“Suami taknak minum atau makan apa yang aku masak, sampai kalau aku buat air pun dia sanggup buat yang baru…”

Dah 16 tahun ye kami mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Anak sulung kami lelaki umur 14 tahun. Dia la sentiasa jadi perantaraan sang suami sebagai medan komunikasi aku dan dia.

Selama 16 tahun hidup dengan dia, aku sedar dia la lelaki yang amat aku cintai. Tapi aku juga sedar cinta dia bukan milik aku. Malah sampai sekarang, aku tak mampu faham apa dalam hati dia. Sejak kahwin sampai sekarang, dia yang basuh baju dia.

Dia yang bancuh air nescafe dia. Dia yang lipat baju dia. Semua berkaitan diri dia, dia sendiri yang buat. Sebagai isteri, aku sangat rindu nak siapkan semua tu sebagai mana isteri-isteri lain buat. Tapi mungkin sampai bila-bila pun aku tak berpeluang berkhidmat untuk dia.

Kerana dia tak suka aku sentuh apa pun kepunyaan dia. Kalau aku bancuh air, dia tak akan minum. Awal-awal kahwin aku beriya nak buat. Tapi dia kata dia boleh buat sendiri. Banyak kali aku bancuh pun, dia minum sikit ja. Dia tinggal. Tapi selalunya dia tak akan minum langsung.

Aku tak minum caffeine, tapi aku rasa dah buat yang paling perfect dah untuk dia. Siap tengok u tube macam-macam skill orang buat nescafe. Nak kata aku buat tak sedap, padahal ramai kata air tangan aku sedap. Anakpun selalu puji masakan aku sedap.

Aku pernah tanya dia, tak sedap ke. Dia cuma akan jawab tak pe dia buat sendiri. Tak payah buat untuk dia. Aku siap perhati dia bancuh macam mana. Aku follow sebijik-sebijik macam dia buat. Masih kalau dari aku, air tu akan duduk macam tu ja la atas meja. Selang 3-4 jam dia pergi buat sendiri.

Mungkin di lidah dia semuanya jadi tak sedap kalau dari aku. Atau ego dia tak suka terima apa pun dari aku. Pernah jugak sekali tu aku tipu dia. Dia kan rapat dengan anak-anak, aku pun rapat jugak dengan anak. Hari tu aku sengaja suruh anak perempuan kami pergi bagi air kat dia.

Kononnya dia dengan abang dia pakat-pakat bancuh air nak bagi kat abah. Licin abah diorang minum. Lepas tu anak tanya sedap tak abah. Dia anguk ja. Budak-budak biasa la mana pandai tipu lama-lama. Sambil gelak-gelak diorang pecahkan rahsia. Ibu yang buat air tu.

Dia hanya diam ja. Suami aku memang pendiam dan penyabar. Dengan anak ada la bersembang.,Tapi macam tu macam tu ja la. Tapi dia memang ayah yang sempurna sebab tu anak rapat dan sayang dia. Aku pun janggal nak sembang jugak dengan dia.

Sebab aku pun jenis kurang cakap jugak kalau keadaan tu aku tak selesa. Tapi sejak kes tu, kadang-kadang waktu petang dia balik kerja. Aku sengaja siapkan air nescafe dia suruh anak bagi. Agaknya walaupun dia tahu tu aku yang buat, tapi mungkin depan anak nak jaga ego kot.

Dia akan minum ja. Cuma kadang-kadang dia minum sikit ja. Lepas tu dia pergi buat sendiri. Kalau masak, dia ada la makan. Tapi makan sikit ja la. Macam buat syarat. Sebab makan dengan anak-anakkan. Dulu sebelum ada anak kadang-kadang makan kadang-kadang tak.

Lama-lama aku biarkan dia dengan cara dia. Dah itu yang dia nak. Aku tak nak dia rasa tertekan dengan sikap aku. Sebab aku sangat hormat dia dan sangat pentingkan kegembiraan dia. Sebab aku terhutang budi banyak sangat dengan dia.

Dulu kalau aku basuh baju dia, dia akan basuh semula baju tu. Dia tak akan pakai. Aku faham, suami tak suka tukar-tukar brand. Dia jenis stick pada satu brand ja. Kadang-kadang pencuci baju ni, aku suka cuba cuba setiap brand. Nak tengok mana wangi.

Awal-awal dulu aku tak faham dia lagi. Lepas tu, walaupun aku pkai brand yang dia pakai. Walaupun dah letak pewangi banyak banyak yang dia selalu pakai, dia tetap basuh semula baju tu. Aku tak faham apa yang tak kena.

Aku tanya dia kenapa, dia cuma jawab baju dia biar dia basuh sendiri. Kalau aku lipat baju dia pun sama. Dia tetap akan lipat semula. Ok aku faham, mungkin lipatan aku tak cantik macam lipatan dia. Akhirnya semua kerja yang aku rindu sangat nak buat pada seorang suami terpaksa aku lepaskan macam tu ja sebab tak nak dia stress.

Ada la kawan-kawan aku pernah complain, suami diorang satu kerja pun tak nak buat. Kawan-kawan kata aku beruntung sebab suami aku ni special sangat. Sebab satu kerja pun dia tak bagi aku buat kalau benda tu berkaitan dia.

Tapi benda tu buat aku rasa sedih. Aku nak berbakti pada dia sebenarnya. Aku ni membesar jenis suka buat kerja rumah. Aku macam mak aku, jenis suka khidmat untuk keluarga. Tapi aku cuba faham, mungkin dia dah biasa urus diri dia sendiri. Jadi dia selesa macam tu la kot.

Dia kalau mandian dia mesti yang body bath tu. Suami jenis suka benda yang branded dan stay pada satu brand ja. Dia ada pakai produk muka jugak ye. Jenama loreal. Memang dia jenis jaga diri sangat-sangat. Beza jugak la dengan aku.

Aku ni jenis bedai ja sabun mandi biasa tu. Aku kan jenis suka tukar-tukar brand. Kalau beli barang, aku rasa nak cuba brand ni, aku beli ja yang tu. Ada sekali tu aku try la pakai sabun dia masa mandi. Lepas tu saja la konon-konon nak bersembang.

Aku kata tadi mandi saya guna sabun mandi abang tu. Rasa lembut la kulit. Rupanya best jugak body bath ni. Selalu lalu situ, tak terfikir pun nak beli. Lepas ni boleh la tiru brand abang. Saja aku nak pancing sembang. Tapi dia diam ja.

Memang style dia macam tu. Kalau benda tu dia rasa tak nak jawab, dia tak akan jawab. Esoknya dia pergi beli yang lain. Lepas tu dia suruh anak pesan kat aku. Dia kata ambil ja la yang aku dah pakai tu sebab dia dah beli yang baru.

Aku tanya la dia. Kenapa beli baru. Sedangkan botol tu banyak lagi. Dia kata tak pe. Pakai ja la tu. Aku macam tak puas hati la. Aku tanya direct, abang tak suka kongsi dengan saya ke. Atau abang tak suka saya usik barang abang.

Aku memang sentap masa tu. Ibaratnya sebab aku dah sentuh, dia tak akan sentuh lagi benda tu. Apa salahnya kami berkongsi. Dia diam ja. Kalau aku bagi tekanan pada dia mintak jawapan. Dia akan iyakan ja apa pun yang aku pertikai.

Bengkak jugak hati aku kadang-kadang dengan sikap dia. Tapi tu la, hati kita cepat sensitive dengan orang yang paling kita sayang. Sejak tu aku memang tak usik dah barang dia.. Aku terfkir dia geli dengan aku ke. Atau apa yang dia rasa dengan aku sebenarnya. Aku tak dapat jawapan.

Aku selalu rasa aku ni tak berguna dalam hidup dia. Aku cuma rasa khidmat aku diperIukan saat dia perIukan benda tu ja. Tau tak perasaan aku macam mana kalau dia datang sentuh aku. Setiap masa lepas habis tu aku akan menangis dalam senyap.

Aku menangis sebab terharu. Sekurangnya ada benda aku boleh bagi untuk dia. Walaupun agak jarang jugak dia mendatangi aku. Tapi aku sentiasa berharap dia sentiasa nak kan benda tu. Bukan sebab aku giIa benda tu tak.. Tapi sebab aku terlalu cintakan dia.

Aku rasa itu ja satunya jasa yang aku mampu baIas atas budi dia pada aku dan keluarga aku. Kalau masa dia nak tu aku tengah uzur, kecewanya hati aku tu hanya tuhan saja tahu. Sebab masa tu ja aku dapat tatap muka dia, dapat sentuh dia.

Sebab dia tak pernah tidur sekatil dengan aku sejak kahwin. Nak tenung dia lama-lama masa hari-hari biasa aku pun segan. Sebab aku memang jenis sangat pemalu dan lembut. Dulu selalu la aku curi pandang dia. Sebab dia memang kacak. Tapi sejak ada anak, aku jarang buat macam tu.

Anak kadang-kadang suka mengusik aku depan abah dia. Budak makin naik remaja tau tau ja la. Budak sekarangkan banyak akal. Tapi suami aku sendiri pun tak pernah pandang aku langsung. 16 tahun kahwin, sekali pun dia tak pernah eye contact dengan aku.. Walaupun masa kami bersama.

Kalau cakap apa-apa pun dia pandang arah lain. Atau dia hanya jawab sambil buat kerja lain. Jadi tak kan aku pulak nak hegeh-hegehkan. Aku pun ada harga diri dan sifat malu aku jugak. Sebelum ada anak, dia selalu akan tidur di ruang tamu.

Walaupun lepas buat tu, tetap jugak dia akan turun ke bawah untuk tido. Tapi sebelum tu dia akan kiss kening aku sambil cakap thanks. Sebab tu aku selalu menangis.. Sebab ada la rasa diri dihargai dan diperIukan. Tapi dalam masa sama aku keliru apa perasaan dia pada aku. Aku pernah tanya, tapi dia tak pernah jawab.

Lepas ada anak, dia lagi selesa tidur dengan anak. Dulu masa anak kecik pun, tetap jugak dia tak tidur sekatil dengan aku. Aku tak pernah merasa macam pasangan lain tidur sekatil dengan anak dan suami. Kalau pergi holiday, walaupun satu bilik, dia tetap akan pilih hotel yang ada 2 queen bed. Alasan dia supaya selesa.

Cuma sejak ada anak perempuan, dia memang tido sorang kat ruang tamu. Anak sulung kadang-kadang suka nak tido dengan dia konon sambil tengok bola kat hall. Aku boleh nampak, anak-anak ja kebahagian dia.. Kalau boleh, aku nak ja beranak ramai-ramai untuk dia.

Tapi apa kan daya, tiga orang anak aku semua caesar. Aku dah tak boleh beranak lagi dah. Jujurnya saat itu amat mengecewakan aku. Tapi aku kena terima segala suratan takdir hidup aku. Ya, takdir hidup aku ibarat drama. Termasuk la perkahwinan aku dan dia.

Nanti kalau posting ni approve, dan kalau orang tak bosan baca. Aku cerita macam mana aku kahwin dengan dia. Ni pun aku risau orang kecam sebab terlalu panjang atau bosan. – Idah (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Kena halau sebab tak mampu bayar sewa rumah, suami isteri ini berteduh dalam Proton Perdana