Suami isteri adalah manusia biasa yang banyak membuat dosa dan tidak akan pernah sempurna dilihat oleh pasangan masing masing.
Kerana itulah perlunya persefahaman di dalam hubungan suami isteri untuk mengelakkan pergaduhan yang akan menjerumus ke titik penceraian.
Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang kerap bergaduh dengan suami akibat pasangannya itu yang kerap melayari laman web porno dan menyukai kakak iparnya hingga menyuruh isteri menjadi seperti wanita itu.
Assalamualaikum semua.. Ni kali pertama aku luah kat sini.. Nama aku Mawar Berduri. Aku macam dah penat menjeruk rasa dalam rumah tangga. Aku dah kahwin 8 tahun dan ada sepasang anak.
Sedikit latar belakang aku dan dia. Dia bekerja swasta bahagian jualan, gaji basic 1.8k campur komisen semua lebih kurang 2.4k sebulan. Jaga solat tapi pernah kantoi dengan aku sekali dia search porno kat hp dia selama bertahun-tahun.
Dia janji nak berubah dan tak nak buat dah semua tu lepas aku ugvt nak hantar semua bukti dalam group family dia. Biar semua adik beradik tahu per4ngai sebenar dia. Aku masih simpan rapi semua bukti tu. Sejenis pandai bercakap bab agama terutama isteri kena hormat suami walau sejahat mana pun suami tu. Kalau tak jadi ahli ner4ka.
Walaupun iqra dia baca merangkak – rangkak bab berhujah salah isteri boleh dapat Phd. Cop bini kurang ajar tu adalah makanan aku hari-hari. Berperwatakan konservetif, baik dan alim bila di luar. Agak rajin jugak menolong kerja rumah.
Anak-anak memang sangat rapat dengan aku dan dia. Aku pulak bekerja di sektor awam dan di tempat keja pun sebagai ketua unit. Alhamdulillah, mempunyai gaji lebih besar. Pernah melalui fasa yang sangat sukar bersama dia di awal perkahwinan sehingga semua barang kemas dan simpanan aku berhabis demi kelangsungan hidup saat dia takde kerja.
Kereta terp4ksa dijual dan macam-macam lagi yang aku sebolehnya tak nak ingat dah. Masa dia tak bekerja, macam-macam soalan family aku tanya, tapi aku tetap pertahankan maruah dia dan aku tutup mulut rapat tanpa membuka pekung aku yang menanggung dia selama 2 tahun lebih.
Aku seorang yang tegas, out spoken, ramah dan boleh dik4takan ramai kawan-kawan suka jadikan aku sebagai tempat rujukan untuk sebarang idea. Kerja aku kadang- kadang sangat meletihkan dan aku mengaku kurang masak.
Rumah bersih tapi kadang kala bersepah dengan mainan anak-anak sahaja. Tidaklah sampai berkeladak sana sini. Bab didikan dan pelajaran anak-anak memang aku yang uruskan. Dari segi yuran tahunan, bulanan bayaran pengasuh, transit anak-anak, perbelanjaaan isi rumah, duit minyak tol, travel semua aku yang fikir dan tanggung.
Pendek kata aku mengambil alih tugas ketua keluarga. Gaji dia hanya untuk komitmen kereta import dia dan rumah sahaja. Kereta aku kecil dan buatan Malaysia, alhamdulillah aku dah habis bayar. Pemikiran kami juga sangat berbeza.
Dia sejenis dependent dan tidak boleh buat keputvsan sendiri walau hal sekecil mana pun. Nak order makanan fast food pun dia takkan order melainkan ada aku untuk orderkan. Aku pulak sejenis independent person. Nak ke mana seorang diri pun aku boleh.
Yang buat aku betul-betul putvs asa dengan perkahwinan kami ialah aku bukan lah isteri yang didambakan. Peranan aku lebih kepada isteri untuk memenuhi keperluan hidup dan menjadi tempat keberg4ntungan dia sepenuhnya.
Dia lebih cenderung dan suka memandang kakak ipar aku sebab ciri-ciri isteri yang dia nak ada pada kakak ipar aku. Kakak ipar aku suri rumah sepenuh masa, berkain batik 24 jam, berbaju kurung bila keluar, masak selalu, marah anak-anak pun lemah lembut sahaja walaupun anak saud4ra aku boleh tahan lasak.
Suami aku sampai tahap setiap kali bila balik kampung aku, nampak je kakak ipar aku, malam tu mesti dia manja – manja berlebih daripada biasa dengan aku. Dia akan minta bersama jugak dengan tak sabar – sabar walaupun aku penat.
Apa sahaja kata-kata kakak ipar aku dia akan sokong dan dia suruh aku ikut exactly apa yang kakak ipar aku cakap. Aku jadi tak senang dengan perlakuan suami aku yang sangat berbeza sehingga aku terfikir adakah bila bersama aku tu dia membayangkan kakak ipar tu.
Nauzubillahiminzalik. Adakah aku over thinking? Sebab memang per4ngai suami aku akan berubah drastik bila ada family gathering melibatkan kehadiran kakak ipar aku. Sejujurnya aku takde masalah dengan kakak ipar aku, aku hormat dan baik je dengan dia.
Boleh bergurau senda semua. Cuma yang menjengkelkan aku ialah suami aku. Aku pernah minta undur diri dan dia carilah isteri seperti dambaan yang dikehendaki. Tapi m4ti- m4ti dia kata takkan lepaskan aku demi masa depan anak-anak.
Katanya kalau takde anak memang dah lama dia lepaskan. Andai dia lepaskan aku, maka hidup dia akan jadi tunggang langgang kerana hampir 80% urusan hal-hal keluarga aku yang selesaikan. Memang agak sukar untuk aku p4ksa diri menjadi seperti kakak ipar aku.
Aku pernah mencuba berubah seperti yang dia mahu, tapi akhirnya aku menangis sendirian berhari-hari sebab itu bukan diri aku. Tak boleh ke suami aku terima aku apa adanya. Setiap orang berbeza sikap dan perwatakakan.
Setiap kali aku sebut bab ni, mesti dia menggila dengan jerit pekik sehingga aku malu dengan jiran-jiran. Sampai buat aku malu nak bertegur sapa jiran sebelah rumah dek jerit pekik dia isteri kurang ajar kat aku. Andai perkara salah dia kantoi dengan aku, dia akan jerit-jerit agar aku jadi takut nak teruskan nyatakan apa yang aku dah tahu tentang segalanya.
Orang tengok luaran, aku sangat bahagia dengan kehidupan aku. Aku juga cuba menyembunyikan jeruk hati aku sebaiknya. Hakik4tnya aku sangat sedih. Sebesar mana pun pengorbanan aku dalam rumah tangga saat jatuh bangun pun, aku tetap akan menjadi isteri bukan dambaan tapi isteri berkeperluan sahaja. Bantu aku. Aku perlukan nasihat dan pandangan – Mawar Berduri (Bukan nama sebenar)
Baca juga: 2 minggu masih ‘fresh’, ini petua simpan ulam untuk tahan lama..macam baru petik!