Sudah move on! Fizi Ali kejutkan ramai dengan gambar nikah, ucap syukur atas perkahwinan kali ke-2

Di platform Instagram, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali berkongsi berita gembira bahawa dia telah berjaya mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya, Tiz Ikha.

Menurut Fizi, dia merasa bersyukur dan gembira kerana memulakan perjalanan sebagai seorang suami sekali lagi. Fizi juga menambah bahawa dia berharap semua peminat akan mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan isteri.

Sebelum ini, Fizi pernah mengakui bahawa dia sedang mengenali Tiz Ikha dan ketika itu hubungan mereka masih di peringkat awal perkenalan.

Menurut Fizi, dia tidak merasa takut untuk mengambil langkah mendirikan rumah tangga sekali lagi meskipun pernah mengalami keruntuhan rumah tangga sebelum ini.

Sekadar informasi tambahan, Fizi pernah mendirikan rumahtangga bersama Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan kemudiannya bercerai selepas tiga tahun bersama dalam menjalani bahtera rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini diberkati dengan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nurul Ameena Sofia pada tahun 2019.

Baca juga: Ini rupanya resepi ‘rahsia’ sos ala Sukiya, lepasni tak beratur kat kedai dah..buat kat rumah je!