Ogos tahun lalu Malaysia gempar dengan kejatuhan pesawat yang terhempas di Elmina Shah Alam. Selepas genap setahun, laporan akhir nahas itu akhirnya dikeluarkan.
Laporan akhir mendedahkan keadaan panik dalam kokpit antara juruterbang dan pembantu juruterbang ketika kejadian.
Transkrip daripada perakam suara kokpit (VCR) pesawat terbabit menunjukkan kedua-duanya didengari berada dalam situasi panik sejurus sebelum kejadian malang itu yang mengorbankan 10 orang termasuk juruterbang dan pembantunya.
Keadaan cemas itu disertakan dalam laporan akhir Biro Penyiasatan Kemalangan Udara (BSKU) mengenai tragedi itu, menunjukkan bahawa juruterbang sedang berkomunikasi dengan menara kawalan Subang sebelum pendaratan.
Pesawat terbabit sudah diberikan kebenaran mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum nahas itu.
Pada jam 06:48:56.9 (waktu Universal Terkoordinat), bunyi klik dirakam melalui mikrofon dalam kokpit.
Ini menunjukkan bahawa ‘lift dump spoilers’ pesawat telah diaktifkan.
Seminit kemudian, bunyi yang menyerupai nada amaran ‘lift dump’ kedengaran, selama 1.5 saat.
Kedua-dua juruterbang menyatakan kebimbangan selepas menyedari sesuatu tidak kena.
06:49:00.00
Pembantu juruterbang – Woah woah woah woah woah woah woah woah. Apa yang sedang berlaku?
Menurut laporan itu, ketika itu, nada amaran ‘lift dump’ terus berfungsi hingga akhir rakaman.
Pada 10 saat terakhir, Enhanced Ground Proximity Warning System (EGPWS) memberikan amaran ‘minimums’ , ‘sink rate’ dan ‘pull up’ berbunyi.
Detik-detik terakhir yang dirakam dalam VCR itu adalah:
06:49:10.2
Pembantu juruterbang – Oihhh… oihhh oihh.
06:49:11.2
Juruterbang – Ya Allah (menjerit)
06:49:11.2
Pembantu juruterbang – Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah (menjerit)
Baca: Beregu lelaki negara nekad ikut jejak Lee Zii Jia, ini respon mengejutkan BAM