“Suami taknak jaga ‘anak baru’ dengan bini muda, perempuan tu siap call aku lagi mintak jagakan tapi aku tolak terus..”

Bagi wanita yang sudah berkahwin dalam tempoh yang lama, pasti ada kalanya suami akan berubah hati dan mula mencari keseronokan di luar.

Suami yang mencari keseronokan di luar akhirnya akan terjebak dengan wanita yang lebih muda malahan ingin berpoligami kerana mengetahui mereka mampu dan boleh berkahwin dua.

Wanita ini menunjukkan sisi ceritanya sebagai isteri pertama kepada suami yang berkahwin dengan wanita muda dan pelbagai masalah yang timbul dalam rumahtangga mereka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Aunty tahu, ramai akan kecam tajuk ni tapi ni dari sudut pandangan Aunty lah sebab Aunty tengok m4kin ramai pasangan yang memilih untuk berpisah. Aunty hormat pandangan masing-masing dan Aunty faham sebab Aunty pun pernah berada di tempat kalian masa diduakan tu cuma Aunty ter-jebak sampai ter-poligami.

Dan sebab Uncle tiba-tiba terlepas cakap beberapa hari lepas, kenapa la saya kahwin dua. Hah, kenapa pulak awak menyesal dengan peny4kit yang awak cari ni. So story ni lebih kepada nak chill – chill je bak kata anak-anak Aunty.

Jadi Aunty share sambil – sambil minum kopi, makan cekodok dan layan Netflix. Cerita Aunty ni banyak Aunty olah sebab takut ada orang kenal. Sikit perkenalan, Aunty ni biasa-biasa saja dari segi rupa. Tak gemuk, tak kurus, sedang sedang je, tak gelap, tak jugak cerah, agak bergaya sopan untuk usia Aunty.

Seorang yang berkerjaya dengan gaji alhamdulillah, senang. Uncle pun berkerjaya, dengan gaji yang lumayan. Aunty dah berkahwin dengan Uncle nak masuk 20 tahun lebih. Anak-anak pun dah besar. Pada usia perkahwinan Uncle dan Aunty 15 tahun lebih, ada la tiba-tiba Uncle menyatakan hasrat nak tambah cawangan.

Biasa la masa tu, kami masing-masing sibuk dengan kerja dan anak-anak yang menginjak remaja, mungkin Uncle rasa sedikit terkurang kasih sayang. Mana taknya, Aunty walaupun kerja, Aunty la supir, tukang masak, cikgu, bibik kat rumah, jadi Aunty sedikit penat dan kadang-kadang tu memetir dan menyinga.

Aunty kesiankan Uncle sebab kerja Uncle agak busy, jadi sebolehnya Aunty buat sendiri dan anak-anak pun sangat bagus ringankan kerja-kerja di rumah (mungkin sebab Aunty akan memetir bila pakat tak jalan). Busy pun sempat Uncle terpasang dua. Ops. Orang pejabat dia, mungkin sebab asyik tertentang mata di sana.

Takpe la, kita ni jadi je isteri dan ibu setakat kita mampu. Bak kata mak Aunty, Allah yang pegang hati manusia, kadang-kadang boleh terkeluar dari landasan yang kita rancang. Sungguh Aunty tak sangka Uncle yang introvert, tak mesra alam dan tegas ada orang tertarik.

Sebelum kejadian tu, Uncle bawa Aunty dan anak-anak makan angin, jalan-jalan dan food hvnting. Rasa lapang kejap d4da boleh lari dari masalah dunia. Selang beberapa hari, lepas nampak mood Aunty okay, Uncle panggil dan menyatakan hasrat hati dia.

Patut la, ada udang di sebalik mee. Aunty diam, tipikal la ayat-ayat apa kurangnya saya, menangis, silent treatment. Aunty tanya, sure ke nak kahwin lagi satu? Muda pulak tu (calon muda 10 tahun)? Nak ke layan baby nangis malam-malam, anak-anak kita dah besar ni.

Aunty masa tu dah tutup kilang dah sebab nak tenang je malam-malam tidur. Uncle kata dia dah fikir masak-masak dan sanggup nak meramaikan umat. Amboi, silap masa tu tak rekod. Bagi Aunty, sedih la, tipu tak sedih.

Nak bahagi kasih sayang, masa, tenaga, serabut tu Allah saja yang tahu. Tapi Aunty tak boleh cari solid reason untuk disagree sebab Uncle ni walaupun kebanyakan Aunty yang urus dalaman rumah, dia banyak fikir urusan luar rumah- tax, simpanan, yuran tuisyen anak, duit kereta, kira-kira etc.

Uncle ni baik orangnya dan Aunty yakin Uncle akan bertanggungjawab. Tapi Aunty bagi juga syarat. Syarat-syarat tu Aunty nak present masa jumpa sekali bakal madu setelah Aunty timbang baik buruk dan mostly advantages untuk Aunty dan anak-anak.

Anggap je la masa tu Uncle dah banyak dapat advantage besar kan, dah kita setuju nak bagi kahwin lagi satu. Yang pertama, Aunty taknak tinggal dengan mertua. Jangan salah anggap, rezeki Aunty sebab kedua mertua Aunty sangat baik hati, sangat bertimbang rasa dan Aunty anggap macam mak abah Aunty sendiri.

Lama dah Aunty tinggal dengan mereka sebab sunyi. Cumanya Aunty nak ada rumah sendiri, nak hias, nak design dapur, pilih perabot sendiri, tanam, pilih pokok sendiri, yes, I want freedom of choice. Aunty kata, bagi chance bakal madu berkenalan dengan mertua. Bakal madu okay dan setuju.

Yang kedua, Aunty nak ada bibik, tapi Aunty ambil bibik harian je sebab Uncle tak selesa ada orang perempuan asing dalam rumah. Bibik ni hanya akan datang bila Aunty ada di rumah sahaja jadi Aunty boleh pantau dia.

Selalunya Aunty ambil dia buat kerja rumah yang Aunty tak suka buat contoh iron baju. Syarat yang ketiga, Uncle kena setuju kalau Aunty tiba-tiba nak beli iron mahal ke, vacuum mahal ke, apa-apa yang memudahkan kerja rumah Aunty.

Biasa la lelaki kan, awal dulu nak beli oven pun bising sebab mahal dan takut jadi tukun katanya. Uncle kan lepas ni dah kena bahagi dua, Aunty taknak struggle nanti. Seperti disangka, masa tu Uncle terus setuju. Dapat la Aunty beli oven canggih yang Aunty dok survey masa tu.

Yang keempat dan yang paling penting, Aunty boleh hias rumah ikut design yang Aunty nak. Sebab Uncle ni kadang-kadang selera dia tak sesuai dengan jiwa Aunty. Aunty kadang-kadang tenung je sofa yang dia nak sangat beli, nasib letak kat rumah mak dia. Ada lagi beberapa design yang Aunty tak ngam.

Giliran bermalam, beraya dan bercuti Aunty tak kisah tapi kalau boleh, tak perlu la keluar bersama-sama. Walaupun mulut kata terima masa tu, hati masih taknak. Dan madu kena fikir yang Uncle ni ada isteri lain dan ada anak-anak, jangan bolot sorang.

Dia dan Uncle senyum malu-malu masa tu sebab rasa macam okay je syarat Aunty. Maka kahwin lah mereka. Sekarang, alhamdulillah, Aunty dapat semua yang Aunty nak. Syarat-syarat tu dipenuhi. Awal tu mertua tak setuju nak lepaskan Aunty tapi takpe la, anak dia yang cari pasal dan Aunty pun kena fikir untuk gembirakan hati Aunty.

Bukan semua benda perlu kita korbankan untuk bahagiakan orang lain. Sunyi tu kadang- kadang ada bila hari Uncle ke rumah sana terutamanya bila anak-anak dah pakat keluar belajar jauh. Hari-hari tu Aunty isi dengan bersukan, healing dengan kawan-kawan dan anak-anak, berkebun, asalkan Aunty ada aktiviti.

Kadang-kadang tu Aunty anggap masa tu as me-time. Ada hari Aunty nak marathon movie ataupun dengar kuliah di masjid, rasa tak terkejar nak balik ke rumah. Dan paling penting, Aunty boleh balik ke rumah Aunty sendiri. Uncle?

Okay la kot. Nampak awal tu Uncle happy. Dapat bini muda. Dapat green light dari Aunty pulak tu, tak payah nak sembunyi – sembunyi nikah di sempadan. Hubungan Aunty dengan madu sekarang, okay je, mungkin Aunty ni sempoi.

Kami boleh bersembang dan bertentang mata tapi kalau bercuti masih asing – asing. I want my inner peace and my time bermanja with my husband too. Semuanya smooth sailing, sehinggalah anak kecik Uncle lahir. Alhamdulillah, baby comel dan sihat.

Cumanya Aunty boleh nampak Uncle sedikit str3ss dan struggle. Mana taknya, dulu semua Aunty yang uruskan. Madu pernah call menangis sebab Uncle tak menolong dia jaga baby, mertua pula dah tak kuat. Ye Dik, itulah suami kita.

Aunty suruh je ambil confinement lady, settle masalah. Ada lagi beberapa benda yang madu Aunty mengadu, tapi Aunty cukup sekadar bagi nasihat. Uncle pernah minta tolong, tapi Aunty tolak on spot. Prinsip kita: jangan baik tak bertempat takut kena pijak, protect your mental health.

Masa hari Uncle di rumah Aunty, Aunty layan elok-elok, masak apa yang Uncle suka, date night, keluar jalan-jalan waktu malam. Kadang-kadang tu saja Aunty nyanyi lagu madu 3 dekat Uncle. Uncle senyum, tapi boleh nampak ada ‘sesuatu’ beyond the smile.

Sesuatu yang Uncle cuba sembunyi, tapi ye lah, kita dah kahwin lama. Bau k3ntut pun tak boleh tipu. Ada pernah sekali tu anak lelaki Aunty pernah tanya ke Uncle, best ke kawin dua Papa? Masa tu Uncle tak perasan Aunty dah balik dari beli barang.

Uncle jawab, kalau yang sekarang dah elok, cuba kekalkan dan hargai. Kalau Papa boleh putar masa, Papa takkan bagi Mami sedih dulu-dulu. Anak kata, sebab Papa tu baik. Ada je lelaki yang poligami, bila susah cari isteri pertama.

Bila senang sikit cari isteri kedua. Ye, Uncle ni baik, relax je kena sakat dengan anak tanya soalan gitu. Tapi Aunty lepas dengar jawapan tu, rasa berbunga terus Aunty masak makanan yang Uncle suka. Itu la cerita Aunty untuk pedoman. Banyak isi tersurat dan tersirat.

Buat lelaki di luar sana, fikir masak-masak sebelum nak tambah cawangan. Buat para isteri yang berpoligami, anda kena kuat dan cari sesuatu yang gembirakan hati anda. Anda kuat. – Aunty (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Kurus macam tiang! Jom cuba 5 makanan untuk tambah berat badan, jangan main ‘sumbat’ je..