Suhu dikatakan terlampau sejuk iaitu -10 darjah celsius menyebabkan gelandangan mati di dalam kereta miliknya. Lelaki itu dikatakan tinggal di dalam kereta miliknya dalam sebuah kawasan yang menghadapi suhu yang sejuk.
Gelandangan di Nottinghamshire dipercayai mati kesejukan apabila suhu di sana turun secara mendadak di serata negara dan terdapat salji yang menghalang laluan di sesetengah kawasan.
Pihak polis telah mengisytiharkan satu insiden yang serius di Cumbria kerana penurunan salji yang lebat di jalan raya boleh mengundang bahaya kepada orang ramai.
Terdapat banyak kenderaan yang tersadai di sekitar kawasan M6 dan di A-roads ketika amaran cuaca amber untuk penurunan salji dari Met Office yang telah mengakibatkan keadaan yang huru-hara di United Kingdom.
Dua amaran cuaca dari Met Office dikeluarkan di serata negara termasuklah amaran kuning untuk salji dan ais yang menjejaskan kawasan Birmingham, Nottingham, Manchester, Sheffield, Leeds dan Hull.
Satu amaran kuning untuk ais yang juga meliputi barat daya Scotland dan timur laut England. Ia termasuk kawasan-kawasan yang telah mengeluarkan amaran amber sejak semalam.
Kedua-dua amaran menyatakan bahawa semua perjalanan akan tergendala di kawasan itu kerana keadaan yang terlalu sejuk serta salji yang menebal.
Salji telah meliputi di kawasan England, Wales dan Scotland dan kebanyakan orang mahu memeriksa sama ada mereka layak untuk mendapat cold weather money.
Baca juga: Akhirnya mimpi jadi kenyataan, pengait buah kelapa sawit jadi jutawan ibarat tak jejak ke bumi