Subisidi telur gred A, B dan C akan ditamatkan mengikut perancangan kerajaan sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil, kata Menteri Pertanian seperti dipetik Bharian.
Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu semasa berucap di perhimpunan bulanan.
Difahamkan penjimatan pemberian subsidi bahan makanan tersebut boleh dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.
“Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C,” katanya.
Pada Jun lalu, harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.
Sementara jumlah peruntukan peruntukan subsidi telur ayam untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM927 juta.