Sumber sahkan Ismail Sabri akan dilantik sebagai PM dalam masa terdekat

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dikatakan mempunyai sokongan kuat, termasuk daripada kalangan ahli kabinet untuk dilantik sebagai perdana menteri interim (sementara,) menurut sumber.

Menurut sumber berkenaan, rundingan mengenai perkara itu sedang berjalan di peringkat kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Ismail ‘nampaknya’ memperolehi sokongan agak kukuh menggantikan Muhyiddin Yassin, untuk dicalonkan sebagai perdana menteri interim, kata sumber itu.

Majoriti dalam kabinet bersetuju atas pekara ini dalam rundingan setakat ini,” tambahnya.

Adalah difahamkan, Muhyiddin sebelum ini dinasihati untuk tidak meletak jawatan oleh anggota kabinetnya, susulan kontroversi pembatalan ordinan darurat tanpa perkenan Istana Negara.

Bagaimanapun pendirian muktamad Ahli Parlimen Pagoh itu terhadap nasihat berkenaan tidak diketahui.

Ismail dilantik sebagai timbalan perdana menteri awal bulan ini.

Hari ini, spekulasi bertebaran Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memperolehi perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Bagaimanapun jurucakap Istana dan PKR menafikannya.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/31/belum-sebulan-dilantik-tpm-ismail-sabri-bakal-dilantik-pm-interim/