undur diri sahaja? – Bukan Mahsuri (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Loya tekak! Baru nak makan sekali tikus sebesar lengan jatuh atas dulang makanan