Melihat aurat pasangan kita selepas bernikah memang dinanti-nantikan bagi pasangan yang baru berkahwin lebih-lebih lagi jika mereka memang menjaga aurat semasa bercinta. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok ada berkongsi saat upacara membuka hijab yang membuat si suami tak keruan.
Acara membuka hijab ini adalah tradisi bagi masyarakat Timur Tengah selepas pasangan bernikah. Ketika ini, kawan-kawan dan saudara perempuan akan dikumpulkan untuk sama-sama melihat reaksi pengantin lelaki. Selepas membuka hijab dan memusingkan sebanyak beberapa kali, wanita itu nita itu kemudiannya meletakkannya dahulu di atas sofa.
Jika dilihat daripada video itu, ahli keluarga mengepung si suami sebelum suami melihat si isteri. Si suami jelas teruja dan sebak apabila melihat si isteri. Reaksinya itu cukup menggambarkan keanggunan si isteri.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen juga teruja melihat reaksi si suami tersebut.
Baca juga: https://themalaysialife.com/cikgu-musthafa-disangka-ghaib-di-mekah-rupa-rupanya-ini-yang-terjadi/