Sudah masuk 15 ramadhan! Mari lihat 5 kebaikan berpuasa yang tak ramai tahu..

Puasa bermaksud menahan diri dari makan, minum, dan segala perbuatan yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari pada bulan Ramadan.

Hukum berpuasa dalam bulan Ramadan adalah fardhu bagi umat Islam dan merupakan peluang untuk melatih kesabaran, kejujuran, serta sikap bertolak ansur, sambil menyuburkan keikhlasan dalam diri pelakunya.

Selain itu, puasa juga memiliki sifat penyembuh kerana ia dapat merangsang perubahan dalam metabolisme tubuh dan membantu mencapai kebaikan dalam tubuh. Ketika berpuasa, organ-organ dalam tubuh dapat membersihkan diri dari segala kotoran dan toksin.

Oleh itu, terdapat beberapa manfaat baik terhadap kesihatan dari berpuasa.

1) Puasa mencergaskan badan

Walaupun puasa diwajibkan pada bulan Ramadan, terdapat individu yang memilih untuk berpuasa kerana berminat dengan kesannya seperti penurunan tisu lemak dan berat badan secara keseluruhan. Ini menyumbang kepada komposisi badan yang lebih baik melalui pelbagai cara, termasuk tindakan hormon dan metabolisme lemak.

2) Tingkatkan tahap kekenyangan walaupun makan sedikit

Seperti yang diketahui, tisu lemak dalam badan berperanan sebagai sejenis organ endokrin dengan menghasilkan beberapa jenis hormon seperti Leptin. Leptin inilah yang mempengaruhi tahap kenyang seseorang dan turut dapat mengawal selera makan seseorang.

3) Puasa mengurangkan keradangan

Keradangan merupakan faktor penyebab penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, dan obesiti.

Selain itu, keradangan sering kali disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk diet yang tidak seimbang yang melibatkan pengambilan makanan yang diproses.

Makanan yang diproses menghasilkan banyak radikal bebas dan kekurangan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh. Berpuasa dapat mengurangkan keradangan dengan cara memperbaiki keseimbangan hormon dan meningkatkan ketahanan sel tubuh terhadap stres oksidatif.

4) Puasa menambahbaik kesihatan kardiovaskular

Berpuasa memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan kardiovaskular, terutamanya kepada individu yang mengalami masalah berkaitan dengan sindrom metabolik. Tambahan pula, berpuasa membantu meningkatkan fungsi kardiovaskular, komposisi darah, dan mengawal tekanan darah.

5) Puasa mengurangkan tekanan darah dan tahap gula

Ketika berpuasa, tekanan darah dalam tubuh manusia cenderung untuk menurun terutamanya pada minggu pertama berpuasa. Tekanan darah yang rendah ini berlaku disebabkan oleh pengurangan pengambilan garam secara mendadak dan peningkatan kehilangan garam melalui proses pembuangan air (kencing).

Di samping itu, berpuasa juga akan menurunkan kadar hormon insulin dalam darah dan meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin, yang merupakan faktor penting dalam mengawal kandungan gula dalam darah. Keadaan ini amat penting untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: “Suami sanggup bawak bini baru dia duduk serumah, alasannya sebab aku sorang je pandai masak”