Semalam di media sosial kecoh tentang perkongsian seorang lelaki mengenai isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan anggota polis.
Menurut lelaki tersebut, sebelum ini dia hanya mendengar aduan daripada orang terdekat mengenai perbuatan isteri.
Namun, siapa sangka rupa-rupanya khabar angin itu benar apabila dia menyaksikan sendiri isteri berdua-duaan dengan polis terbabit dalam sebuah kereta.
“Buka la pintu, bini kita hang bawak. Aku follow daripada belakang dari tadi. Hang suruh dia buka pintu. Takpa hang tunggu, IPD aku report. TikTok keluar muka hang.”
Lelaki ini kemudian bersemuka dengan anggota berkenaan dan meminta isterinya turun daripada kereta. Isterinya bagaimanapun enggan membuka pintu dan mengunci kenderaan.
Terima kasih ya Allah. Dengan petunjukmu. Doaku dimakbulkan. Sekadar kongsi untuk pengajaran. Orang dok mai cerita kata isteri hang ada hubungan sulit dengan anggota polis. Dah terbukti terima kasih ya Allah. Doa dimakbulkan.
Isteri kemudian memecut laju kereta membiarkan suami dan anggota polis berkenaan di lokasi kejadian.
baca: Netizen bongkar video Fazura pernah terima duit raya dari Fattah Amin