Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hari ini berkenan menzahirkan penghargaan kepada ahli – ahli Dewan di-Raja Selangor yang bertindak membuat satu laporan polis pada 14 Julai 2023 lalu.
Ia susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah beliau, yang dianggap menghina dan mempertikaikan kewibawaan institusi Diraja Selangor berhubung pemilihan jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga amat berbesar hati di atas sokongan yang ditunjukkan oleh ahli – ahli Dewan di-Raja Selangor serta semua pihak yang berkaitan.
Minggu lalu, ucapan Sanusi yang juga ketua pengarah pilihan raya PN itu dalam ceramahnya baru-baru ini, membuat perbandingan antara Sultan Kedah dan Sultan Selangor dalam melantik Amirudin menjadi menteri besar yang dilabelnya sebagai “cokia”.
“Sultan Kedah sampai sekarang dari satu susur galur tak pernah putus, itulah Kedah Darul Aman, hebatnya Sultan Kedah begitu teratur, bukan ‘koman-koman’, tengok menteri besar (Kedah).
“Sultan hebat macam itu (Kedah) tak akan pilih menteri besar ‘cokia’ macam Amir (Amirudin) tu. Inci pun tak berapa cukup, tarik balik fasal inci,” ucapnya.
baca: Sanusi hina Sultan: “Perkara ini masih belum selesai” – Sultan Selangor